Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
ADAKAH ISU BAHASA MELAYU MENJADI BAHASA MALAYSIA TELAH DITUKAR?APAKAH ALASAN PENUKARAN TERSEBUT? | Pertukaran bahasa Melayu kepada bahasa Malaysia telah diputuskan oleh kabinet. Keputusan ini dibuat oleh kabinet bertujuan untuk membantu menyemai rasa kekitaan di kalangan rakyat tanpa mengira kaum. Timbalan Perdana Menteri menyatakan rasionalnya ialah untuk tujuan perpaduan, penggunaan integriti dan bersatu hati. (Rujuk Berita Harian, SElasa 5 Jun 2007) | Lain-lain | 12.07.2007 |
Kerajaan mengambil keputusan agar jenazah bekas menteri kabinet itu dimakamkan di Makam Pahlawan Adakah ayat ini betul? | Penggunaan perkataan 'dimakamkan' hanya digunakan untuk orang yang dihormati seperti para nabi, para wali dan keluarga diraja. Menerusi penggunaan ayat di atas penggunakan perkataan 'dimakamkan' tidak sesuai bahkan terdapat perkataan yang lebih tepat iaitu 'dikebumikan' | Tatabahasa | 02.09.2012 |
Rakyat Masih Keliru, Pada 4 Jun 2007, Kabinet membuat keputusan untuk menukarkan penggunaan 'Bahasa Melayu' kepada 'Bahasa Malaysia' untuk menanam semangat perpaduan. Pada 5 Nov 2007 Menteri Penerangan Malaysia menegaskan lagi bahawa penggunaan istilah baru 'Bahasa Malaysia' adalah muktamad. Namun begitu hingga kini didalam Perlembagaan Malaysia Artikel 152 masih belum dipinda dan ditukar. | Selagi Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan yang mengatakan bahawa bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu tidak berubah, maka nama rasmi bahasa kebangsaan negara Malaysia ialah bahasa Melayu. Walau bagaimanapun, dalam konteks komunikasi sosial yang tidak rasmi, apabila merujuk kepada bahasa yang menjadi sistem komunikasi bersama rakyat Malaysia, istilah bahasa Malaysia bolehlah digunakan di samping istilah bahasa Melayu. | Lain-lain | 06.02.2010 |
bilakah istilah bahasa malaysia menggantikan istilah bahasa melayu? adakah perkataan seperti 'tammat','posto' digantikan dengan 'tamat' dan 'surat' kerana pertukaran bahasa melayu kepada bahasa malaysia? | Mesyuarat kabinet pada 11 April 2007 telah memutuskan istilah Bahasa Malaysia hendaklah digunakan dalam semua urusan apabila merujuk penggunaan Bahasa Kebangsaan atau Bahasa Melayu. Perkataan tamat dan surat telah lama digunakan sebelum keputusan kabinet tersebut. | Lain-lain | 15.04.2010 |
Apakan perbezaan diantara Bahasa Melayu dengan Bahasa Malaysia? | Mengikut Perlembagaan Malaysia istilah yang betul ialah bahasa Melayu. Walau bagaimanapun kabinet Malaysia telah mengeluarkan arahan agar istilah bahasa Malaysia digunakan menggantikan istilah bahasa Melayu bagi tujuan perpaduan. Dalam hal ini kami berpendapat penggunaan bahasa Melayu atau bahasa Malaysia perlu disesuaikan mengikut konteks penggunaannya. contohnya, jika penggunaan ini bagi tujuan ilmu maka istilah bahasa Melayu yang paling tepat digunakan kerana bahasa itu disandarkan kepada peradaban Melayu. | Lain-lain | 07.07.2012 |
Apakah bedanya di antara "Menyeimbangkan" dgn "Mengimbangkan"? | Menurut Kamus Dewan, menyeimbangkan ialah menjadikan seimbang (tetap, tidak turun naik, dsb): tugas utama kabinet baru ini ialah ~ ekonomi; kerajaan berhasrat menyusun semula masyarakat untuk ~ kedudukan ekonomi; Mengimbangkan pula ialah menjadikan supaya berimbang (sebanding): penubuhan syarikat ini akan dapat meneruskan usaha ~ kedudukan ekonomi antara semua golongan rakyat dalam negara ini; ~ kira-kira; | Tatabahasa | 12.08.2013 |
SAPAAN UNTUK DR? PERLU YBHG ATAU TIDAK? | YBHG HANYA UNTUK DATUK/DATO'/DATO' YANG BUKAN AHLI PARLIMEN/ADUN/MENTERI/MEMEGANG SEBARANG JAWATAN KABINET | Lain-lain | 29.09.2010 |
Yang mana yang patut digunakan sekarang dengan tepat.. Bahasa Melayu @ Bahasa Malaysia? | Mengikut Perlembagaan Malaysia istilah yang betul ialah bahasa Melayu. Walau bagaimanapun kabinet Malaysia telah mengeluarkan arahan agar istilah bahasa Malaysia digunakan menggantikan istilah bahasa Melayu bagi tujuan perpaduan. Dalam hal ini kami berpendapat penggunaan bahasa Melayu atau bahasa Malaysia perlu disesuaikan mengikut konteks penggunaannya. contohnya, jika penggunaan ini bagi tujuan ilmu maka istilah bahasa Melayu yang paling tepat digunakan kerana bahasa itu disandarkan kepada peradaban Melayu. | Lain-lain | 15.03.2013 |
kenapa bahasa melayu bertukar menjadi bahasa malaysia? | Dalam akhbar bertarikh 5 Jun 2007, Timbalan Perdana Menteri telah mengumumkan bahawa kabinet memutuskan untuk menukar istilah bahasa Melayu kepada bahasa Malaysia dalam semua bidang dengan alasan untuk tujuan perpaduan. | Lain-lain | 05.04.2009 |
Apakah nama yang betul dan harus digunakan, adakah "bahasa Melayu" atau "Bahasa Malaysia"? Selama ini yang saya tahu ialah pihak DBP menganjurkan nama "bahasa Melayu", tetapi baru-baru (Jun 2007) ini, Kabinet mengumumkan bahawa nama yang patut digunakan ialah "Bahasa Malaysia", alasannya untuk melahirkan semangat patriotik dsb. Apakah pendirian DBP dalam hal ini? (ketepikan unsur politik dan patriotisme) | Selagi Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan bahawa bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu tidak berubah, maka nama rasmi bahasa kebangsaan negara Malaysia ialah bahasa Melayu. Walau bagaimanapun, dalam konteks komunikasi sosial yang tidak rasmi, apabila merujuk kepada bahasa yang menjadi sistem komunikasi bersama rakyat Malaysia, istilah bahasa Malaysia bolehlah digunakan di samping istilah bahasa Melayu. | Makna | 20.12.2007 |