Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Slm. Ayat di bawah ini betul ke? Mengapa kamu berdiri di sini lewat-lewat malam begini? Kamu takutkan saya dan tikus itu. (untuk level buku tadika) TQ | Mengapa kamu berdiri di sini lewat-lewat malam begini? Kamu takut kepada saya dan tikus itu? | Tatabahasa | 18.10.2016 |
Assalamualaikum . Saya inginkan kepastian tentang ketepatan dua ayat ini. I/. Dia bekerja hingga lewat malam. Ii/ Dia bekerja lewat malam. Sekian, terima kasih | Berdasarkan dua ayat yang anda lontarkan, kedua-dua ayat tersebut tidak salah jika digunakan. Kedua-duanya mempunyai makna yang tersendiri. Ayat pertama "Dia bekerja hingga lewat maam" membawa makna yang lebih tepat kerana penggunaan kata "hingga" di situ menunjukkan perihal peringkat dan adanya had masa, manakala ayat kedua "Dia bekerja lewat malam" membawa makna keadaan dia melakukan pekerjaan lewat waktu. Oleh itu, ayat pertama adalah lebih tepat dan sesuai digunakan. | Tatabahasa | 24.05.2017 |
apakah terjemahan untuk 'supper' dlm bahasa melayu? pendrive atau thumdrive dlm istilah BM? Terima kasih. | 1. supper - makan lewat malam 2. pendrive - pemacu pena 3. thumb drive - pemacu jari | Istilah | 16.07.2011 |
Salam Sejahtera tuan. 1) Kaki Nazar terperosok ke dalam lubang ketika berlari untuk mengejar anak kucing itu. 2) Sedangkan abangnya yang berpendidikan tinggi itu tidak diterima menjadi ahli, inikan pula dia yang masih di bangku sekolah. 3) Tidak manis anak gadis pulang lewat malam. 4) Mereka tidak dapat menahan keselamatan negara daripada dicerobohi oleh musuh. Sekian, terima kasih | Ayat yang betul dan boleh digunakan adalah seperti yang berikut: 1. Kaki Nazar terperosok ke dalam lubang ketika mengejar anak kucing itu. 2. Sedangkan abangnya yang berpendidikan tinggi itu tidak diterima menjadi ahli, inikan pula dia yang masih di bangku sekolah. 3. Tidak manis anak gadis pulang lewat malam. 4. Mereka tidak dapat menjaga keselamatan negara daripada dicerobohi musuh. Sila berikan soalan yang lebih jelas supaya pihak kami dapat memberikan jawapan yang betul. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2015), halaman 431-575. | Tatabahasa | 19.07.2024 |
Salam Sejahtera tuan. 1) Kaki Nazar terperosok ke dalam lubang ketika berlari untuk mengejar anak kucing itu. 2) Sedangkan abangnya yang berpendidikan tinggi itu tidak diterima menjadi ahli, inikan pula dia yang masih di bangku sekolah. 3) Tidak manis anak gadis pulang lewat malam. 4) Mereka tidak dapat menahan keselamatan negara daripada dicerobohi oleh musuh. Sekian, terima kasih | Ayat yang betul dan boleh digunakan adalah seperti yang berikut: - Kaki Nazar terperosok ke dalam lubang ketika mengejar anak kucing itu.
- Sedangkan abangnya yang berpendidikan tinggi itu tidak diterima menjadi ahli, inikan pula dia yang masih di bangku sekolah.
- Tidak manis anak gadis pulang lewat malam.
- Mereka tidak dapat menjaga keselamatan negara daripada dicerobohi musuh.
Sila berikan soalan yang lebih jelas supaya pihak kami dapat memberikan jawapan yang betul. | Tatabahasa | 24.07.2024 |
1. Yang mana betul? a) di hati atau dalam hati atau di dalam hati b) pertandingan menyanyi atau pertandingan nyanyi atau pertandingan nyanyian. c) pertandingan bercerita atau pertandingan cerita d) pertandingan perbahasan atau pertandingan bahas 2. Perasaan bimbang _________ emak kerana abang belum pulang walaupun hari sudah lewat malam. Apakah jawapan yang sesuai untuk diisikan ke dalam tempat kosong di atas? | 1. Yang betul ialah a) dalam hati b) Pertandingan Nyanyian c) Pertandingan Bercerita d) Pertandingan Bahas 2. Ayat tersebut tidak jelas, sepatutnya ayat tersebut adalah seperti berikut: Emak berasa bimbang kerana abang belum pulang walaupun hari sudah lewat malam. | Tatabahasa | 09.07.2009 |
Hi, boleh saya tahu adakah perkataan "sarapan" memerlukan "pagi" atau "sarapan" sahaja pun boleh digunakan? Seterusnya, boleh saya tahu jika kita mempunyai istilah untuk "late-night snack". Terima kasih! | Frasa yang betul ialah "sarapan". Cadangan terjemahan untuk "late night snack" ialah "snek lewat malam". Cadangan terjemahan ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya. | Istilah | 15.08.2024 |
1) Adakah ayat-ayat di bawah betul dari segi struktur bahasanya?Jika tidak mohon pihak tuan memberi penerangan yang LEBIH lanjut. - Kami berada di sini dari pukul 4.00 petang hingga ke pukul 6.00 petang. - Jarak di antara rumah Rosli dengan rumah neneknya lebih kurang dua kilometer. - Kedai menjual alat tulis itu dibuka hingga lewat malam. 2) Adakah asam keping dan asam gelugur memberi maksud yang sama? Apakah penjodoh bilangan yang paling sesuai digunakan untuk asam gelugur?Biji atau keping?Atau kedua-dua penjodoh bilangan tersebut boleh digunakan. 3) Apakah perkataan berlawanan yang paling tepat bagi menyangkal? A)membantah B) mengakui C) Mengikut D) menurut | 1.Ayat yang berikut telah diperbaik manakala ayat lain betul. Kami berada di sini dari pukul 4.00 petang hingga 6.00 petang.
Penggunaan hingga dan ke dianggap lewah 2.Berdasarkan rujukan kami, asam keping dan asam gelugur ialah sama.Penjodoh bilangan yang paling hampir ialah keping.
3.Perkataan yang paling hampir ialah mengakui. | Tatabahasa | 07.08.2013 |
"Apakah terdapat istilah khusus untuk i. Breakfast ii. Tea Break iii. Lunch iv. High Tea v. Dinner vi. Supper " | Berikut padanan dalam bahasa Melayu yang diperlukan: i. Breakfast - sarapan/ makan pagi ii. tea-break - waktu rehat iii. Lunch - merarau/ makan tengah hari iv. High tea - minum lewat petang v. Dinner - makan malam vi. Supper - makan lewat malam | Istilah | 27.05.2013 |
Salam 1Malaysia, 1. Gelaran Munsyi Faizah atau Faizah Munsyi yang betul? 2. Dalam Kamus Dewan, perkataan 'pemuafakatan' untuk disesuaikan dengan 'memuafakatkan' tidak ada. Mengapa? 3. Dalam buku atur cara, perkataan 'persegaran' diguna pakai sedangkan dalam Kamus Dewan tidak ada. Mengapa? 4. Perkataan merarau = makan tengah hari. Bagaimana pula dengan makan petang dan makan selepas jam 10.00 malam? 5. Adakah maksud peribahasa melepaskan batuk/batok di tangga sama? Terima kasih. | 1. Gelaran yang betulan ialah Munsyi Faizah 2. Perkataan permuafakatan digunakan untuk merujuk perihal bermuafakat dan perihal muafakat bermaksud kemuafakatan. 3. Persegaran tidak digunakan kerana tidak merujuk perihal bersegar sebaliknya yang betul ialah penyegaran bermaksud perihal menyegarkan sesuatu. 4. Bagi makan petang lebih sesuai digunakan minum petang atau kudapan dan selepas pukul 10.00 ialah makan lewat malam. 5. Maksud peribahasa melepaskan batuk/batok di tangga sama? | Tatabahasa | 27.04.2012 |