Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Salam, bolehkah tuan/puan jelaskan, antara ayat berikut, yang manakah betul? A. Ibu banyak membeli coklat sebagai buah tangan. B. Ibu membeli banyak coklat sebagai buah tangan. Sekian, terima kasih. | Ayat yang tepat ialah "Ibu membeli banyak coklat sebagai buah tangan." Kata kerja Transitif ialah kata kerja yang mengandungi objek yang terdiri daripada frasa nama untuk melengkapkan maksudnya; contohnya, menendang bola, memukul gendang, menghulurkan tali, membuka pintu, membaca buku. | Tatabahasa | 09.11.2012 |
Salam, bolehkah tuan/puan jelaskan, antara ayat berikut, yang manakah betul? A. Ibu membeli banyak coklat sebagai buah tangan. B. Ibu banyak membeli coklat sebagai buah tangan. Sekian, terima kasih. | Ayat yang betul ialah "Ibu membeli banyak coklat sebagai buah tangan." Kata kerja Transitif ialah kata kerja yang mengandungi objek yang terdiri daripada frasa nama untuk melengkapkan maksudnya; contohnya, menendang bola, memukul gendang, menghulurkan tali, membuka pintu, membaca buku. | Tatabahasa | 09.11.2012 |
apakah istilah sebenar 'door gift' dalam bahasa melayu? | buah tangan. | Tatabahasa | 04.10.2007 |
Mohon cadangan istilah bahasa Melayu pagi perkataan 'door gift' selain cenderamata atau hadiah untuk tetamu. Terima kasih. | Cadangan yang sesuai: Buah Tangan | Lain-lain | 13.03.2019 |
Bagaimanakah untuk membezakan kata sendi nama 'kepada' dan 'untuk'? Contoh: Dwen membeli buah-buahan untuk/kepada neneknya sebagai buah tangan? Ayat di atas lebih sesuai menggunakan "untuk" atau "kepada"? | Kata sendi nama kepada terletak di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menyatakan sasaran yang merujuk manusia, haiwan dan unsur mujarad, seperti Ali mengirim surat kepada Ahmad. Kata sendi nama untuk digunakan untuk menunjukkan kegunaan sesuatu, seperti Kereta itu untuk kegunaan pejabat. Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan, Edisi Ketiga halaman 271 dan 276. Ayat yang lebih sesuai menggunakan "untuk"; Dwen membeli buah-buah untuk neneknya. | Tatabahasa | 26.03.2013 |
Salam sejahtera. Yang mana satukah betul? Dalam kalangan murid-murid atau dalam kalangan murid? Adakah penerangan berikut betul? Aku(subjek) dilahirkan di sebuah kilang alat tulis(frasa kata kerja) di Shah Alam(keterangan tempat). Aku(subjek) ditandakan dengan harga RM1.00(frasa kata kerja). Aku(subjek) telah berkenalan dengan banyak kawan baharu(frasa kata kerja) di sana(keterangan tempat). Ayah(subjek) membawa kami berkunjung ke dusun datuk(frasa kata kerja). Saya(subjek) tidak sabar-sabar untuk menikmati buah-buahan itu(frasa kata kerja). Kami(subjek) pun minta diri daripada datuk(frasa kata kerja). Datuk(subjek) memberi kami sedikit buah-buahan sebagai buah tangan(frasa kata kerja). Terima kasih. | - Frasa yang lebih tepat ialah dalam kalangan murid.
- Subjek bagi ayat-ayat yang dinyatakan oleh tuan/puan betul, namun penerangan yang tepat boleh dijelaskan melalui penggunaan rumus tatabahasa, iaitu rumus struktur frasa dan rumus transformasi. Contohnya, “Ayah membawa kami berkunjung ke dusun datuk” merupakan [Ayat Tunggal Subjek + Predikat + Frasa Keterangan]. Untuk memahami dengan lebih lanjut penggunaan rumus tersebut, tuan/puan boleh merujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, DBP 2015, halaman 531 hingga 581.
| Tatabahasa | 31.05.2024 |
Saya hendak tanya -Penjodoh bilangan jam tangan adakah seutas atau sebuah? -Penjodoh bilangan jam dinding adakah seutas atau sebuah? | Penjodoh bilangan: 1, Jam tangan = utas (contoh: seutas, dua utas) 2, Jam dinding = buah (contoh: sebuah, dua buah) | Tatabahasa | 07.04.2020 |
Tuan, 1.Soalan:Mak Kiah ............ ikan keli itu di atas bara api. jawapannya : memanggang atau membakar . 2 Soalan :Pak Hamad sedang ............ sebiji durian untuk anaknya. Gambar menunjukkan seorang lelaki memegang sebiji buah durian pada tangan kanannya manakala tangan kirinya memegang sebilah parang. jawapannya : membelah atau mengupas | 1. Mak Kiah memanggang ikan keli itu di atas bara api. 2 Pak Hamad sedang membelah sebiji durian untuk anaknya. | Tatabahasa | 06.03.2012 |
Bapa sedang ______ durian. ( mengopek / mencekah / membelah / mengupas ) Jawapan yang mana betul? | Saudari/saudari, Mengopek berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat bermaksud membuang kulit buah-buahan, mengupas, mengopak (utk mengambil isinya). Mengupas sedikit: ~ buah-buahan dgn hujung pisau. Mencekah pula bermaksud 1. = bercekah; 2. memecahkan (dgn mengapit kedua-dua belah tangan): ~ buah manggis; 3. melebarkan (membuka) sudut (kangkang dll), membelah, menguakkan: cekahlah tulang itu dan dedahkan alat-alat pembiakannya; ~ buah durian. Manakala membelah membawa maksud, memotong atau memecahkan sesuatu menjadi dua bahagian: Selepas ~ buah tembikai itu, ia memberikan sebelah kpd kawannya dan sebelah lagi utknya sendiri. 2 mengerat dan memecahkan sesuatu menjadi beberapa bahagian: Selepas minum teh, saya menolong ayah saya ~ kayu api. 3 memotong bahagian tubuh orang sakit utk menyembuhkannya; membedah. Mengupas merujuk kepada, membuang atau menanggalkan kulit sesuatu: ~ kelapa; ~ limau. 2 menghuraikan sesuatu dgn teliti; mengulas. Jawapan yang betul ialah mencekah. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat untuk maklumat lanjut. Terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan kami. | Tatabahasa | 14.08.2012 |
Beza mendukung dengan mendokong | Mendukung bermaksud membawa kanak-kanak kecil sama ada ia bercelapak pada pinggang (atau di belakang) atau dengan menyokong punggung kanak-kanak itu dengan sebelah tangan dan sebelah tangan lagi diletakkan di bawah ketiaknya atau disebut juga menggendong. Tidak ada kata terbitan mendokong dan dokong ialah sejenis buah-buahan. | Makna | 06.07.2011 |
|
Puisi |
---|
|
Buah ini buah berangan, Masak dibungkus sapu tangan; Dunia ini dunia pinjaman, Akhirat kelak kampung halaman.
Lihat selanjutnya... |
|