Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
1) "daripada" sumber haram/"dari"sumber haram? 2) "daripada" / "dari" sumber yang boleh dipercayai? 3) "daripada" / "dari" sumber hasil jenayah? Yang mana satu betul? Mohon penjelasan. | Penggunaan yang betul dalam konteks yang tersebut ialah "daripada". Kata sendi nama "dari" hadir di hadapan tarikh, masa dan arah seperti dari 15 hingga 21 dan dan dari Kuantan ke Kuala Lumpur. | Tatabahasa | 07.06.2013 |
Haram di sisi syarak atau Haram pada sisi syarak? | Haram di sisi syarak. | Tatabahasa | 21.09.2011 |
ah long atau along ? ( ceti haram ) | Sdr., Ceti haram bermaksud along, oleh itu boleh digunakan sama ada ceti haram atau along, kedua-duanya merupakan kata nama am. Ejaan Ah long adalah salah untuk maksud ceti haram. | Lain-lain | 17.04.2010 |
Assalamualaikum Ejaan sebenar tanah suci/tanah haram atau Tanah Suci/Tanah Haram? Dalam kamus dewan edisi keempat sendiri terdapat 2 versi ini. Penggunaan huruf kecil "tanah suci" pada entri manakala dalam contoh ayat yang dikemukakan digunakan huruf besar "Tanah Suci/Tanah Haram. Antara kedua-duanya, yang manakah LEBIH TEPAT? Terima kasih. | 1. Frasa "tanah suci" dan "tanah haram" ialah kata nama umum dan dieja dengan huruf kecil. Dari segi semantik, boleh jadi di mana-mana sahaja tempatnya, mengikut kepercayaan agama masing-masing. 2. Frasa tersebut menjadi kata nama khas apabila merujuk satu tempat yang tertentu seperti Mekah/Makkah, Palestin dan sebagainya. Apabila kata tersebut menjadi kata nama khas maka ejaannya berhuruf besar pada huruf pertama kata tersebut (seperti ini; Mereka menunaikan ibadah haji di Tanah Suci). Sila rujuk kamus DBP yang terkini iaitu Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020). | Ejaan | 27.05.2024 |
Assalamualaikum tuan/puan. Saya mengucapkan terima kasih atas jawapan yang tuan/berikan kepada saya berkenaan dengan "pengubahan wang haram". Kemusykilan saya yang seterusnya ialah, jika "money laundering" diterjemahkan sebagai "pelaburan wang haram", apakah pula terjemahan yang tepat dalam bahasa Inggeris bagi "pengubahan wang haram"? Sekian, terima kasih. | Untuk makluman tuan, data tentang lender dan laundering diambil daripada terjemahan Kamus Inggeris-Melayu Dewan (KIMD). Tidak ada maklumat tengang kata berkenaan dalam bidang peristilahan. Kami berpandangan pelaburan wang haram (kerana diambil daripada maksud launder dalam KIMD) sama dengan pengubahan wang haram. Melalui semakan kami juga akta yang diuuatkuasakan mengguna pakai perkataan pengubahan wang haram, iaitu Akta 613 - Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 atau versi bahasa Inggeris, Act 613 - Anti-Money Laundering and Anti-Terrirism Financing Act 2001. | Istilah | 25.07.2015 |
Saya ingin bertanya keatas ayat iklan: 'DADAH HARAM DISISI ISLAM' atau 'DADAH HARAM DIDALAM ISLAM' Apabila dadah itu hanya berada disisi tapi jika ia berada didalam islam adakah ia dibenarkan? | Ayat yang betul ialah dadah haram dalam Islam. | Tatabahasa | 09.05.2008 |
apakah yang dimaksudkan dengan lumba haram | Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat perkataan lumba bermaksud perlawanan beradu cepat. Perkataan haram bermaksud ditegah(terlarang) oleh undang-undang, tidak sah di sisi undang-undang. Oleh itu lumba haram bermaksud perlawanan yang ditegah oleh undang-undang atau tidak sah di sisi undang-undang. | Makna | 10.04.2008 |
Adakah boleh 'cuci wang' digunakan untuk padanan 'launder money' dalam penggunaan rasmi? | Cadangan terjemahan bagi launder money ialah "pengubahan wang haram atau pelaburan wang haram" | Makna | 04.08.2022 |
Isu pembalakan haram bukanlah masalah baru yang membelenggu negara kita. Penggunaan baru dalam ayat tepat atau penggunaan baharu lebih tepat? | Penggunaan yang paling tepat dalam ayat ini ialah baharu kerana baharu dalam ayat ini berfungsi sebagai kata adjektif seperti rumah baharu. | Tatabahasa | 30.03.2014 |
Assalamualaikum tuan, Saya ingin pengesahan bentuk ejaan/bentuk kata bagi perkataan-perkataan di bawah. Yang mana satu yang betul: 1. Pengubahan wang haram; ATAU 2. Penggubahan wang haram. Sekian, terima kasih. | Ejaan dan frasa yang betul ialah "Pengubahan Wang Haram", daripada kata ubah - mengubah - pengubahan. | Tatabahasa | 17.07.2015 |
|
Tesaurus |
---|
| haram | Bahasa Asal :Arab | 1. Bersinonim dengan ditegah ( dilarang, dicegah, ) (adjektif:)
2. Dalam konteks kiasan bersinonim dengan sungguh-sungguh, betul-betul, beriya-iya, benar-benar, sedikit pun, langsung, (kata tugas:)
| Kata Terbitan : mengharamkan, pengharaman, |
|
Puisi |
---|
|
Pisau kecil hulunya gewang, Jatuh ke kaki haram tak luka; Dara kecil permainan abang, Jatuh hati haram tak lupa.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 320 If you lie down with dogs, you'll get up with fleas Jika membabitkan diri dengan orang jahat atau aktiviti gelap, lama-kelamaan kita juga akan terbabit sama. Bagaimana pohon tidak akan tumbang dipanah halilintar, baluhan kulit ada di batangnya I advise you to stay away from those people and their illegal affairs because if you lie down with dogs, you'll get up with fleas. Sooner or later, I bet that you will acquire their undesireable qualities. Aku menasihati kau agar jauhkan diri daripada orang itu dan kegiatan haram mereka kerana bagaimana pohon tidak akan tumbang dipanah halilintar, baluhan kulit ada di batangnya. Aku pasti lama-kelamaan, sifat mereka yang tidak diingini akan menjangkiti k Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|