Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
apakah maksud produktif dan kompetitif dalam maksud yang tepat | Produktif bermaksud 1. berupaya atau boleh mengeluarkan hasil yg banyak; 2. mencapai banyak hasil, berhasil; 3. berupaya membiak, melahirkan anak atau menyebabkan kelahiran, subur. Kompetitif pula bermaksud bersifat persaingan, cenderung atau suka bersaing. | Makna | 18.04.2007 |
mana satu betul? 1)mencincang daging @mencenceng daging 2)mencium durian @mengcium durian 3) sayatidak upaya melayan kerenahnya atau saya tidak berupaya untuk melayan karenahnya. 4)usaha membenteras maksiat itu patut dipuji @ usaha membanteras maksiat itu patut dipuji. | Penggunaan yang betul ialah: 1) mencenceng daging; 2)mencium durian; 3) saya tidak berupaya untuk melayan kerenahnya; dan 4) usaha membanteras maksiat itu patut dipuji. Untuk mendapatkan tentang ejaan dan tatabahasa, layari laman web kami www.prpm.dbp.gov.my dan tuliskan perkataan (kata kunci) yang diperlukan dalam ruangan CARI dan saudara akan memperoleh data daripada pelbagai bidang termasuklah kamus, istilah, peribahasa dan sebagainya. | Tatabahasa | 14.05.2011 |
Frasa mana yang lebih tepat? 1. orang kurang upaya ATAU 2. orang kurang berupaya. Saya amat menghargai sekiranya pihak tuan dapat memberikan alasan jawapan terhadap soalan saya ini. | Ejaan yang betul ialah orang kurang upaya. | Ejaan | 04.08.2008 |
Apa perbezaan perkataan ORGANISMA & ORGANISME | Oraganisma ialah haiwan, tumbuhan, dan benda-benda yang berupaya menjalani proses kehidupan seperti bernafas, makan, membesar, dan membiak. Manakala organisme merujuk kepada atau berkaitan dengan faktor atau proses yang terlibat dalam integrasi dan pengekalan keindividuan satu organisma. | Makna | 11.08.2009 |
Makna Karisma | Makna karisma ialah kualiti (daya kepimpinan, daya penarik) atau sifat-sifat tertentu seseorang individu yg menjadikannya berupaya mempengaruhi atau menjadi perangsang kpd khalayak ramai. Untuk keterangan lanjut dan mengetahui makna sesuatu perkataan, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. | Makna | 23.09.2008 |
Dok Rok Chetong. Apa definasinya? | Berdasarkan sumber yang tidak rasmi juga, ungkapan dok rok chetong bermaksud tidak berupaya sama sekali. | Makna | 27.12.2012 |
Pengertian konsep genre linguistik. | Soalan tuan/puan kurang jelas. Walau bagaimanapun, linguistik ialah kajian saintifik tentang bahasa yang berupaya membuat ramalan yang dapat diuji secara empirikal. Untuk keterangan lanjut, tuan/puan bolehlah merujuk buku Pengantar Linguistik Am oleh Arbak Othman.DBP : 2004 atau merujuk kepada Persatuan Linguistik Malaysia. | Lain-lain | 13.01.2011 |
apakah maksud karisma? tolong jelaskan | Makna karisma ialah kualiti (daya kepimpinan, daya penarik) atau sifat-sifat tertentu seseorang individu yg menjadikannya berupaya mempengaruhi atau menjadi perangsang kpd khalayak ramai. | Makna | 02.01.2013 |
maksud berkataan mampu mendukung cita-cita adakah maksudnya dapat memikul harapan atau boleh menjayakan hasrat | Mampu medukung cita-cita bermaksud dapat atau berupaya memikul harapan untuk mencapai sesuatu hasrat. | Makna | 14.05.2008 |
Penggunaan perkataan 'boleh' dan 'dapat. Yang manakah betul - 'malaysia boleh' atau 'malaysia dapat'? | Kata boleh bermaksud dapat, mampu. Kata dapat bermaksud boleh(melakukan sesuatu), berupaya, mampu. Ungkapan yang telah mantap penggunaannya ialah Malaysia Boleh. | Tatabahasa | 13.05.2008 |