Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Adakah penggunaan perkataan jarang di bawah betul? 1) Nasril jarang pulang ke kampungnya semenjak dia muflis. - Mana satu yang lebih tepat?jarang pulang ke kampung atau jarang-jarang pulang ke kampung? 2) Ali risau kerana rambutnya sudah jarang.Betul ke penggunaan jarang dalam konteks ayat tersebut? | Jarang bermaksud: 1. tidak rapat, renggang, bersela-sela, tidak kedap, 2. tidak lebat, tidak padat; dan 3. sama maksudnya dengan jarang-jarang, iaitu tidak sering, tidak kerap, tidak selalu, tidak lazim. Berdasarkan huraian tersebut penggunaan kata jarang dalam kedua-dua ayat tersebut betul. Walau bagaimanapun apabila hendak menggambarkan maksud tidak kerap lazimnya perkataan jarang-jarang yang digunakan. | Tatabahasa | 19.02.2013 |
1) Adakah penggunaan perkataan jarang di bawah betul? -Ali risau kerana rambutnya sudah jarang. -Abu jarang pulang ke kampungnya semenjak dia muflis.(Mana satu penggunaan yang betul?jarang atau jarang-jarang?) 2) Adakah ayat di bawah mempunyai kesalahan tatabahasa? Jika ada mengapa? - Ali makan nasi itu bersama ulam. - Josep memakai kasut itu ketat-ketat. - Kita mestilah sentiasa hormat akan orang tua-tua. - Kejadian banjir itu menyebabkan banyak harta bendanya musnah dan mengalami kerugian ribuan ringgit. | Penggunaan perkataan "jarang" dalam ayat tersebut betul kerana jarang juga boleh membawa maksud jarang-jarang. Ayat tersebut diperbetulkan menjadi Ali makan nasi itu dengan ulam dan Kita mestilah sentiasa menghormati orang-orang tua. | Tatabahasa | 25.07.2012 |
kesan negatif dan langkah mengatasi masalah hutang penggunaan kad kredit | Sila rujuk bahan ini atau anda boleh mendaftar sebagai ahli Rakan Dewan untuk mendapat kemudahan rujukan di Pusat Dokumentasi Melayu, DBP. 1. Kad kredit - manfaat atau mudarat? Lynette Chiew Soon Jin Dewan Masyarakat 01/12/1996. 2. Kad kredit,cara moden untuk berhutang ? Ong Hiong Loi Dewan Masyarakat 01/04/1997 3. Kunci berbentuk kad kredit Dewan Siswa 01/03/1986. 4. Muflis angkara kad kredit Jeniri Amir Dewan Masyarakat 01/12/2005. 5. Penggunaan kad kredit Lee Mei Hwa Dewan Masyarakat 01/02/1998 1 | Lain-lain | 19.09.2007 |
|
|