Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
1.apakah perbezaan antara kalau atau sekiranya?adakah kalau digunakan di depan ayat manakala sekiranya tidak dapat? | Kalau boleh berfungsi sebagai kata hubung (kata sendi) untuk menyatakan syarat (sebagaimana yg dihuraikan berikutannya), seperti contoh ayat: pekerja-pekerja akan berhenti mogok kalau pihak majikan menerima tuntutan mereka; dan kalau juga boleh bermaksud seandainya, sekiranya, contoh: kalau/sekiranya/seandainya begitu tentu Ahmad tak akan lama tinggal di rumah bukan? ... | Tatabahasa | 25.08.2009 |
Assalamualaikum. Adakah betul ayat ini: "Ini cuma pendapat; boleh dimarahkan kalau nak memarahi, boleh ditolak kalau nak menolak, boleh didebatkan kalau nak berdebat, boleh dikritik kalau nak mengkritik. Boleh diterima kalau nak menerima, tapi tak boleh diambil bulat-bulat." Terima kasih. | Ayat ini tidak gramatis. Apabila hendak membina ayat yang mempunyai rima pastikan juga hukum tatabahasanya betul. Contohnya frasa "boleh dimarahkan kalau nak memarahi", dimarahkan ialah bentuk pasif bagi memarahi tetapi subjek dan predikatnya tidak lengkap dan lazimnya perbuatan marah kesannya kepada manusia itu sendiri, bukan percakapannya.
| Tatabahasa | 07.05.2013 |
Salam DBP, Saya ingin mengetahui penggunaan 'kalau' dan "kalaulah" Menurut sumber yang saya peoleh "kalau" digunakan bagi sesuatu kejadian yang mustahil dapat dilakukan. Contoh Kalaulah saya menjadi kaya dalam sekelip mata tanpa usaha, saya akan,,,,, manakala "kalau" digunakan bagi sesuatu yang mampu kita capai. Contoh Kalau kita menang perlawanan itu, kita akan ....... Terima kasih Contoh | Perkataan "kalau" ialah kata penghubung (kata sendi) untuk menyatakan syarat (sebagaimana yang dihuraikan berikutannya) atau jika dan jikalau. Dalam konteks "kalau" dan "kalaulah" tiada perbezaan makna, cuma penggunaan "lah" pada perkataan "kalau" bermaksud kata yang menguatkan (mengeraskan) maksud atau pengertian kata itu. | Tatabahasa | 15.11.2011 |
Kemalangan | Pertanyaan saudara tidak jelas. Jika yang dimaksukan ialah definisi kemalangan, berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, kemalangan ditakrifkan sebagai 1. kecelakaan, kesialan, kerugian, kesusahan: abang engkau telah terlibat dlm satu ~ kereta di utara Semenanjung; 2. tertimpa malang (celaka), mendapat kecelakaan: kalau-kalau ada antara kawan-kawan yg ~ dlm masa ribut besar semalam itu; mendapat ~ mendapat celaka (spt luka-luka atau mati dilanggar kereta, jatuh dr pohon, dll). | Istilah | 18.02.2009 |
Kalau 4925 orang bagaimana hendak ditulis dalam bentuk perkataan? | Salam sejahtera puan, Empat ribu sembilan ratus dua puluh lima orang. | Ejaan | 01.11.2012 |
Kalau nama siri buku, perlukah diitalikkan dan menggunakan huruf besar? Contoh: Siri Bintang Kecil : Idola Rakan | Berdasarkan gaya penerbitan DBP, huruf pertama nama judul buku menggunakan huruf besar dan dicetak dengan huruf condong. (Siri Bintang Kecil: Idola Rakan) | Ejaan | 11.10.2011 |
Kalau tajuk buku kita akan italikkan. Bagaimana pula dengan tajuk artikel dan tajuk sub topik? Adakah perlu diitalikkan juga? | Tajuk artikel dan subtopik tidak perlu ditulis condong. | Ejaan | 23.09.2011 |
kalau dalam ayat 'Demi kemakmuran negara, rakyat mesti bekerjasama dan bersatu padu' atau 'Demi menjaga kemakmuran negara, rakyat mesti bekerjasama dan bersatu padu'. yang mana satu betul??? | Puan, Kedua-dua ayat betul dan boleh digunakan. | Tatabahasa | 11.10.2010 |
Kalau mengikut persukuan , daun mempunyai dua suku kata dan dipenggalkan sebagai da-un. Bagaimana dengan perkataan 'pear'. Adakah dipenggalkan sebagai pe-ar? Bagaimana dengan perkataan 'dinosaur'. Dipenggalkan di-no-sa-ur? Betul? Saya tidak mahu penggal mengikut sebutan, saya hendak pemenggalan mengikut persukuan/ejaan. Bagaimanakah perkataan dinosaur disebut? Suku kata akhir 'saur' disebut seperti 'sa-ur' atau spt dlm bahasa Inggeris - 'sor'? | Perkataan pear mempunyai satu suku kata sahaja, iaitu pear. Manakala dinosaur pula mempunyai tiga suku kata, iaitu di-no-saur. | Lain-lain | 20.07.2010 |
kalau boleh, sila senaraikan perkataan- perkataan yg baru dikeluarkan atau penggunaan sesuatu perkataan seperti 'ia tdk boleh digabungkan dgn nya' terima kasih... | Soalan tidak jelas. Jika yang dimaksudkan ialah kata ianya, maka salah kerana kata ia adalah kata ganti nama diri ketiga, manakala nya juga kata ganti nama diri ketiga. Oleh itu, kata ianya tidak boleh digabungkan. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga untuk keterangan lanjut. | Lain-lain | 14.07.2010 |
|
Puisi |
---|
|
Kalau tuan menebang jati, Kalau tumbang saya tolakkan; Kalau tuan mencari ganti, Kalau kurang saya sorakkan.
Lihat selanjutnya... |
|