Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Yang mana jawapan paling sesuai? Emak membeli empat______petai dan se______ bayam di pasar. a) ikat....ikat b) papan....ikat C) ikat.....cekak d) papan.......cekak | Jawapan yang sesuai untuk soalan tersebut ialah: b) papan...ikat d) papan...cekak Secekak bukan penjodoh bilangan tetapi lebih kepada perbuatan kita mengukur sesuatu benda dengan cara mencekaknya, manakala seikat ialah penjodoh bilangan. | Tatabahasa | 12.03.2013 |
Gabungkan ayat tunggal 1.a.Mei Mei ikat rambut. b.Mei Mei sikat rambut.(dan) Mei Mei ikat rambut dan sikat rambut.@Mei Mei ikat dan sikat rambut. Jwp yang mana satu tepat? | Ayat yang gramatis: Mei Mei sedang menyikat dan mengikat rambutnya. | Tatabahasa | 28.07.2015 |
Gabungkan ayat tunggal 1.a.Mei Mei ikat rambut. b.Mei Mei sikat rambut.(dan) Mei Mei ikat rambut dan sikat rambut.@Mei Mei ikat dan sikat rambut. Jwp yang mana satu tepat? | Ayat yang betul dan logik ialah Mei Mei menyikat dan mengikat rambut. | Tatabahasa | 11.08.2014 |
Salam, saya ingin bertanya tentang penggunaan simpulan bahasa. Simpulan bahasa yang bakal saya berikan ini hanyalah contoh bagi bermacam-macam simpulan bahasa yang mengalami situasi yang sama. Contoh yang ingin saya nyatakan ialah 'ikat perut'. Jika 'ikat perut' dimasukkan ke dalam ayat, bolehkan menerima imbuhan? Ayat contoh: 1. Nalia terpaksa mengikat perut kerana dia ingin berjimat. 2. Nalia terpaksa ikat perut kerana dia ingin berjimat. Sila berikan penjelasan tuan/puan yang boleh memahamkan saya. Terima kasih. | Simpulan bahasa boleh menerima imbuhan sekiranya menghasilkan makna yang sama. Contohnya, berpeluk tubuh, bercakap besar, berkecil hati, bertegang leher, bermurah hati dan lain-lain. | Tatabahasa | 22.07.2013 |
Adakah "ikat limar" , iaitu suatu teknik ikatan kain sutera adalah kata nama khas? | Perkataan "ikat limar" merupakan kata nama am. | Lain-lain | 07.06.2022 |
Ayah bawa beberapa----rambutan dan beberapa----kelapa di dalam ruang bagasi keretanya. A ikat.....tandan B gugus.....biji | Kedua-duanya boleh digunakan. | Tatabahasa | 05.07.2015 |
Puan, Sila jelaskan jawapan yang berikut :- 1) Abang mengerat beberapa ______ tebu. A. ikat B. ruas C. kerat 2) Ibu menggunakan beberapa _____ kunyit untuk menggulai ikan. A. biji B. kaki C. keping D. batang Terima kasih. | 1) Abang mengerat beberapa ruas tebu. 2) Ibu menggunakan beberapa kaki kunyit untuk menggulai ikan. | Tatabahasa | 06.09.2013 |
Dua orang budak melambaikan panji-panji.(betul@salah) dalam acara sukaneka adakah isi air dalam botol,lari ikat kaki..nama acara -acara ini betul? | Ayat itu betul dan nama-nama acara sukaneka itu juga betul. | Tatabahasa | 20.06.2011 |
Apakah padanan Melayu untuk 'prong-setting' (sejenis reka bentuk untuk cincin)? Adakah 'tetapan serampang' sesuai? Terima kasih. | Kami mencadangkan "prong-setting" diterjemahkan sebagai "ikat serampang". Namun, padanan ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa. | Istilah | 10.04.2022 |
Apakah maksud perkataan "sassy" dalam Bahasa Melayu? | Tiada perkataan "sassy" dalam pangkalan data kami, yang ada ialah "sasy" yang membawa maksud sejenis bengkung dan ikat pinggang. | Makna | 05.03.2019 |