Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Yang mana betul? 1. Dia sampai lewat di sekolah. 2. Dia lewat sampai di sekolah. Soalan: Bagi "sampai lewat" ia adalah FK dengan intinya "sampai" dan keterangannya "lewat". Tetapi kalau kita anggap "lewat sampai" sebagai FA, dengan intinya "lewat"....macam betul juga. | Kedua-dua ayat tersebut betul. | Tatabahasa | 03.04.2012 |
Yang mana satu betul? 1. Eh,mengapa awak lewat? 2. Eh,mengapa awak lewat! 3. Eh!Mengapa awak lewat? | Penggunaan yang betul ialah Eh! Mengapa awak lewat? | Tatabahasa | 17.02.2011 |
Kemusykilan: Ayat berbunyi - Hujan lebat telah turun lewat pagi semalam. Persoalannya: Apakah maksud LEWAT PAGI dalam konteks soalan tersebut? - manakah maksud yang yang sesuai: a. Tengahari b. Awal malam c. Awal pagi | Antara maksud lewat ialah larut, walau bagaimanpun tidak ada maklumat yang tepat untuk lewat pagi dalam pangkalan data kami. Tengah hari ialah lebih kurang pukul 12 pada siang hari. Awal ialah permulaan, ini bermakna awal pagi dan awal malam ialah permulaan kedua-dua waktu tersebut. | Makna | 19.10.2011 |
Pengawas itu mencatat nama murid yang datang lewat ke sekolah. a) Murid yang datang lewat ke sekolah dicatat namanya oleh pengawas. b) Nama murid yang datang lewat ke sekolah dicatat oleh pengawas. Ayat aktif tukar ke ayat pasif, jawapan a atau b adalah betul ? | Bentuk ayat pasif - a. Murid yang datang lewat ke sekolah dicatat namanya oleh pengawas. | Tatabahasa | 19.06.2010 |
Halim datang lewat ke sekolah atau Halim datang ke sekolah lewat. Ayat yang manakah yang betul? | Kedua-dua ayat tersebut salah. Ayat yang betul ialah Halim lewat datang ke sekolah. | Tatabahasa | 19.10.2007 |
adakah dia lewat tidur atau dia tidur lewat? | Kedua-duanya betul. | Tatabahasa | 02.08.2010 |
berikan saya maksud masa dan lewat | Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat perkataan masa bermaksud waktu, ketika. Perkataan lewat bermaksud lalu, berjalan(di samping, di hadapan, dekat). lampau, habis, selesai. Sila rujuk kamus Dewan Edisi Keempat halaman 1000 dan 934. | Makna | 12.03.2008 |
Antara yang berikut, yang manakah betul: Pemuda itu terkial-kial ke tempat kerja kerana sudah lewat. Pemuda itu tercunggap-cunggap ke tempat kerja kerana sudah lewat. Keaslian sesuatu barangan yang ingin kita beli tidak dapat ditentukan dengan hanya sekali pandang. Buku yang tebal itu terbaca oleh Encik Hamri beberapa hari sahaja namun di perlu melakukan banyak kerja rumah. Kita perlu minum tujuh gelas air setiap hari untuk menggantikan air yang keluar daripada badan. | Semua ayat di atas betul kecuali ayat: Buku yang tebal itu terbaca oleh Encik Hamri beberapa hari sahaja namun dia perlu merlakukan banyak kerja rumah. | Tatabahasa | 01.10.2007 |
1. Kami sampai agak lewat di majlis itu kerana kereta kami ______ di jalan raya akibat hujan terlalu lebat. (tersangkut, terkandas, terhimpit, terhenti). Jawapan saya ialah tersangkut. Betul? 2. Belunjur dengan berlunjur? Apakah bezanya? | 1. Kami sampai agak lewat di majlis itu kerana kereta kami terkandas di jalan raya akibat hujan terlalu lebat. 2. Kata terbitan yang betul ialah berlunjur (tidak ada perkataan belunjur). | Tatabahasa | 17.07.2011 |
Mengapakah ayat di bawah salah?: Buku yang tebal itu terbaca oleh Encik Hamri beberapa hari sahaja namun dia perlu merlakukan banyak kerja rumah. [SILA BERI PENJELASAN] DAN Antara ayat yang berikut yang manakah paling tepat dan sesuai? Pemuda itu tercunggap-cunggap ke tempat kerja kerana sudah lewat. ATAU Pemuda itu terkial-kial ke tempat kerja kerana sudah lewat. Salmah sering terkenang akan peristiwa pahit itu. ATAU Salmah sering terkenang pada peristiwa pahit itu. ATAU Salmah sering terkenang dengan peristiwa pahit itu. Pihak polis sedang mengadakan intipan dengan binokular untuk mendapatkan kepastian. ATAU Pihak polis sedang mengadakan risikan dengan binokular untuk mendapatkan kepastian. [SILA BERI JAWAPAN SECEPAT YANG MUNGKIN] Terima Kasih. | Sdr. Limsuwei , Pemuda itu tercunggap-cunggap ke tempat kerja kerana sudah lewat. ATAU Pemuda itu terkial-kial ke tempat kerja kerana sudah lewat.ayat yang paling sesuai ialah Pemuda itu tercunggap-cunggap ke tempat kerja kerana sudah lewat. Salmah sering terkenang akan peristiwa pahit itu ialah ayat yang betul Pihak polis sedang mengadakan intipan dengan binokular untuk mendapatkan kepastian ialah ayat yang betul Buku yang tebal itu terbaca oleh Encik Hamri beberapa hari sahaja namun dia perlu merlakukan banyak kerja rumah ialah yang betul kerana terbaca menunjukkan keupayaannya membaca. | Tatabahasa | 06.10.2007 |