Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Adakah ayat di bawah betul penggunaan perkataan 'halaman"? 1. Alia menyapu halaman sekolah. | Ayat yang tepat ialah Alia menyapu di halaman sekolah. | Tatabahasa | 21.03.2013 |
yang manakah paling tepat, 'Halaman buku teks' atau 'Buku teks Halaman'. terima kasih | Frasa yang betul ialah 'halaman buku teks', merujuk halaman dalam buku teks. | Tatabahasa | 04.05.2011 |
Salam Sejahtera. Apakah pembezaan 'Laman' dan 'Halaman'? ( Kedua-dua perkataan adalah berkaitan dengan istilah komputer. Terima kasih. | Dalam bentuk kata umum laman dan halaman sama maknanya, dan pemakaian dalam bidang istilah perlu melihat kepada istilah yang telah dibentuk. Dalam bidang komputer kebanyakan istilah page ialah halaman seperti page break - pemisah halaman, page addressing - pengalamatan halaman, page printer - pencetak halaman dan sebagainya, serta amat sedikit yang menggunakan laman seperti homepage - laman web. | Makna | 25.06.2010 |
Hi, "home page" itu hompej, halaman utama, atau halaman rerumah? | Padanan kata bagi home page ialah laman. | Istilah | 06.08.2007 |
Satu pertanyaan. Bagi makalah bagi ruangan TUMPUAN, dan LUAHAN MINDA, berapakah jumlah minima dan maksima format halaman ditentukan? | Sdr Khay Barbara bagi ruangan Tumpuan 8 halaman, Luahan Minda satu halaman. | Lain-lain | 22.06.2012 |
Apakah perbezaan halaman dengan muka surat | Halaman dan muka surat kedua-duanya membawa maksud yang sama,iaitu halaman (buku)/muka buku (majalah, surat khabar, dll): berita itu tersiar di ~ depan surat khabar hari ini; ~ kanak-kanak ruangan (muka berita dll) khas utk kanak-kanak. | Lain-lain | 08.10.2010 |
apakah perbezaan antara perkataan laman dengan halaman?Adakah kedua-dua perkataan itu terdiri daripada kata dasar yang sama iaitu halaman? | Laman ialah bahasa percakapan kepada perkataan halaman. Bahasa percakapan tidak diterima dalam penulisan formal. Bagaimanapun, dalam istilah bahasa Melayu, laman diterima. Contohnya laman web. | Makna | 15.10.2008 |
A'um / selamat malam... Bagaimana hendak membezakan antara adjung dan komplemen dalam ayat? Contohnya: Aminah menyapu sampah di halaman rumah. "di halaman rumah" adjung atau komplemen? Tolong jelaskan sedikit. | Adjung ialah unsur sekunder dalam binaan linguistik yang boleh digugurkan tanpa menjejaskan binaan ayat. Cth. Kereta baharu itu dilancarkan kelmarin(adjung). Komplemen ialah bahagian frasa yang diperlukan untuk menyempurnakan ayat. Cth. Dia menjadi guru. Dia menyatakan bahawa ibunya sakit. | Tatabahasa | 02.03.2008 |
apakah maksud Page Setup di dalam bahasa melayu bagi penggunaannya dalam bidang komputer. | Kami cadangkan sediaan halaman atau penyusunan halaman. Harap mkalum. | Istilah | 31.12.2007 |
1. Adakah ayat ini salah? Saya bercita-cita menjadi peguam. 2. pada halaman 27 Buku Bacaan ATAU di halaman 27 Buku Bacaan | Soalan pertama saudara/ saudari ialah betul. 2. di halaman. Harap maklum. | Tatabahasa | 05.06.2008 |