Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Secara logiknya, dalam pengiraan jumlah patah perkataan, kata sendi nama ' di sini atau di situ" ,adakah dikira 2 patah perkataan? KN Khas, Taib Mahmud bin Tuan man, adakah dikira 4 patah? TQVM | Bilangan patah perkataan bagi perkataan di sini ialah dua patah kata dan Taib Mahmud bin Tuan Man ialah lima patah kata. | Tatabahasa | 20.05.2011 |
Sya ingin membuat pertanyaan? Adakah penanda wacana dikira sebagai satu patah perkataan atau dua patah perkataan? Contohnya selain itu. Bagaimana pula dengan Di samping itu.... | Bilangan patah perkataan bagi penanda wacana "selain itu" dikira sebagai dua patah perkataan manakala "Di samping itu" dikira sebagai tiga patah perkataan. | Lain-lain | 23.01.2011 |
Salam sejahtera, Guru mata pelajaran Bahasa Malaysia sekolah kami memberitahu kami bahawa, "Di samping itu" dikira satu patah perkataan dalam latihan ringkasan. Bukankah 3 patah perkataan? | Bilangan patah perkataan bagi perkataan di samping itu ialah tiga patah kata. Kami mencadangkan saudara mengikut seperti yang diajarkan oleh guru di sekolah. | Tatabahasa | 30.04.2013 |
Salam 1 Malaysia, Saya ingin bertanya tentang pengiraan jumlah patah perkataan peribahasa dalam penulisan karangan. Contohnya ialah "Bagai aur dengan tebing". Adakah dikira satu patah perkataan atau empat patah perkataan? Sekian, terima kasih. | Bilangan perkataan dalam peribahasa "Bagai aur dengan tebing" dikira sebagai empat patah perkataan. | Istilah | 21.05.2010 |
Kata hubung seperti Di samping itu, Selain itu dikira satu patah perkataan atau tiga patah perkataan untuk DI SAMPING ITU dan dua patah perkataan untu SELAIN ITU / OLEH ITU? | Kata ialah gabungan atau kesatuan bunyi yang menagndungi atau menyampaikan pengertian (makna) tertentu. Dalam soalan yang dikemukakan, 'di samping', 'selain' dan 'itu' ialah kata yang mempunyai makna khusus. Oleh itu, kata ini dikira sebagai satu kata tersendiri. | Lain-lain | 10.06.2008 |
Assalammualaikum. Saya hendak mendapatkan kepastian untuk mengira patah perkataan di dalam teks. Kata nama seperti si Comel, Encik Ali, Pak Man, kim wah dikira sebagai berapa patah perkataan? Terima kasih. | As salam, Papah perkataan dikira seperti berikut ; si comel = dua patah perkataan, Encik Ali = dua patah perkataan, Pak Man = dua patah perkataan dan Kim Wah = dua patah perkataan | Tatabahasa | 18.02.2013 |
Salam, Perkataan "telah pun" ialah satu patah perkataan atau dua patah perkataan?Sekian, terima kasih. | Ejaan yang betul ialah telah pun (dua perkataan). | Ejaan | 30.06.2012 |
Salam sejahtera, sedikit pertanyaan di sini. Dalam Kamus Dewan (hlm. 7), adakala ditulis sebagai satu patah perkataan. Akan tetapi, dalam (hlm. 652) pula, bawah entri kadangkala maksud yang diberikan ialah ada kalanya, kadang-kadang, sekali-sekali. Perkataan ada kalanya ditulis sebagai dua patah perkataan. Mengapakah 'adakala' ditulis sebagai satu patah perkataan, manakala 'ada kalanya' pula ditulis sebagai dua patah perkataan? Jika adakala' ditulis sebagai patah perkataan, tidakkah 'adakalanya' juga ditulis sebagai satu patah perkataan? Mohob tunjuk ajar. Sekian, terima kasih. | Kami maklum atas kekeliruan yang berlaku. Pihak kami akan berbincang dengan bahagian lain yang terlibat di DBP seperti Bahagian Perkamusan serta Bahagian Peristilahan dan Leksikologi bagi mencari satu ketetapan untuk dijadikan panduan. Pihak kami akan menghubungi saudara melalui alamat e-mel yang diberikan dengan kadar segera. | Lain-lain | 22.08.2012 |
Di antara kedua-dua ayat ini, ayat manakah betul : 1. Sejak kematian isterinya, Atan dikatakan patah kandar untuk meneruskan kehidupannya. 2. Sejak kematian isterinya, Atan dikatakan patah semangat untuk meneruskan kehidupannya Adakah ayat ini betul, kalau salah, mengapa. 1. Bunga-bunga yang ditanam oleh Pak Abu cantik-cantik belaka. | Patah kandar bermaksud mendapat kemalangan dalam usaha atau pekerjaan terhalang kerana kematian. Patah semangat bermaksud hilang keberanian atau kemahuan untuk berusaha dan sebagainya. Berdasarkan makna tersebut ayat yang mengandungi frasa "patah semangat" sesuai dengan konteks ayat tersebut. | Tatabahasa | 02.08.2012 |
berapa patah suku kata untuk perkataan 'kedai', 'kau' memandangkan terdapat konsonan bergabung dalam perkataan tersebut? | Perkataan 'kedai' mempunyai dua suku kata, manakala perkataan 'kau' mempunyai satu suku kata. | Tatabahasa | 15.01.2011 |
|
Tesaurus |
---|
| patah (kata kerja) | 1. Bersinonim dengan sekah: serkah, pukah, ripuk, kopak, sempal, jahanam,
2. Dalam konteks kiasan bersinonim dengan terhenti, tergencat, terencat, tergendala, terhalang, terbantut, terbengkalai,
terkandas,
| Kata Terbitan : berpatah, mematahkan, pematahan, pematah, |
|
Puisi |
---|
|
Kalau bergelang jangan patah, Kalau patah dalam perahu; Hati adik tidak berbelah, Orang tidak mahu manalah tahu.
Lihat selanjutnya... |
|