Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
berapakah had umur belia mengikut kamus dewan bahasa dan pustaka yang terbaru | Pengertian "belia" dalam Kamus Dewan tidak menentukan had umur olongan tersebut, makna yang diberi ialah golongan muda secara keseluruhannya (baik lelaki mahupun wanita). | Makna | 23.06.2009 |
Adakah penggunaan perkataan "sempadan" bagi menggantikan perkataan had betul? (merujuk kepada kelajuan) | Perkataan yang paling hampir maknanya dengan sempadan ialah batas. Walau bagaimanpun sempadan juga boleh dikiaskan kepada makna had atau takat. | Tatabahasa | 18.10.2012 |
which net i had to go | Untuk makluman, selain daripada pengesahan bahasa dalam talian (on-line), saudara juga boleh mendapatkan pengesahan bahasa di Kaunter Khidmat Bahasa di tingkat 25, Menara DBP, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur. Waktu perkhidmatan kaunter adalah seperti yang berikut: Hari Isnin - Khamis : 9.00 pagi - 12.30 tengah hari dan 2.30 petang - 4.30 petang Hari Jumaat : 9.00 pagi - 12.00 tengah hari dan 3.00 petang - 4.30 petang (kecuali hari Sabtu, Ahad dan hari Kelepasan Am) | Lain-lain | 21.06.2011 |
unlimited opportunity | peluang tanpa had | Ejaan | 27.05.2011 |
Mohon jelaskan mengenai Kata Penguat. Wujudkah had maksimum penggunaan kata penguat dalam satu ayat? Contoh ayat. Sungai itu terlalu amat sangat dalam sekali . Adakah penggunaan ayat tersebut betul dari segi tatabahasanya? terima kasih... | Dalam buku Tatabahasa Dewan, ada diterangkan tentang ungkapan Darjah Penghabisan dapat dilakukan mengikut cara-cara yang berikut: i. Se- + kata adjektif + gandaan + nama (sepandai-pandai tupai) ii. Ter- + kata adjektif (terpandai) iii. Paling + kata adjektif (paling pandai) iv. Ter- + amat/sangat + kata adjektif (teramat/tersangat cantik) v. Amat/sangat/sungguh + kata adjektif + sekali (amat/sangat/sungguh cantik sekali) Untuk maklumat lanjut, rujuk halaman 245 dan 260. | Tatabahasa | 06.03.2012 |
Jalanraya merupakan salah satu bentuk perhubungan yang amat penting dalam sistem pengangkutan di Malaysia. Dengan peningkatan kenderaan di Malaysia, sistem lampu isyarat sering ditingkatkan operasinya bagi member kelancaran pada aliran trafik. Terdapat dua system yang sering diaplikasikan di Malaysia iaitu sistem digerakkan kenderaan ( Vehicle Actuated ) dan sistem had masa ( Fix Time ). Dalam penggunaan system Digerakkan Kenderaaan aliran trafik dijalan dengan lancar dengan kitaran fasa yang berkesan dan selamat. Manakala sistem had masa adalah mengikut kitaran jadual yang telah ditetapkan masanya dan sukar untuk menjalankan pengubahsuaian dalam jadual mengikut keadaaan lalulintas. Berdasarkan kajian pergerakan di persimpangan Jalan Sungai Pari pergerakan kenderaan ini mempengaruhi perjalanan system lampu isyarat. Dimana kelancaran trafik dapat dilihat dari kelewatan data yang diambil manakala system had masa pula mempengaruhi alian lalulintasn, secara tidak langsung mengakibatkan kelewatan yang amat ketara daripada Sistem Digerakan Kenderaaan. | Sila jelaskan soalan saudara. Bagi padanan istilah vehicle actuated ialah digerak kenderaan dan fix time ialah masa ditetapkan atau had masa mengikut konteks dan situasi. | Lain-lain | 09.04.2010 |
Bagi istilah 'overnight' sebagai adjektif, Kamus Dwibahasa telah memberi contoh berikut: 'we had three overnight guests'. Terjemahannya ialah 'tiga tetamu bermalam di rumah kami'. Di sini adakah 'tetamu bermalam' terjemahan bagi 'overnight guests' dan oleh itu 'bermalam' adalah adjektif? Yang mana kata kerja bagi ayat ini? Harap mendapat penjelasan . Tk. | Tengku Noraidah terima kasih kerana menghubungi KNBDBP. . Jawab: 1. Kebanyakan orang mengatakannya demikian, kerana frasa tersebut merupakan singkatan frasa tetamu yang bermalam (semalman/satu malam). Kata overnight dapat diterjemahkan sebagai (i) semalam atau satu malam. Kata semalam ialah adverba jati yang berfungsi sebagai keterangan. Satu malam juga dapat berfungsi sebagai adverba, juga sebagai frasa nama [satu (KN) & malam (KN) penerangnya] seperti dalam ayat: Satu malam (subjek) / tidak cukup untuknya menyelesaikan kerja itu (predikat). (ii) bermalam Bermalam ialah kata kerja tak transitif (bukan adjektif), maksud kata ini ialah tidur semalam/satu malam. Tetapi, kalau bermalaman ertinya lain pula. Bermalaman berbaksud tidur bersama atau berseketiduran. (Cuma pandangan saya sahaja: mengapa tidak kita katakan tetamu malaman? Kita sudah ada seniman jalanan – fikir-fikirkan!) 2. Kata bermalam bukan adjektif, tetapi kata kerja tak transitif. Hal ini ditandai oleh awalan ber- pada kata malam itu. 3. Berdasarkan ayat: 3 tetamu bermalam di rumah kami. Subjek ayat ini ialah 3 (orang) tetamu; dan predikat ayat bermalam di rumah kami. Kata kerja dalam ayat ini ialah bermalam. | Tatabahasa | 08.04.2009 |
Istilah HADTERIMA bidang Kejuruteraan dalam Bahasa Inggeris | fundamental tolerance(Inggeris-Melayu) had terima asasi Bidang: KEJ | Makna | 16.08.2007 |
Tuan, 1) mengapakah kata dasar taksir boleh menerima imbuhan pe- dan pen- dengan makna yang sama? Dalam K/Dewan Ed 2 ada entri penaksiran dan Ed 4 ada kata penaksiran dan pentaksiran. 2) Adakah akronim halaju terbit darpada hal laju atau had laju? Terima kasih. | 1. Perkataan taksir ialah homonim, perkataan yang sama tetapi berbeza makna. Taksir yang pertama membawa maksud lalai menerbitkan kata mentaksirkan, manakala taksir yang kedua membawa maksud hitung atau kira menerbitkan kata menaksir, taksiran, penaksiran dan penaksir. 2. Halaju dan had laju ialah dua perkataan yang berbeza, had laju bermaksud kelajuan maksimum yang dibolehkan, manakala halaju ialah kelajuan atau kecepatan, dan bukan juga hal laju. | Tatabahasa | 04.03.2012 |
Imbuhan peN....menjadi penge....apabila bertemu dengan perkataan satu suku kata. Contoh; cat> pengecat, had>pengehad, kod> pengekod, tut> pengetut. Bagaimana pula dengan pengelibatan....sedangkan KELIBAT tiga suku kata dan tiada kata GELIBAT dalam BM. Terima kasih | Imbuhan peN...menjadi penge...apabila bertemu dengan perkataan yang berawalan k, p, t, dan s, termasuk dengan perkataan kelibat menjadi pengelibatan. | Tatabahasa | 26.04.2012 |
|
Tesaurus |
---|
| had (kata nama) | Bersinonim dengan batas, takat, sempadan, perenggan, hingga, enggat, senggat;, | | Kata Terbitan : berhad, mengehadkan, terhad, pengehadan, |
|
|