Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Assalamualaikum dan salam sejahtera tuan/puan. Apakah padanan perkataan "pedagogy" yang sesuai dalam bahasa Melayu (dalam konteks pendidikan)? Saya telah mencari istilah yang ada di PRPM. Padanan yang ada ialah "Pedagogy" > "Pedagogi". Adakah padanan istilah ini sesuai? Adakah wujud padanan perkataan yang lain? Saya ada tugasan berkenaan istilah Bahasa Melayu ke bahasa Inggeris. Saya khuatir padanan istilah tesebut tidak diterima dalam tugasan saya, sebab kelihatan... sama? ibarat istilah tersebut tidak menjelaskan perkataan asalnya? hmm saya pun tidak pasti. Harap tuan/puan dapat menjawab soalan saya. Terima kasih. | Penerangan yang lebih lanjut telah diberikan melalui e-mel yang dihantar kepada pihak tuan pada 21 Ogos 2025. | Istilah | 13.08.2025 |
Padanan untuk "figure" iaitu gambaran seseorang atau sesuatu peristiwa pada tembikar seperti "red-figure pottery" dalam PRPM berikan dua padanan, satu "figura" dan satu lagi "figur". Yang mana satu sebenarnya yang betul? | Padanan bagi istilah figure dalam bahasa Melayu ialah figura. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | Istilah | 12.01.2025 |
Apakah padanan yang sesuai untuk "finless", tansirip? | Cadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah finless ialah tanpa sirip. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | Istilah | 03.06.2025 |
apakah padanan implosion? | Padanan bahasa Melayu bagi istilah implosion ialah ledukan. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | Istilah | 08.07.2023 |
Apakah padanan "fiefdom"? | Cadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah fiefdom ialah tanah kurnia. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | Istilah | 06.08.2023 |
Apakah padanan istilah yang tepat bagi "desolation" dalam bahasa Melayu? | Padanan bahasa Melayu bagi istilah desolation secara umumnya ialah pemusnahan, pembinasaan. Dalam bidang Kejururawatan, padanan bahasa Melayu bagi istilah desolation ialah (rasa) terpinggir. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | Istilah | 22.08.2025 |
Apakah padanan bahasa Melayu bagi "horse leader"? | Padanan istilah tersebut ialah seperti yang berikut: horse leader - pengendali kuda Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu. | Istilah | 24.06.2022 |
Apakah padanan yang sesuai dalam bahasa Melayu untuk sukan Pickleball? | Padanan bagi istilah pickleball dalam bahasa Melayu ialah bola pikel. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | Istilah | 24.02.2025 |
Adakah padanan mitigation sesuai dengan mitigasi? | Padanan bahasa Melayu bagi istilah mitigation ialah pengurangan. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | Istilah | 25.09.2024 |
Apakah padanan "Oceanfront"? Terima kasih | Cadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah oceanfront ialah pinggir laut. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | Istilah | 06.08.2023 |
|
Tesaurus |
---|
| padan (adjektif) | 1. Bersinonim dengan sesuai: cocok, layak, patut, wajar, kena, tanjak, ngam, laik, labut, pantas, surup, yogia, klop, ukur,
2. Bersinonim dengan muat: sesuai, cocok, kena, ngam,
| Kata Terbitan : sepadan, berpadanan, memadankan, padanan, pemadanan, |
|
Peribahasa |
---|
| 417 A good name is sooner lost than won Nama yang baik memerlukan masa dan usaha untuk dibina tetapi seseorang itu boleh kehilangannya dengan sekelip mata akibat satu kesalahan yang dilakukan meskipun kecil. Hilang kemarau setahun oleh hujan sehari. (Nota : Padanan seperti kurang tepat, PM –ve to +ve) You are a man of honour and have done a lot of good things for his association. But don't get involved in those dubious activities because one minor slip could crumble your good reputation. Remember, a good name is sooner lost than won. Kamu orang yang terhormat dan telah banyak berjasa kepada persatuan ini. Tetapi janganlah membabitkan diri dalam kegiatan yang mencurigakan kerana satu kesilapan kecil boleh menghancurkan reputasi baik kamu. Ingat, hilang kemarau setahun oleh hujan sehari Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|