Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
ayam goreng itu hangus/hangit kerana api terlalu besar. mana yang lebih sesuai? apakah perbezaan di antaranya? adakah hangit hanya boleh digunakan untuk makanan? | Ayat yang tepat ialah "Ayam goreng itu hangus kerana api terlalu besar". Hangus bermaksud menjadi binasa kerana dimakan api atau terbakar hingga menjadi hitam; manakala hangit ialah bau yang dapat dihidu akibat rosak atau terbakar (berkenaan makanan seperti nasi, lauk, kuih, dan sebagainya yang dimasak atau dibakar terlalu lama). | Tatabahasa | 18.07.2013 |
Ikan yang dimasak oleh kakak hangit kerana dia terleka. Ikan yang dimasak oleh kakak hangus kerana dia terleka. ayat yang mana betul? terima kasih. | Ayat yang tepat ialah 'Ikan yang dimasak oleh kakak hangus kerana dia terleka', hangus bermaksud menjadi binasa kerana dimakan api atau terbakar hingga menjadi hitam; manakala hangit ialah bau yang dapat dihidu akibat rosak atau terbakar (berkenaann makanan seperti nasi, lauk, kuih, dan sebagainya yang dimasak atau dibakar terlalu lama). | Tatabahasa | 08.03.2011 |
Soalan : Nasi yang dimasak oleh kakak _______ kerana apinya kuat. Yang mana satukan jawapan yang paling tepat untuk soalan di atas. a) Hangit b) Hangus | Nasi yang dimasak oleh kakak hangus kerana apinya kuat. Sila rujuk makna perkataan hangit dan hangus dalam kamus untuk membezakan makna antara kedua-duanya. | Tatabahasa | 20.07.2012 |
'Lauk daging itu dipanaskan oleh kakak supaya tidak basi'. Saya hendak bertanya, perkataan 'basi' dalam ayat di atas tergolong dalam 'kata kerja' atau 'kata adjektif'? Ayat kedua, "Nasi yang ditanak oleh ayah hangit kerana dia terlupa hendak menutup api dapur." Adakah perkataan 'hangit' tergolong dalam 'kata kerja' atau 'kata adjektif'? Sekian, terima kasih. | Kedua-duanya kata adjektif. | Tatabahasa | 27.11.2012 |
Nasi yang ditanak hangus kerana dia leka menyiang ikan. (munsyi,apakah kesalahanayat ini? TK) | Ayat yang betul ialah "Nasi yang ditanak telah hangit kerana dia leka menyiang ikan." | Tatabahasa | 07.03.2013 |
Assalamualaikum. Apakah yang dimaksudkan dengan "pirah"? Dalam loghat Kelantan, kalau tak silap saya, pirah (di sebut pi-ghah) ialah sejenis pepijat. Terima kasih. | Waalaikumsalam, Istilah "pirah" tidak terdapat maknanya dalam Kamus Dewan Edisi Keempat. Namun, istilah "piras" menurut Kamus Dewan Edisi Keempat ialah Kl; ~ hangit tidak mahu mendengar kata orang, bodoh dan kebudak-budakan, tolol. | Makna | 12.03.2013 |
|
Puisi |
---|
|
Tinggallah bukit besi hangit, Tidaklah jauh dari pekan; Walaupun tinggi terbang melangit, Ke bumilah juga cari makan.
Lihat selanjutnya... |
|