Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Apakah istilah Bahasa Melayu untuk Deed of Assignment? Adakah 1. surat ikatan penyerahhakan atau 2. surat ikatan penyerahan hak? | Sdr., istilah yang sesuai untuk Deed of Assignment ialah Surat Ikatan Penyerahhakan. Jika sdr. ada persoalan yang lain, sdr. boleh menggunakan enjin carian Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM). PRPM merupakan satu cara lain untuk membuat rujukan atau mendapatkan makna kata, istilah, peribahasa dan sebagainya. Sila layari www.prpm.dbp.gov.my dan memasukkan maklumat yang ingin dicari dalam ruang yang disediakan dan klik "cari". Selamat mencuba. | Lain-lain | 04.11.2010 |
DiGi - Satu Ikatan Seperti dilampirkan. Terima Kasih | Iklan perlu dikemukakan melalui laman web www.prpm.dbp.gov.my Layari laman web www.prpm.dbp.gov.my dan klik e-Perkhidmatan. Klik Khidmat Pengesahan Bahasa DBP. Skrin Daftar Masuk akan dipaparkan. Pengguna yang pertama kali berkunjung perlu mendaftar terlebih dahulu. Isikan maklumat yang diperlukan. Setelah selesai, klik Daftar. Skrin Pengesahan Pendaftaran akan dipaparkan. Penuhkan ruangan yang disediakan untuk mengaktifkan akaun anda. Semak e-mel anda untuik mendapatkan Kod Pengaktifan. Salin Kod Pengaktifan dan masukkan di ruang yang disediakan dan klik Aktif. Klik menu Permohonan untuk menghantar permohonan. Pilih dan isikan maklumat yang diperlukan. Setelah selesai, klik Daftar. | Lain-lain | 25.07.2011 |
Assalamualaikum. Kami akan mengadakan satu majlis pertemuan bekas rakan-rakan lama.Tema yang dipilih seperti di bawah.Cuma saya mohon tuan tentukan manakah yang tepat atau tuan cadangkan tema yang sesuai. 1. IKATAN JALINAN KASIH BERPANJANGN ATAU 2. IKATAN JALINAN , KASIH BERPANJANGAN. Tema ini akan ditulis pada kain rentang. Terima kasih kerana sudi membantu.Kalau boleh saya mahukan jawapan kadar segera. ISMAIL HASHIM | Dari segi tatabahasa, tema yang betul ialah Ikatan Jalinan Kasih Berpanjangan. | Tatabahasa | 10.09.2009 |
definisi persatuan | Makna persatuan ialah gabungan, ikatan, kumpulan. | Makna | 01.09.2009 |
apakah definisi bagi konsep persatuan? | 1. gabungan, ikatan, kumpulan: anggota jawatankuasa P~ Penulis Nasional ialah sepuluh orang; P~ Bola Sepak Malaysia; 2. perikatan, syarikat: setiausaha ~ kastam; 3. perihal bersatu: ~ urat pd tangan dgn urat pd mata; Sila rujuk buku-buku yang berkaitan untuk maklumat yang lebih terperinci. | Lain-lain | 06.10.2009 |
apakah maksud bangsa asing? | Bangsa asing merupakan kumpulan manusia yang tidak terikat dalam satu ikatan ketatanegaraan. Ini bermaksud kumpulan bukan warganegara yang memasuki sesebuah negara untuk tujuan tertentu. | Makna | 03.02.2008 |
Apakah terjemahan bagi 'polyunsaturated'? Tk. | Terjemahannya ialah politaktepu. Sesuatu yang mengandung lebih dari dua atau tiga ikatan dalam molekul seperti sayur-sayuran tertentu atau lemak binatang. | Istilah | 20.03.2009 |
makna terbuka | Menurut Kamus Dewan Edisi Empat, terbuka ialah tidak tertutup (bertutup), terdedah; 2. terlepas, terurai, tertetas (ikatan, jahitan); 3. terkembang, terbentang (layar, payung); 4. terluang, ada (peluang pekerjaan), tersedia: peluang pekerjaan terbuka luas kepada anak-anak muda di kawasan perusahaan luar bandar; 5. telah dilihat (diketahui) orang (rahsia), terdedah, terbongkar: rahsianya telah terbuka; 6. tidak terhad (tersekat) kepada orang tertentu sahaja. Sila layari http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=terbuka untuk lebih lanjut. | Tatabahasa | 07.03.2013 |
adakah perkataan 'talaq' perlu dicondongkan (italic)? jika perlu, mengapa dan jika tidak perlu, mengapa? | Dalam pangkalan data kami, tiada perkataan talaq tetapi terdapat perkataan talak. Talak bermaksud pelepasan ikatan nikah dengan ucapan talak, cerai oleh suami. Tuan digalakkan menggunakan ejaan bahasa Melayu yang betul dan tidak perlu dicondongkan ejaan. | Ejaan | 31.10.2013 |
1)Apakah maksud 'bangsa asing' dari segi bahasa dan istilah? 2)Perbincangan mengenai pengajaran bahasa melayu kepada bangsa asing. | Bangsa asing bermaksud bangsa di luar kumpulan manusia dalam satu ikatan ketatanegaraan. Contohnya, bangsa asing yang datang dari negara- negara Afrika dan benua Asia yang lain ke Malaysia untuk tujuan melancong, berniaga atau bekerja. Pengajaran bahasa Melayu yang sesuai kepada kumpulan ini perlu dilihat dari segi keperluan dan latar belakang kumpulan berkenaan. | Makna | 03.02.2008 |
|
Tesaurus |
---|
| ikat (kata nama) | 1. Dalam konteks alat bersinonim dengan tali, benang, kain,
2. Bersinonim dengan berkas: kumpulan, gabungan,
| Kata Terbitan : berikat, mengikat, terikat, ikatan, perikatan, pengikatan, pengikat, |
|
|