Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
CARIAN MAKNA MARAH, MERADANG | Marah bermaksud berasa panas hati kerana ditipu (dihina dll), perasaan panas hati, berang, gusar, murka | Makna | 19.10.2007 |
saya ingin pengesahan dari pihak tuan mengenai perkataan yang sesuai bagi kategori marah. mengikut pendapat saya melalui pembacaan, susunan kategori marah adalah seperti berikut bermula dari kategori rendah ke kategori tertinggi: sakit hati, marah, sangat marah, meradang, berang; dilampirkan instrumen kajian yang telah diterjemahkan dari English ke Bahasa Melayu untuk kepastian | Merujuk Kamus Dewan meradang melebihi tahap marah. Walau bagaimanapun khidmat nasihat bahasa tidak dapat mengesahkan kebenaran kajian puan dan kami cadangkan puan kemukakan kajian puan kepada Bahagian Penyelidikan Bahasa, DBP untuk perbincangan lanjut. Dalam amalan biasa kita lazimnya mengikut rumus tatabahasa, contohnya: kata adjektif - marah, kata penguat - amat marah dan darjah penghabisan - teramat marah. | Tatabahasa | 26.07.2012 |
Saya ingin menanya apakah perkataan yang sesuai untuk ayat dibawah iaitu "menghentikan" atau "memberhentikan". Berikut adalah ayat tersebut: Jika anda tidak ingin meneruskan penyertaan selepas andamenghentikan rawatan, anda harus terus berjumpa dengan doktor anda secara tetap, kerana virus Hepatitis B boleh meradang ke paras yang tinggi dan menyebabkan kerosakan kepada hati anda dalam minggu-minggu selepas menghentikan terapi. Bolehkah tuan menjelaskan makna setiap perkataan tersebut. | Menurut Kamus Dewan memberhentikan bermaksud 1. menjadikan (menyebabkan) berhenti, membiarkan berhenti. 2. mengakhiri, menyudahi, menamatkan. 3. memecat, melepaskan seseorang drpd pekerjaan (jawatan dll): guru itu sudah diberhentikan. Memberhentikan juga bermakna menghentikan. | Makna | 02.11.2007 |
Selamat sejahtera. Saya ada beberapa kemusykilan mengenai tatabahasa Melayu. Yang pertama: Bolehkah kata ganti nama diri 'kau' diletakkan di awal dan akhir perkataan seperti 'kaudengar', 'kaulihat', atau 'bukukau'? Bolehkah ia bergabung sekali dengan perkataan seperti contoh-contoh yang dinyatakan? Bagaimana pula dengan kata ganti nama diri 'ku'? Terdapatkah peraturan yang menetapkan pergabungan kata ganti nama diri 'kau' dan 'ku' dengan suatu perkataan, misalnya dalam ayat aktif atau pasif? Yang kedua, bolehkah tanda soal dan tanda seru digunakan sekali? Contohnya, Apa?! Seminggu?! Berapa hari dalam seminggu?!" Ayahnya meradang tanpa alasan. Yang ketiga, mestikah perkataan 'disebabkan' diikuti dengan kata sendi nama 'oleh'? Hal ini kerana kata sendi nama 'oleh' perlu hadir sebelum 'sebab' untuk menunjukkan hubungan yang membawa maksud sebab. Diharapkan tuan/puan dapat membantu menjawab persoalan-persoalan ini. Terima kasih daun keladi. | Kata ganti nama diri kau ialah kependekan engkau, digunakan sebagai awalan yang terikat dengan kata kerja pasif maka itu ditulis bercantum contohnya: kaubacalah buku ini. Kata ganti nama diri ku ialah kependekan aku dan digunakan juga sebagai awalan yang terikat dengan kata kerja pasif atau kata yang mendahuluinya, contohnya kulihat, kudengar, rumahku, menemaniku dan lain-lain. Bagi kata ganti nama diri mu pula (kependekan kamu), digunakan sebagai akhiran yang terikat dengan kata yang mendahuluinya, contohnya kepadamu, bukumu, menyayangimu dan lain-lain. Tanda seru dalam ayat ditulis pada akhir ayat, contohnya "Wah, cantiknya rumah itu!" Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga untuk mengetahui masalah tatabahasa dengan lebih lanjut dan terperinci. | Tatabahasa | 28.06.2010 |
Maaf, kerana masih tidak berapa faham tentang jawapan yang diberikan. Adakah contoh yang diberi, iaitu 'kaubacalah buku ini' merupakan ayat pasif atau ayat aktif? Apakah yang dimaksudkan dengan kata kerja pasif? Jika pergabungan 'kau' dan 'ku' di hadapan perkataan hanya dibenarkan dalam kata kerja pasif, adakah contoh-contoh berkenaan betul? Kaudatang dari mana? Masa kaukeluar, kau gembira dan tersenyum saja, tapi balik dalam keadaan begini! Kuberitahu dia. Kenapa kaubiarkan dia sendiri ke sana? Berkenaan dengan soalan tentang penggunaan tanda baca soal dan tanda seru, adakah kedua-duanya boleh digunakan sekali? Hal ini kerana penggunaannya seperti contoh (Apa?! Seminggu?! Berapa hari dalam seminggu?!" Ayahnya meradang tanpa alasan.) kerap kali dijumpai dalam cerpen dan artikel Melayu. (penggunaan tentang tanda baca tidak dibincangkan dalam Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga.) Soalan ketiga, iaitu adakah 'disebabkan' perlu diikuti dengan 'oleh'? (tidak diberikan definisi dalam Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga). Yang dijelaskan, hanyalah tentang penggunaan 'oleh sebab'. Terima kasih. | Sila susun soalan yang hendak dikemukakan supaya dapat dijawab satu per satu, terutama masalah yang ingin dibincangkan. Kebanyakan contoh ayat yang diberikan ialah ayat dalam novel yang merupakan cakap ajuk. Buku Tatabahasa Dewan hanyalah salah satu daripada rujukan buku tatabahasa, saudara perlu merujuk buku-buku tatabahasa yang lain atau pusat bahasa di IPTA/IPTS. | Lain-lain | 08.07.2010 |
Salam Sejahtera: Tuan: Soalan 1: Mengapakah perkataan "guris" tidak terdapat dalam kamus? Soalan 2: Bagaimanakah membezakan penggunaan antara "kian" dan ", "makin". Terima Kasih | 1. Perkataan guris tidak terdapat dalam Kamus Dewan kerana ejaan yang betul ialah gores. Sila lihat Kamus Dewan di bawah entri gores. 2. Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, kian mempunyai 2 maksud, iaitu 1. sebegitu, sebanyak itu (ini); sepuluh ~ sepuluh kali ganda itu; 2. makin, makin bertambah: ibu ~ hari ~ tua; bas itu berjalan ~ laju dan ~ jauh meninggalkan perhentian bas, manakala makin pula bermaksud 1. = semakin menjadi lebih, kian bertambah: hati Maskam ~ meradang; lanun-lanun itu ~ buas; 2. sl lebih-lebih lagi, apa lagi. Berdasarkan huraian tersebut, dapat disimpulkan bahawa kian dan makin ialah perkara yang sama dan boleh bertukar ganti. | Istilah | 25.08.2009 |
|
Tesaurus |
---|
| radang (adjektif) | 1. Bersinonim dengan panas badan: gerah, meriang, palak,
2. Dalam konteks ransangan bersinonim dengan kemerah-merahan, bengkak, sakit,
| Kata Terbitan : meradang, meradangkan, kemeradangan, peradang, |
|
Puisi |
---|
|
Anak Semabuk pergi ke Kelang, Berniaga buah serba rasa; Makin mabuk makin meradang, Salah runding jadi kecewa.
Lihat selanjutnya... |
|