Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Assalamualaykum.Saya adalah peminat segala jenis bacaan bermanfaat.Seingat saya pada dekad 70an saya pernah membaca siri terjemahan Hikayat tersebut yang telah diterjemah oleh ? dan diterbit oleh DBP dengan gaya bahasa yang menarik dan jelas, sayang nya ia tiada lagi di pasaran untuk membolehkan generasi anak2 kita menikmatinya. 2. Saya Harap Dewan Bahasa dapat membongkar semula arkibnya dan mengulang cetak khazanah yang berharga ini. Maklumbalas tuan dalam hal ini amatlah dihargai.Sekian,terima kasih. | Waalaikumsalam. Terima kasih kerana mengemukakan soalan. Walau bagaimanapun, untuk memudahkan pencarian buku tersebut, mohon tuan nyatakan judul hikayat yang berkenaan. | Lain-lain | 02.04.2012 |
memanfaatkan atau memberikan manfaat? | Memanfaatkan bermaksud menjadikan bermanfaat, untuk melihat perbezaan penggunaan perkataan yang tersebut sila lihat contoh ayat ini: ... tidaklah sukar untuk memanfaatkan alat-alat ini untuk kajian saintifik dan hubungan antara dua organisma yang memberikan manfaat kepada satu organisma. | Tatabahasa | 24.06.2011 |
apakah perbezaan penggunaan imbuhan apitan meN...kan dan meN...i | MAKNA APITAN meN…kan - Berbuat sesuatu: membangunkan kawasan, menenggelamkan taman, memusnahkan hutan, mencemarkan bahasa…
- Menjadikan/menyebabkan sesuatu: membenamkan tubuh, memantulkan cahaya, menaburkan benih, melucutkan kain, membersihkan bilik…
- Bermanfaat: mendapatkan hadiah, menghadiahkan senyuman, memberikan bunga, mencantikkan rumah, melebarkan jalan…
APITAN meN…i - Apitan meN…i dapat membentuk kata kerja transitif daripada kata lain dalam pelbagai kelas.
- Awalan meN pada kata yang berapitan meN…i bertugas sebagai penanda ayat aktif.
- Akhiran i pada kata yang berapitan meN…i bertugas untuk menggantikan kata sendi akan, atas, di, … Contoh:
mengakui = mengaku akan/tentang mempercayai = percaya kepada - Oleh sebab itu, KS tidak boleh wujud selepas kata yang berapitan meN…i: mempercayai pada,* menguasai akan,* mencurangi akan,
* menghadiri di/dalam,* meragui terhadap,*…
| Tatabahasa | 13.06.2009 |
Assalamu'alaikum wbt... Saya wakil Persatuan Sains Kesihatan USM Kampus Kesihatan ingin memohon nasihat dan semakan untuk Visi, Misi dan Moto Persatuan. VISI PSK Menjadi persatuan yang progresif, proaktif dan efektif terhadap pembangunan mahasiswa sains kesihatan yang cemerlang dan berkualiti untuk kesejahteraan masyarakat. MISI PSK PSK bertekad untuk menjadi persatuan yang mampu 1.Memantapkan akademik, intelektual dan pengetahuan mahasiswa bagi membentuk mahasiswa yang cemerlang dan terkehadapan. 2.Memperkasa pembangunan mahasiswa dalam aspek kerohanian, insaniah dan kepimpinan. 3.Memberi komitmen dalam menjaga kebajikan dan kesejahteraan mahasiswa sepanjang pengajian. 4.Membantu Pusat Pengajian dalam mewujudkan suasana persekitaran yang baik dan kondusif. 5.Membentuk komuniti mahasiswa sains kesihatan yang muhibah dan bermanfaat kepada masyarakat. MOTO | Soalan saudara di luar skop khidmat nasihat yang kami sediakan. Untuk makluman saudara, Khidmat Nasihat Bahasa membantu anda menyelesaikan pelbagai masalah penggunaan bahasa Melayu seperti ejaan Rumi dan Jawi, perkataan dan istilah dan tatabahasa. Khidmat Nasihat Sastera membantu anda untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan pertanyaan aktiviti sastera, hadiah, anugerah dan sayembara, bimbingan dan bengkel penulisan/penyuntingan, kegiatan sastera kanak-kanak dan remaja, carian pantun dan biodata penulis/penyair dan penyemakan bahasa Melayu klasik. Khidmat Nasihat Penerbitan menyediakan perkhidmatan perundingan dan khidmat nasihat yang meliputi peluang penerbitan, panduan penulisan buku, hak cipta dan royalti. | Lain-lain | 19.03.2011 |
Apakah yang boleh diperkatakan tentang kesusasteraan, sejarah dan perkembangan kesusasteraan Melayu tradisional dan moden, termasuk bentuk-bentuk serta aliran-aliran dalam penulisan sastera. | Saudara yang dihormati, Penyelidikan dan penulisan sejarah perkembangan kesusasteraan Melayu tradisional dan moden sebagaimana lazim dilakukan ialah secara pengtarikhan, termasuklah tahun, dekad dan dilaksanakan juga secara generik. Penulisan sejarah sastera kesusasteraan Melayu tradisional yang sering dilakukan ialah pertama menjelaskan konsep dan pendekatan, latar belakang sejarah, perbincangan mengikut genre seperti sastera rakyat, sastera hikayat, sastera panji, sastera epik, sastera sejarah, cerita nabi-nabi dan tokoh-tokoh Islam, sastera kitab, sastera undang-undang dan ketatanegaraan, serta kepustakaan ilmu tradisional. Penulisan sejarah kesusasteraan Melayu moden juga menggunakan pendekatan yang sama iaitu latar belakang sejarah, dikuti dengan kajian dan penulisan mengikut genre seperti cerpen, puisi, , novel, drama dan esei kritikan mengikut dekad kemunculannya. Perbincangan setiap genre secara tidak langsung meliputi latar belakang perkembangan, bentuk, teknik, bahasa, tema, pendekatan, aliran pemikiran dan sebagainya. Saudara boleh menentukan cakupan dan batasan kajian mengikut keperluan dan objektif kajian sejarah yang akan dilaksanakan. Buku sejarah kesusasteraan Melayu tradisional dan moden yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, dapat dijadikan bahan rujukan yang berguna, antaranya ialah buku Kesusasteraan Melayu Tradisional (1993, 2000) dan Sejarah Kesusasteraan Melayu jilid 1 dan jilid 2 (2006). Buku-buku lain yang dihasilkan oleh A. samad Ahmad, Liaw Yock Fang , Wilkinson dan Winstedt juga bermanfaat sebagai bahan rujukan. Salam takzim. | Lain-lain | 15.10.2010 |
|
Tesaurus |
---|
| manfaat (kata nama,) | Bahasa Asal :Arab | Bersinonim dengan faedah, kebaikan, fadilat, kemaslahatan, keistimewaan, guna, kegunaan, laba, untung,
keuntungan, khasiat, hikmat, rahmat;, | | Kata Terbitan : bermanfaat, memanfaatkan, |
|
|