Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Sila semak perkataan 'anggota-anggota' dalam ayat di bawah sama ada betul atau salah dari segi tatabahasa. Jika salah, sila berikan jawapan yang betul. 1. Oleh hal yang demikian, keturunan bukanlah faktor pemangkin seseorang itu dijangkiti Tibi walaupun terdapat anggota-anggota keluarga yang pernah dijangkiti Tibi sebelum ini. | Ayat yang betul ialah: Oleh hal yang demikian, keturunan bukanlah faktor pemangkin seseorang itu dijangkiti Tibi walaupun terdapat anggota keluarga yang pernah dijangkiti Tibi sebelum ini. | Tatabahasa | 15.10.2021 |
Sila pilih jawapan yang betul dari segi tatabahasa. 1. Anggota keluarga lain turut tidak akan dijangkiti Tibi jika pesakit Tibi telah menerima rawatan lebih (dari/daripada) dua minggu di hospital. | Jawapan yang betul ialah: Anggota keluarga lain turut tidak akan dijangkiti Tibi jika pesakit Tibi telah menerima rawatan lebih dari dua minggu di hospital. | Tatabahasa | 15.10.2021 |
Kebanyakan anggota keluarga saya sukakan filem yang penuh dengan adegan sedih. soalan saya ialah kenapa kesalahan tatabahasa ialah sukakan? apakah perkataan yang paling sesuai digunakan di sini? ( menyukai) | Perkataan sukakan salah kerana tidak menggunakan imbuhan. Perkataan yang betul ialah menyukai. | Tatabahasa | 05.06.2008 |
Tuan, lihat ayat (1) di bawah dahulu. 1. Saya berharap agar / bahawa minat saya dalam bahasa Melayu tidak dibantah oleh anggota keluarga saya. dalam ayat (1) yang saya berikan, kata hubung "agar" atau "bahawa" lebih sesuai dan tepat digunakan? | Ayat yang gramatis ialah Saya berharap minat saya dalam bahasa Melayu tidak dibantah oleh anggota keluarga. | Tatabahasa | 29.12.2014 |
Salam sejahtera, Adakah penggunaan 'anggota' keluarga diterima?Sila beri pencerahan. Terima kasih. | Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, makna perkataan "anggota" ialah ahli (sesuatu pasukan, pertubuhan, golongan, dan lain-lain). Oleh itu, anggota keluarga boleh diterima. Contoh ayat, Saya berharap minat saya dalam bahasa Melayu tidak dibantah oleh anggota keluarga. | Lain-lain | 14.10.2020 |
Tuan, 1.Suasana pagi itu sungguh selesa dengan kehadiran keluarga Ali. 2.Doktor meminta nenek mendapat rehat yang baik. 3.Anggota keluarga Ali dapat bertemu dalam suasana yang gembira. Adakah ayat-ayat tersebut betul?Jika tidak,sila tunjukkan cara membetulkan ayat. Terima kasih. | Ayat yang diberikan tidak tepat daripada pemilihan kata. Ayat yang lebih gramatis: 1. Suasana pagi itu sungguh indah dengan kehadiran keluarga Ali. 2. Doktor menasihati nenek supaya mendapatkan rehat yang cukup. 3. Anggota keluarga Ali dapat berkumpul dalam suasana yang sangat harmoni. | Tatabahasa | 26.04.2018 |
Tuan, Tolong beri tunjuk ajar, bagaimana membetulkan ayat-ayat berikut: 1.Murid-murid Tahun 5 Bestari itu membersihkan kelas secara baik. 2.Suasana pagi itu sungguh selesa dengan kehadiran keluarga Asok. 3. Anggota keluarga Perumal dapat bertemu dalam suasana yang gembira. Terima kasih. | Ayat yang lebih tepat ialah: 1. Murid-murid Tahun 5 Bestari membersihkan kelas mereka dengan bersungguh-sungguh. 2. Suasana pagi itu sungguh indah dengan kehadiran keluarga Asok. 3. Anggota keluarga Perumal dapat berkumpul dalam suasana yang sangat harmoni. | Tatabahasa | 06.01.2021 |
adakah aib dan malu suatu perkara yang sama? | Aib bermaksud rasa hina atau malu akibat perbuatan keji dan sebagainya oleh seseorang anggota keluarga dan sebagainya, cela, nama buruk, penghinaan. Malu pula bermaksud berasa hina atau berasa aib kerana melakukan sesuatu yg tidak baik atau kerana kekurangan sesuatu. Berdasarkan maksud tersebut, aib dan malu mempunyai makna yang hampir sama. | Makna | 07.05.2021 |
Manakah satu yang betul? Boleh berikan contoh ayat? 1. Institusi kekeluargaan 2. Institusi keluarga | "Keluarga" bermaksud sanak saudara, manakala "kekeluargaan" ialah "hal yang berkaitan dengan keluarga" atau hubungan sebagai anggota dalam sesuatu keluarga. Oleh itu frasa yang betul ialah "institusi kekeluargaan". | Tatabahasa | 30.10.2014 |
Apakah maksud terasul? Adakah ia bermaksud gabungan rujukan kehormat (DYMM, YAM dll) dan gelaran (Sultan, Tengku)? Apakah perbezaan kerabat damping dan kerabat diraja? Kenapa gelaran Permaisuri (dan gelaran isteri sultan-sultan) tidak diterjemahkan kepada Queen dalam bahasa Inggeris, sebaliknya gelaran ini dikekalkan dalam Melayu sahaja (cth. Tengku Permaisuri of Selangor), tetapi gelaran Raja Isteri di Brunei diterjemah kepada Queen? | Data istilah menunjukkan terasul ialah kitab panduan untuk menulis surat kiraman Melayu. Kitab ini menyediakan prinsip asas seni surat-menyurat Melayu, khususnya surat rasmi istana. Secara umumnya makna kerabat damping dan kerabat diraja ialah anggota keluarga diraja yang secara langsung mempunyai pertalian darah dengan raja/sultan. Perbezaan utamanya ialah kerabat damping merujuk kepada individu atau keluarga yang tidak berada dalam barisan utama pewarisan takhta. Untuk rujukan yang lebih rinci tuan disarankan mendapatkan sumber langsung yang sedang berkuat kuasa. Tentang terjemahan Queen bagi Permaisuri mana-mana raja boleh dikekalkan untuk penggunaan/laras umum. | Makna | 16.03.2025 |