Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Kata hubung seperti Di samping itu, Selain itu dikira satu patah perkataan atau tiga patah perkataan untuk DI SAMPING ITU dan dua patah perkataan untu SELAIN ITU / OLEH ITU? | Kata ialah gabungan atau kesatuan bunyi yang menagndungi atau menyampaikan pengertian (makna) tertentu. Dalam soalan yang dikemukakan, 'di samping', 'selain' dan 'itu' ialah kata yang mempunyai makna khusus. Oleh itu, kata ini dikira sebagai satu kata tersendiri. | Lain-lain | 10.06.2008 |
'Di samping itu', 'itu', 'ini' boleh digunakan di depan sesuatu ayat? Contoh, 'Di samping itu, pemuda masa kini sangat...', 'Ini kerana organisasi ini tidak...', 'Itulah sebabnya'. Terima kasih. | 'Di samping itu' boleh digunakan kerana 'itu' merujuk perkara yang diperkatakan sebelumnya, manakala 'itu' dan 'ini' tidak boleh digunakan di depan sesuatu ayat kerana ia merupakan kata penunjuk, hendaklah meletakkan perkataan lain seperti 'hal ini...' atau 'perkara ini/itu...' | Lain-lain | 22.01.2007 |
Tuan, Adakah di samping itu tergolong dalam penanda wacana? | 'Di samping itu' ialah penghubung wacana (penghubung tambahan) yang memberikan maklumat tambahan kepada sesuatu perkara yang diperkatan sebelumnya. Rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 526. | Tatabahasa | 03.04.2011 |
dilaporkan - dekat @ jauh di samping dilaksanakan keempat | keempat, dilaporkan - dekat di samping - jarak dilaksanakan, dianjurkan - dekat | Lain-lain | 19.04.2007 |
Disamping itu atau Di samping itu | Ejaan yang betul ialah 'di samping'. Untuk keterangan lanjut atau mendapatkan panduan tentang tatabahasa, sila rujuk Bku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. | Tatabahasa | 26.03.2009 |
Penanda Wacana seperti 'Selain itu' / 'Di samping itu' dikira berapa perkataan. | Kedua-dua penanda wacana "selain itu" dan "di samping itu" dikira dua perkataan. | Tatabahasa | 07.03.2009 |
Salam sejahtera, Dalam penulisan, kerap lagi saya temukan struktur Selain itu, pihak berkuasa juga ....; Di samping itu, pihak sekolah juga ..... Bahkan, pihak NGO juga .... Persoalannya, bolehkah penanda wacana 'selain itu' / 'di samping itu' / 'bahkan' dan penanda wacana 'juga' digunakan serentak kerana saya rasa kelewahan berlaku dalam struktur ini. Sekian. Salam hormat, KAY SEVEN | Frasa 'Selain itu, pihak berkuasa juga ...', 'Di samping itu, pihak sekolah juga ...', 'Bahkan, pihak NGO juga ...' adalah betul. 'Juga' ialah kata penegas yang memberikan penekanan pada frasa tersebut. | Tatabahasa | 23.12.2010 |
Berapakah perkataan yang dikira dalam "selain itu" dan "di samping itu"? | "Selain itu" sebanyak dua perkataan dan "di samping itu" sebanyak tiga perkataan. | Lain-lain | 09.07.2009 |
Perkataan di samping itu tidak digalakkan untuk digunakan di dalam Laporan Tahunan kerana di adalah kata sendi dan samping kata nama sisi. Boleh digantikan dengan serta/ selain itu / sementara itu mengikut konteks ayat. Benarkah penerangan di atas? Namun merujuk kepada Laporan Tahunan BNM dan SC, perkataan 'di samping itu' masih lagi digunapakai. | Untuk makluman, DBP tidak mempunyai peraturan yang menyatakan bahawa "di samping itu" tidak digalakkan digunakan dalam Laporan Tahunan. 'Di samping itu' ialah penghubung wacana (penghubung tambahan) yang memberikan maklumat tambahan kepada sesuatu perkara yang diperkatakan sebelumnya. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, Edisi Ketiga, halaman 526. | Tatabahasa | 09.10.2013 |
Salam sejahtera, bagaimanakah hendak mengira jumlah perkataan bagi penanda wacana. contohnya ' di samping itu' perlu dikira sebagai satu perkataan atau 3 perkataan? | Puan Siti, Di samping itu dikira sebagai tiga perkataan. | Lain-lain | 15.01.2010 |
|
Tesaurus |
---|
| samping (kata tugas) | Bersinonim dengan sebelah, sisi, rusuk, tepi, birai, dekat, pinggir, lambungan;, | | Kata Terbitan : di samping, ke samping, mengesampingkan, bersampingan, menyamping, menyampingi, menyampingkan, tersamping, sampingan, |
|
|