Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Tuan, bulan hanya satu, kenapa dia bukan kata nama khas ? sekian, terima kasih! Lim | Bulan mempunyai banyak makna yang menyebabkan ia bukan dalam golongan kata nama khas. Bulan bukan sahaja satelit semula jadi bumi yg bergerak mengelilingi bumi sekali dlm 28 hari, dan bersinar pada waktu malam oleh cahaya yang dibalikkan dari matahari tetapi mempunyai banyak makna yang lain. Sila rujuk http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=bulan untuk makna bulan yang lain. | Tatabahasa | 13.01.2013 |
Saya ingin bertanya, bagaimana untuk mengetahui mengenai double " K " dan " G " dalam sesuatu perkataan., Sebagai contohnya keesokan. Kenapa keesokan hanya satu "K", bukannya dua "K" Contoh lain menggalakkan. Sekian ,terima kasih. | Penggunaan satu k atau dua k dalam sesuatu perkataan bergantung pada apitan yang digunakan. Kata dasar yang berakhir dengan huruf k yang menerima apitan meN-...-kan akan menghasilkan kata kerja transitif menggalakkan. Tetapi hanya satu huruf k digunakan sekiranya menerima apitan peN-...-an. | Tatabahasa | 24.09.2007 |
Salam sejahtera. Adakah ayat-ayat di bawah ini betul? 1. Depa ialah salah satu unit ukuran panjang. 2. Plat nombor keretanya hanya satu digit sahaja. 3. Penganut agama itu memuja tuhan yang esa. 4. Had umur minimum bagi pemandu kereta ialah tujuh belas tahun. 5. Encik Abu menjadi imam semasa bersembahyang. 6. Permukaan dinding itu mula kopak. 7. Adakah "juru" dan "kilo" tergolong dalam imbuhan pinjaman? Jika tidak, apakah golongan kata bagi perkataan yang terdiri daripada juru dan kilo? Terima kasih. | 1. Depa ialah ukuran panjang antara kedua-dua hujung tangan yang didepangkan. 2. Plat nombor keretanya hanya satu digit sahaja. 3. Penganut agama itu memuja tuhan yang esa. 4. Had umur minimum bagi pemandu kereta ialah tujuh belas tahun. 5. Encik Abu menjadi imam sembahyang zuhur. 6. Permukaan dinding itu mula terkopak. 7. Juru ialah awalan asing, manakala kilo ialah ringkasan kilogram dan kilometer dan bukan awalan asing. | Tatabahasa | 29.01.2013 |
Apakah yang dimaksudkan dengan bitara, nilai-nilai bitara dan kebitaraan. | Bitara bermaksud tiada taranya atau hanya satu-satunya. Kebitaraan bermaksud hal keadaan tiada taranya itu. Untuk maklumat lanjut sila rujuk buku/artikel yang berkaitan. | Makna | 15.04.2011 |
Perlukah Saya Meninggalkan Ruangan Pada Perenggan Pertama Semasa Saya Menulis Karangan | Jarak antara perenggan biasanya hanya satu ruang. | Lain-lain | 04.09.2010 |
'Seorang budak lelaki bernama Ton memulakan pengembaraan ajaib setelah suatu / sesuatu bencana berlaku.' Dalam ayat di atas, 'suatu' atau 'sesuatu' lebih sesuai digunakan? Apakah perbezaan antara 'suatu' dengan 'sesuatu'? Terima kasih. | Suatu ialah hanya satu, satu: tidak ~ pun; tiap-tiap ~; ~ hari; 2. sl tiap-tiap satu: pd ~ bagai empat puluh helai, pd sehelai empat puluh perkara bunganya; 3. sl pertama-tama, yg pertama: ~ kerajaan dlm dunia, kedua kerajaan kpd keinderaan, ketiga tempat kerajaan dlm bumi; Sesuatu pula ialah perkara (hal, barang, dll) yang kurang atau belum tentu: kepalanya tunduk ke bumi seperti orang mencari ~ yang hilang; segala ~ segala apa, apa-apa; Seorang budak lelaki bernama Ton memulakan pengembaraan ajaib setelah sesuatu bencana berlaku. | Tatabahasa | 22.07.2013 |
Wah, cantik betul bunga itu!!! Tiga tanda seru digunakan dalam ayat ini bagi menunjukkan kesungguhan. Apakah pandangan pihak Khidmat Nasihat? | Menurut penerbitan Gaya Dewan, hanya satu sahaja penggunaan tanda seru. | Tatabahasa | 09.01.2013 |
makna dan penggunaan perkataan vitara | Dalam rujukan kami tiada perkataan vitara. Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat terdapat entri 'bitara' bermaksud tiada taranya, hanya satu-satunya. | Makna | 13.01.2010 |
munsyi, apakah perbezaan penggunaan antara suatu dengan satu? TQ | antara ialah kata tugas yang membawa maksud ruang dan bersinonim dengan jarak, selang jauh dan jurang dan suatu bermaksud hanya satu, satu saja , pertama-tama dan yang pertama. Contoh ayat ialah Ragam bahasa berbeza-beza antara seseorang dengan seseorang yang lain, atau antara suatu kelompok dengan kelompok masyarakat yang lain. satu ialah kata nama yang bermaksud bilangan 1, tunggal, esa, dan tidak ada yang lain lagi. Contoh ayat, Tuhan hanya satu. | Tatabahasa | 07.02.2012 |
Encik, Apakah maksud perkataan 'kebitaran'? Terima kasih. | Perkataan ini tiada dalam rujukan kami. Perkataan yang paling hampir ejaan dengan perkataan tersebut ialah bitara yang bermakna tiada taranya, hanya satu-satunya. | Tatabahasa | 11.02.2009 |