Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
"...hubungan dua hala Malaysia - Singapura." atau "...hubungan dua hala Malaysia-Singapura."? (Penggunaan sempang) | Penggunaan tanda sempang yang betul ialah ...hubungan dua hala Malaysia - Singapura, iaitu dijarakkan. | Tatabahasa | 21.05.2013 |
1. Ulang cetak atau ulang cetakan 2. halatuju atau hala tuju? 3. perkataan sisio di awal perkataan lain perlu digabung atau disempang atau diasingkan? Wassalam. Terima kasih. | 1. ulang cetak 2. hala tuju 3. Perkataan sisio tiada dalam data kami tetapi terdapat perkataan sosio. Sosio merupakan awalan berkaitan dengan faktor sosial (kemasyarakatan), contohnya, sosioekonomi dan sosiopolitik yakni dieja satu perkataan. | Tatabahasa | 24.06.2013 |
Betulkan ejaan Selamat Tahun Baharu atau Selamat Tahun Baru. Peruntukkan ke atau peruntukan. Sepertimana ke atau seperti. Hala tuju ke atau halatuju | Kedua-dua frasa Selamat Tahun Baharu atau Selamat Tahun Baru, betul kerana baharu dan baru dianggap sebagai varian dalam bahasa Melayu. Ejaan yang betul ialah peruntukan, seperti mana dan hala tuju. | Tatabahasa | 27.12.2011 |
SALAM, MINTA DITERANGKAN MAKSUD HALATUJU SECARA TERPERINCI. | Hala tuju ialah matlamat atau sasaran, iaitu sesuatu yang hendak dicapai dalam sesebuah organisasi. | Makna | 17.10.2010 |
apakah perbezaan antara selari dengan bersiri? | Selari bermakna sama hala, arah atau sejajar; bersiri bermakna rangkaian sesuatu yang sama (cerita, buku, dll) yang dikeluarkan *disiarkan) bertuurt - turut. | Makna | 22.02.2008 |
apakah perbezaan antara selari dan bersiri? | Selari ialah sama hala, arah; sejajar. Bersiri ialah rangkaian sesuatu yang sama (cerita, buku,dll) yang dikeluarkan (disiarkan) berturut-turut. | Makna | 22.02.2008 |
Huraikan fungsi-fungsi bahasa? | Antara lain, fungsi bahasa adalah untuk tujuan perhubungan atau untuk membolehkan seseorang menyampaikan maksudnya kepada orang lain secara komunikasi dua hala dsb. Untuk jawapan yang lebih lanjut, sila rujuk Perancangan Bahasa dengan Rujukan Khusus Bahasa Melayu oleh Asmah Hj. Omar. | Lain-lain | 29.08.2006 |
atas dunia ini atau di atas dunia ini? | Atas ialah kata arah dan kata arah lazimnya hadir sebelum frasa nama atau sesudah kata sendi nama untuk menunjukkan hala atau jurusan. Penggunaan atas dunia atau di atas dunia kurang tepat untuk frasa tersebut kerana dunia tidak menandakan arah atau jurusan. | Tatabahasa | 13.09.2011 |
Apakah terjemahan atau terma yang sesuai bagi menggantikan istilah 'executive talk'? Bagi kegunaan rasmi dan pengendalian majlis, apakah terma yang sesuai bagi menerangkan sesi dialog yang melibatkan interaksi dua hala? Terma tersebut ingin saya masukkan dalam atur cara program/majlis. Terima kasih. | Istilah executive talk tidak ada dalam pangkalan data kami. Padanan istilah bahasa Melayu untuk talk ialah wacana atau ceramah. Cadangan istilah untuk executive talk ialah wacana eksekutif. Dalam Kamus Dewan, wacana bermaksud perbincangan atau pertukaran idea secara lisan. Dialog pula bermaksud perbincangan atau perundingan antara dua pihak yang bertelingkah kepentingannya. | Istilah | 18.03.2011 |
tuan, saya ingin menanya tentang --> Pihak berkenaan akan bertanggungjawab "di atas/ ke atas" sebarang kemalangan yang berlaku. ?? | Kedua-dua "di atas" dan "ke atas" adalah salah. Kata arah "atas" hadir sebelum frasa nama untuk menunjukkan hala atau jurusan. Contohnya: Buku itu ada di atas meja. Perkataan yang betul ialah "terhadap". Pihak berkenaan akan bertanggungjawab terhadap sebarang kemalangan yang berlaku. | Tatabahasa | 20.03.2012 |