Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Apakah maksud dengan martabat dalam konteks seorang pendidik? Bagaimana seorang dapat meningkatkan martabat diri? Ada sumber rujukan yang berkenaan dengan soalan-soalan yang dikemukakan itu? Terima kasih | Martabat (pendidik) : kedudukan pada mata masyarakat/pelajar Untuk rujukan sila layari: www.geocities.com/pendidikmy/berita/isu38.html www.pendidikbahasa.com/ umarjabbar.files.wordpress.com/2009/01/guru-sebagai-pendidik-profesional.ppt atau sila rujuk buku berikut: Mengangkat Citra Dan Martabat Guru. Adicita Karya Nusa, 1999 | Lain-lain | 06.02.2009 |
berikan saya maksud martabat dan anjakan paradigma | Martabat ialah kedudukan pd mata masyarakat, darjat, pangkat, tingkat. Anjakan paradigma ialah peralihan paradigma drpd satu lingkungan atau batasan kpd sesuatu yg baru (biasanya kpd yg lebih baik). Untuk keterangan lanjut atau mengetahui makna perkataan, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. | Makna | 08.02.2009 |
ADAKAH MAKSUD DARJAT DAN MARTABAT ADALAH SAMA | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, darjat ditakrifkan sebagai 1. tingkatan atau taraf kedudukan dlm masyarakat (sebagaimana yg biasanya ditentukan atau dipengaruhi oleh asal keturunan, kekayaan dll), tingkatan kedudukan (dlm pengertian yg luas), martabat: ayahnya masih tetap mempertahankan ~ keturunannya; 2. ark taraf (besar kecilnya dll), darjah, tingkatan: denda yg dikenakan adalah mengikut ~ atau takrif kesalahan yg dilakukan; 3. Id darjah: sekolah yg sama ~nya dgn S.M.A; 4. Id unit ukuran (sudut, suhu): sudut 45 ~; 15 ~ C; 5. Id gelaran kpd pelajar yg lulus dlm peperiksaan peringkat universiti; manakala martabat pula bermaksud kedudukan pd mata masyarakat, darjat, pangkat, tingkat. Berdasarkan takrifan tersebut, darjat dan martabat membawa makna yang sama. | Istilah | 25.02.2009 |
1. Apakah sumbangan filem mukhsin terhadap perkembangan bahasa melayu di malaysia. Adakah filem ini berjaya mengangkat martabat bahasa melayu atau sebaliknya. 2. Berikan 5 saranan untuk memastikan martabat bahasa melayu dapat di julang. | Filem Melayu sebenarnya memainkan peranan yang penting khususnya dalam usaha untuk memartabatkan bahasa Melayu di Malaysia. Namun demikian, jika sesebuah filem cenderung menggunakan bahasa rojak, usaha ini tidak akan dapat dicapai. Bagi membantu saudara mendapatkan maklumat berkaitan saranan untuk memastikan martabat bahasa Melayu dapat dijulang, saudara boleh membuat rujukan pada Buku Perancangan Bahasa Melayu tulisan Awang Sariyan atau membuat rujukan pada buku-buku/majalah terbitan DBP. | Lain-lain | 26.12.2007 |
Betulkah penggunaan dimartabatkan dalam "kemerdekaan telah mengajar, mengenal hakikat satu perjuangan, namun ia bukan sekadar kenangan, bahkan perlu dimartabatkan". Sekiranya salah, boleh berikan perkataan yang sesuai untuk menggantikannya | Dalam konteks ayat tersebut, perkataan "martabat" kurang sesuai digunakan kerana martabat bermaksud "kedudukan pada mata masyarakat, darjat, pangkat dll". Perkataan yang lebih sesuai dalam konteks ayat tersebut ialah "dipertahankan" kerana kemerdekaan perlu dipertahankan. | Lain-lain | 10.07.2007 |
adakah penerbitan filem mukhsin meningkatkan martabat bahasa melayu? | Filem Melayu memainkan peranan penting ke arah memartabatkan bahasa Melayu khususnya di Malaysia. Namun demikian, jika sesebuah filem cenderung menggunakan bahasa rojak, usaha murni ini tidak akan dapat dicapai sepenuhnya. Bagi membantu, saudara boleh membuat kajian pada filem ini untuk mengetahui sejauh mana keberkesanan penggunaan bahasa Melayu dalam filem ini. | Lain-lain | 26.12.2007 |
1) apakah sumbangan filem mukhsin terhadap perkembangan bahasa melayu 2)adakah filem mukhsin berjaya menganagkat martabat bahasa atau sebaliknya? | Sehingga kini, belum ada penulis yang menyumbang atau menulis artikel atau rencana mengenai sumbangan filem Muksin terhadap perkembangan bahasa Melayu dan impaks filem ini terhadap bahasa Melayu. Kami mengalu-alukan sumbangan sdr sekiranya sdr berminat untuk menulis rencana tentang perkara ini dan menghantar tulisan sdr kepada Editor Majalah Dewan Bahasa atau Editor Dewan Budaya untuk dipertimbangkan penerbitannya. | Lain-lain | 27.12.2007 |
mengenai masalah bahasa rojak yang di gunakan di malaysia, bagaimana kah cara mengatasi nya? adkah ia memudaratkan bahasa melayu? atau menjatuhkan martabat bahasa melayu? | Sila rujuk bahan ini : 1. Bahasa rojak jejaskan bahasa MElayu : Lia, Agatha. Dewan Siswa.1/06/2006. 2. Bahasa rojak mencemarkan bahasa Melayu . Juanaidah Ahmad Ghazali.Pelita Bahasa. 1/06/2004 3. Bahasa rojak nilai rasmi bahasa kebangsaan luntur. Awang Sariyan. Dewan Masyarakat.1/07/2004 4. Bahasa rojak perosak bahasa Melayu. Nik Safiah Karim. Pelita Bahasa.1/06/2004 | Lain-lain | 18.01.2008 |
perkataan apakah yang membawa maksud orang yang hina sekali | hina-dina =hina-lata =hina-leta =hina-papa (orang yg) paling rendah martabat lagi miskin (rujuk Kamus Dewan). | Makna | 26.12.2006 |
orang yang paling hina | Orang yang hina-dina atau hina-lata atau hina-leta atau hina-papa (iaitu orang yang paling rendah martabat lagi miskin. | Lain-lain | 17.12.2006 |