Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Salam saudara, Frasa yang manakah lebih tepat? 1. kelas jahitan atau kelas menjahit? 2. kelas masakan atau kelas memasak? 3. kelas nyanyian atau kelas menyanyi? 4. kelas tarian atau kelas menari? Apakah alasannya? Terima kasih. | Frasa yang betul ialah Kelas Jahitan dan Kelas Masakan kerana perkataan jahitan dan masakan mengandungi masak cara perbuatan tersebut dibuat. | Tatabahasa | 19.06.2014 |
apakah kelas pemikiran? pemikiran kelas pertama,pemikiran kelas kedua,pemikiran kelas ketiga | Kelas pemikiran - biasanya dikaitkan dengan taraf pemikiran dan pemikiran kelas pertama tentunya adalah tahap pemikiran yang tinggi yang biasanya dikaitkan dgn orang cerdik pandai | Makna | 03.09.2006 |
Kamu semua boleh pulang ke kelas-kelas kamu semua. Ayat di atas betul ke? | Ayat yang betul ialah "Kamu semua boleh kembali ke kelas masing-masing." | Tatabahasa | 12.05.2022 |
Adakah DBP menawarkan kursus bahasa melayu atau kelas terjermahan? Saya inging tahu tentang kelas-kelas yang ditawarkan. terima kasih. | Bagi endapatkan maklumat berkenaan kursus bahasa Melayu, sila berhubung dengan Bahagian Sumber Manusia DBP. Manakala bagi kursus terjemahan, sila berhubung dengan Institut Terjemahan Negara Malaysia, telefon 03-41497210. | Lain-lain | 01.08.2008 |
Jika peserta program dibekalkan dengan buku (ada maklumat peribadi dan ruang untuk cop), perlu ke kelas-kelas tertentu dan sebagai pengesahan peserta sudah pergi kelas tersebut, buku mereka akan dicop. Bolehkah buku tersebut dipanggil sebagai pasport atau pasport kehadiran? Sebab peserta yang pegang sendiriibuku tersebut. | Menurut Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021) halaman 1629, perkataan pasport bermaksud dokumen (mengandungi butir-butir peribadi) yang didapati daripada kerajaan oleh seseorang warganegara untuk dibawa apabila ke luar negeri; 2. sesuatu (kelayakan dan sebagainya) yang dianggap membolehkan seseorang diterima masuk tanpa halangan dalam mana-mana bidang (kegiatan dan lain-lain) yang diingininya. Sehubungan dengan itu, perkataan Pasport Kehadiran tidak sesuai untuk digunakan dalam konteks yang tuan maksudkan. Cadangan yang sesuai ialah Buku Kehadiran.
| Makna | 15.11.2024 |
Apakah terjemahan yang sesuai bagi perkataan masterclass dalam konteks ayat ini?: masterclass Malay classical dance workshop Adakah Kelas Master? Kelas Pakar? Kelas Induk? atau Kelas Adiguru? | Cadangan padanan terjemahan yang sesuai bagi perkataan masterclass dalam konteks ayat yang diberikan ialah “Kelas Pakar”. | Penyemakan dan penterjemahan | 17.06.2022 |
Salam, adakah huruf besar/kecil yang sesuai digandingkan dengan kata nama khas berikut? Apakah alasannya? 1. kelas/Kelas Tahun Lima Mawar 2. pantai/Pantai Batu Feringghi 3. pengerusi Persatuan Bahasa Malaysia 4.peperiksaan/Peperiksaan UPSR Terima kasih. | Jawapan : 1. kelas Tahun Lima Mawar 2. Pantai Batu Feringghi= Huruf P pada perkataan Pantai Batu Feringgi dieja dengan huruf besar kerana pantai dan kata nama itu hadir sebagai satu kesatuan dan merupakan nama khas. 3. pengerusi Persatuan Bahasa Malaysia 4. peperiksaan UPSR | Lain-lain | 20.10.2014 |
Salam tuan/puan, soalan saya bertarikh 20/10/14 masih belum dijawab. Salam, adakah huruf besar/kecil yang sesuai digandingkan dengan kata nama khas berikut? Apakah alasannya? 1. kelas/Kelas Tahun Lima Mawar 2. pantai/Pantai Batu Feringghi 3. pengerusi/Pengerusi Persatuan Bahasa Malaysia 4.peperiksaan/Peperiksaan UPSR Terima kasih. Semoga tuan/puan dapat menjawab dengan segera kerana saya perlu membetulkan kesilapan sekiranya ada sebelum buku dicetak. Terima kasih. | 1. kelas Tahun Lima Mawar 2. Pantai Batu Feringghi= Huruf P pada perkataan Pantai Batu Feringgi dieja dengan huruf besar kerana pantai dan kata nama itu hadir sebagai satu kesatuan dan merupakan nama khas. 3. pengerusi Persatuan Bahasa Malaysia 4. peperiksaan UPSR | Tatabahasa | 27.10.2014 |
Tuan, Saya ada kemusykilan. Sekolah saya ada 2 sesi. Sesi pagi merangkumi sesi perdana (Tingkatan 4 & 5) dan Tingkatan 6 atau Pra Universiti manakala sesi petang adalah kelas-kelas dari Tingkatan Peralihan, Tingkatan 1, 2 & 3. Ayat-ayat di bawah ini yang mana satu betul? 1. Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dikendalikan oleh guru-guru dan pelajar perdana sesi pagi. atau Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dikendalikan oleh guru-guru dan pelajar sesi perdana pagi. 2. Majlis Penutupan Bulan Kebangsaan diuruskan oleh guru-guru dan pelajar sesi perdana petang. atau Majlis Penutupan Bulan Kebangsaan diuruskan oleh guru-guru dan pelajar perdana sesi petang. Bagaimana pula dengan tajuk di bawah? Yang mana satu betul? Dialog Prestasi Sesi Perdana Pagi atau Dialog Prestasi Perdana Sesi Pagi Dialog Prestasi Sesi Perdana Petang atau Dialog Prestasi Perdana Sesi Petang? Terima kasih. | Jawapan yang betul ialah ayat 1. Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dikendalikan oleh guru-guru dan pelajar sesi perdana, manakala ayat 2. Majlis Penutupan Bulan Kebangsaan diuruskan oleh guru-guru dan pelajar tingkatan sesi petang. | Lain-lain | 19.09.2019 |
Encik Lee, guru kelas saya / Guru kelas saya, Encik Lee | Kedua-dua ayat tersebut betul dari segi tatabahasa dan tidak memerlukan koma, iaitu Encik Lee guru kelas saya atau Guru kelas saya Encik Lee. | Tatabahasa | 01.07.2010 |