Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Soalan berkenaan penamaan unit kediaman pelajar dan organisasi prlajar di kolej kediaman. Yang manakah lebih tepat. 1. Residen Pelajar Makmur atau Residensi Pelajar Makmur? 2. Perwakilan Mahasiswa Residen Pelajar Makmur atau Perwakilan Mahasiswa Residensi Pelajar Makmur? Terima kasih | Frasa yang betul ialah: Residensi Pelajar Makmur Perwakilan Mahasiswa Residensi Pelajar Makmur | Ejaan | 09.02.2021 |
Apakah maksud makmur? | Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, "makmur" bermaksud mempunyai hasil yang banyak (daerah, negeri, dan lain-lain), mempunyai penduduk yang banyak dan cukup kehidupannya. Contoh ayat: Negara Jepun ialah negera yang paling makmur di Asia pada masa ini. Sekiranya saudari ada persoalan yang lain, saudari boleh menggunakan enjin carian Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM). PRPM merupakan satu cara lain untuk membuat rujukan atau mendapatkan makna kata, istilah, peribahasa dan sebagainya. Sila layari http://prpm.dbp.gov.my dan memasukkan maklumat yang ingin dicari dalam ruang yang disediakan dan klik "cari". | Makna | 26.08.2022 |
Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Pahang, Tingkat 7 & 11, Wisma Persekutuan, Jalan Gambut, 25000 Kuantan, Pahang Darul Makmur. Department of Statistics Malaysia State of Pahang, 7th & 11th Floor, Wisma Persekutuan, Jalan Gambut, 25000 Kuantan, Pahang Daru Makmur. mohon pengesahan, adakah betul terjemahan inggeris. adakah alamat di bahagian inggeris perlu italic juga bagi bahasa melayu seperti Jalan Gambut. alamat ini akan diletakkan ke atas kad nama | Alamat yang dinyatakan adalah betul. Walau bagaimanapun, sila betulkan ejaan Darul. | Penyemakan dan penterjemahan | 16.03.2020 |
Apa maksud Darul Ehsan, Mengapa gunakan perkataan Darul pada negeri-negeri di Malaysia. Sekian terima kasih | dalam bahasa Arab, darul bermaksud rumah. Dalam hal ini, darul telah diperluaskan maknanya menjadi negeri. Oleh itu, darul ehsan bermaksud negeri yang bersifat ehsan manakala darul makmur ialah negeri yang makmur dsb. | Makna | 10.12.2007 |
saya sedang mencari biodata dan biografi penulis m. yasin makmur atau dikenali dengan nama penanya iaitu pungguk. | Sila rujuk bahan ini : 1.Pungguk: pelopor puisi Melayu moden Burhanuddin al-Rawi Karya 01/02/1998 . 2.Pungguk (1910-1971): pelopor puisi Melayu moden Zabidin Hj. Ismail Mutiara Malaysia 01/04/1995 . 3.Pungguk Dewan Sastera (Mekar Sastera) 01/11/2003 . 4.Wajah : biografi penulis Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) 1988 5.Wajah: biografi penulis [t.p.] Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) 2005 | Lain-lain | 22.09.2007 |
Maksud 'Sejahtera' | Mengikut kamus Dewan Edisi Keempat kata 'sejahtera' bermaksud aman dan makmur,senang dan tenteram, terpelihara daripada bencana(kesusahan, gangguan,dll.) | Makna | 17.01.2008 |
EJAAN JAWI BAGI; PUSAT KONSERVASI DAN PENERANGAN PENYU CHERATING KM 45, JALAN KUANTAN-KEMAMAN, 26080 KUANTAN, PAHANG DARUL MAKMUR. | Sekiranya ini untuk papan iklan, ejaan jawi yang perlu dibuat hanya untuk keterangan sahaja: Ejaan jawinnya: PUSAT = KONSERVASI = DAN = PENERANGAN = PENYU = CHERATING = | Lain-lain | 06.09.2019 |
Salam sejahtera. Mohon khidmat nasihat pihak tuan/puan tentang terjemahan frasa-frasa berikut: (1) a moderately prosperous society in all respects (masyarakat yang sederhana makmur secara menyeluruh), (2) The Five-Sphere Integrated Plan (Rancangan Bersepadu Lima Aspek), (3)The Four-Pronged Comprehensive Strategy (Strategi Komprehensif/menyeluruh Empat Serampang), (4)Take Targeted Measures Against Poverty (mengambil langkah bersasar bagi membasmi kemiskinan. Sekian, terima kasih. | Untuk makluman tuan/puan, DBP menyediakan khidmat penyemakan dokumen berbayar bagi teks/dokumen yang panjang. Tuan/Puan boleh meng-e-melkan teks ini kepada nawal@dbp.gov.my dalam format langkau dua baris (double spacings), fon tulisan 12 dan jenis tulisan Arial, serta fail dihantar dalam bentuk MS-Word dan PDF, dengan kelarasan (justified). Berikan juga nama penuh, jawatan, alamat dan nombor telefon. Pihak kami akan menyediakan sebut harga berserta tempoh penyemakan. Sila hantar semula soalan satu per satu atau hanya soalan yang benar-benar mengelirukan untuk kami bantu dari aspek tatabahasa, contohnya penggunaan kata sendi nama, kata hubung atau tanda baca. Untuk maklumat lanjut yang berkaitan dengan ayat, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2014), halaman 432 - 575 atau pangkalan data prpm.dbp.gov.my dengan merujuk soal jawab pada pautan Juga Ditemukan dalam: dan pilih Khidmat Nasihat, pada lajur sebelah kanan. | Penyemakan dan penterjemahan | 02.10.2025 |
Adakah perkataan "membangunkan" dan "memakmurkan" membawa maksud yang sama? Bagaimana pula jika perkataan "pembangunan'' dan 'kemakmuran" ada mempunyai maksud yang sama? | Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, "membangunkan" membawa maksud membuat, mendirikan, membuat supaya membangun (maju dan mengembang) manakala "memakmurkan" bermaksud memajukan supaya makmur. "Pembangunan" bermaksud perihal membangun, proses membangun (mencapai kemajuan, perkembangan, usaha atau kegiatan membangunkan (memajukan dan mengembangkan) manakala maksud "kemakmuran" ialah perihal makmur (mewah, serba cukup, sejahtera). Keempat-empat perkataan ini membawa maksud yang berbeza.
| Lain-lain | 08.07.2022 |
ASLAMMUALAIKUM SAYA NAREEMAH BELAJAR BAHASA SAYA INGIN BERTANYA TENTANG BAHASA APAKAH MAKNA SEJAHTERA | Menurut data kami, perkataan "sejahtera" bermaksud bebas daripada segala macam kesusahan dan lain-lain; aman sentosa dan makmur; selamat: Semoga kita semua dpt hidup ~ sepanjang masa. Untuk maklumat lanjut sila layari http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=sejahtera | Makna | 04.11.2015 |
|
Tesaurus |
---|
| makmur (adjektif) | Bersinonim dengan mewah, kaya-raya, kaya, maju, berjaya, berkembang, serba cukup, sejahtera, berhasil,
beruntung;, | | Kata Terbitan : memakmurkan, kemakmuran, |
|
|