Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
di hutan atau di dalam hutan? ataupun kedua-dua diterima? | Kedua-dua frasa di hutan dan di dalam hutan betul dan boleh digunakan Contohnya "Pengembara itu sesat di dalam hutan" dan "Pokok balak banyak terdapat di hutan simpan. | Tatabahasa | 25.10.2017 |
HARIMAU TINGGAL DI DALAM HUTAN ATAU HARUMAU TINGGAL DI HUTAN DALAM? AYAT MANAKAH YANG BETUL? HUTAN DALAM BERERTI JAUH DALAM HUTAN MANAKALA DI DALAM HUTAN SEPERTI LEBIHAN AKJEFTIF. AYAT SEPERTI 'DI DALAM HUTAN TERDAPAT SEEKOR HARIMAU YANG GARANG' AYAT INI MEMANG BETUL. SILA CONFIRM KAN TERIMA KASIH. SEKIRANYA SAYA BERTANYA ' SAYA TINGGAL DI DALAM KAMPUNG ATAU SAYA TINGGAL DI KAMPUNG'? | 1. Harimau tinggal di dalam hutan. 2. Saya tinggal di kampung. | Tatabahasa | 28.07.2015 |
Adakan DBP menerbitkan buku yang bertajuk Audit Hutan atau Pengauditan Hutan di Malaysia, Sejarah Audit Hutan atau Pengauditan Hutan di Malaysia ataupun yang lebih kurang dengan tajuk tersebut. Sekian terima kasih | Tuan boleh menghubungi Kedai Buku Koperasi DBP untuk bertanyakan berkenaan penerbitan buku ini.Nombor telefon Kedai Buku Koperasi ialah 03-21479636. Terima kasih. | Lain-lain | 30.06.2014 |
Hutan simpanan @ hutan simpan yang mana betul? | Istilah bahasa Melayu yang betul ialah hutan simpan. | Istilah | 07.05.2012 |
Adakah hutan simpan di sesuatu lokasi perlu dieja dengan huruf besar seperti Hutan Simpan Bukit Nanas atau Hutan Simpan Pasoh? Atau memadai dengan hutan simpan Pasoh. | Frasa yang merujuk nama khas perlu ditulis dengan huruf besar. Hutan Simpan Bukit Nanas dan Hutan Simpan Pasoh merujuk kepada nama khas dan perlu ditulis dengan huruf besar. | Tatabahasa | 01.07.2015 |
usahasil hutan atau usaha hasil hutan? | Frasa yang tepat ialah usaha hasil hutan. | Penyemakan dan penterjemahan | 09.01.2025 |
Pengusahasilan hutan atau Pengusaha hasilan hutan? | Frasa yang tepat ialah pengusaha hasilan hutan. | Penyemakan dan penterjemahan | 09.01.2025 |
Apakah perkataan yang sesuai :hutan simpan atau hutan simpanan. | Istilah yang betul ialah hutan simpan. | Istilah | 26.04.2011 |
Apakah padanan yg sesuai utk habitat fragmentation? Penyerpihan hutan, pemecahan hutan? Fragmented = terserpih? | Cadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah habitat fragmentation ialah pemecahan habitat. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | Istilah | 23.05.2025 |
apakah maksud hutan kita khazanah kita? | Menurut Kamus Dewan, hutan bermaksud kawasan yg ditumbuhi pokok-pokok liar (terbiar) atau rimba. Khazanah pula beerti barang-barang kepunyaan, harta benda, kumpulan atau himpunan. (Erti khazanah - Melihat kepada konteks penggunaan ayat). Hutan kita khazanah kita bermaksud kawasan yg ditumbuhi pokok-pokok liar yang merupakan simpanan atau menjadi kepunyaan atau perlindungan kita (kerajaan, negara dan lain-lain). Contohnya hutan simpan atau hutan dara. Bagi memahami penggunaan kata hutan kita khazanah kita dengan lebih jelas, saudara boleh merujuk Kamus Dewan Edisi keempat terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. Terima kasih kerana menggunakan Khidmat Nasihat Bahasa DBP. | Lain-lain | 09.02.2007 |