Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
1.Pusat Pentadbiran Kerajaan Malaysia terletak di Putrajaya atau Pusat pentadbiran kerajaan malaysia terletak di Putrajaya Bina ayat majmuk dengan kata hubung 2. Rambut Suraini lurus ( tetapi) Rambut adiknya kerinting Rambut Suraini lurus tetapi rambut adiknya kerinting atau Rambut Suraini lurus tetapi adiknya kerinting | 1. Pusat pentadbiran Kerajaan Malaysia terletak di Putrajaya. 2. Rambut Suraini lurus tetapi rambut adiknya keriting. | Tatabahasa | 07.07.2011 |
Lelaki yang lurus macam _______itu selalu dibuli oleh rakannya rakannya. A. pembaris B. bendul Kenapa jawapan pembaris salah? | Lurus macam bendul merupakan bahasa kiasan yang telah pun mantap penggunaannya. | Tatabahasa | 31.03.2007 |
Salam ceria, Jalan tegak Jalan lurus Yang manakah betul penggunaan kata adjektif untuk jalan? | Jalan lurus. Harap maklum. | Tatabahasa | 14.07.2008 |
surat rasmi, adakah sebetulnya perlu mempunyai garisan lurus di bawah PERKARA | Dalam surat rasmi, di bawah tajuk perkara tidak perlu digarisi kerana teks perkara ditulis semua berhuruf besar dan huruf tebal (bold). | Lain-lain | 16.06.2009 |
Salam Tuan, Pada balapan perlumbaan bagi acara pecut atau larian, terdapat dua bahagian balapan lurus yang dikenal sebagai "home straight" dan "back straight". Saya ingin tahu apakah padanan bahasa Melayu bagi dua istilah tersebut? Sekian, terima kasih. | Dalam data kami, tiada padanan bahasa Melayu bagi perkataan back straight dan home straight. Kami akan mengemukakan istilah ini ke jawatankuasa istilah untuk mencari padanan bahasa Melayu yang tepat. | Istilah | 18.10.2013 |
Salam.. Apakah contoh ayat bagi perkataan kekisi? Terima kasih.. | Kekisi yang dipasang itu tidak lurus menyebabkan tingkap tersebut senget. | Tatabahasa | 26.07.2013 |
Salam, apakah istilah atau perkataan yang sesuai untuk aksi mengimbangkan badan dengan menahan kepala di bawah manakala kaki dalam keadaan lurus ke atas? Terima kasih. | Istilah yang betul ialah balik jungkir, iaitu kepala di bawah, kaki di atas. | Tatabahasa | 29.10.2013 |
Rambut Aminah [tegang] setelah disapu dengan gel. Adakah perkataan 'tegang' tepat penggunaannya? Kalau salah, apakah perkataan yang lebih tepat? Tegak? Lurus? Kaku? Terima kasih. | Perkataan yang lebih tepat ialah keras. | Tatabahasa | 27.05.2010 |
Tuan, Jabatan ini bercadang untuk menggunakan tema untuk hari inovasi dan kreativiti (ICT). Tema yang dicadangkan ialah : ICT Cagak Teknologi. Menurut rujukan Cagak= tiang, menyokong. Adakah tema ini sesuai dari segi Bahasa Melayu. Mohon pandangan Tuan. | Tema yang dicadangkan, ICT Cagak Teknologi. Dalam Kamus Dewan edisi keempat, cagak bermaksud: 1. cabang (kayu dll); cagak jalan - simpang jalan; 2. kayu (galah, tongkat, dll) yg hujungnya bercabang utk menyangga atau menopang sesuatu. Sekiranya keadaan tiang bercabang itu sesuai dengan maksud tema tersebut, kata cagak boleh digunakan. Tema jadi menarik jika ayatnya berima. Contohnya: ICT Tonggak Teknologi. Huruf t, o, n, k, g yang terdapat pada kedua-dua perkataan tonggak dan teknolgi menjadikan ayat ini berima. Dalam Kamus Dewan , tonggak bererti 1. tegak lurus: tiang tonggak, tiang yg tegak lurus. mencacak berdiri tegak lurus; 2 tertanam atau terpancang tegak lurus: Tiang-tiang belat kelihatan ~ berbaris. 3 terbenam atau tertanam pd sesuatu: Lembing yg dilontarkannya itu ~ mengenai sasarannya. | Makna | 25.04.2011 |
Tolong berikan beberapa peribahasa yang ada kaitan sikap rajin dan jujur | Antara peribahasa yang menggambarkan sikap rajin ialah "Ringan tulang berat perut" yang bermaksud yang rajin bekerja banyak mendapat rezeki manakala "Rajin bekerja mudah belanja" bermaksud orang yang rajin bekerja tentulah hidupnya senang. Peibahasa yang menggambarkan sikap jujur pula ialah "Lurus sebagai sumpitan" yang bermaksud lurus hati benar. Maklumat lanjut boleh didapati melalui Kamus Istimewa Peribahasa Melayu secara dalam talian melalui laman http://www.karyanet.com.my . | Lain-lain | 01.10.2006 |