Kata |
Takrif |
Sumber |
dayu | ; mendayu 1. = mendayu-dayu sayu (-sayu), sayup-sayup kedengaran (bkn bunyi yg berirama, suara, dsb); 2. = mendayu-dayu berbunyi sayu-sayu atau sayup-sayup: biola ~ melagukan Seri Mersing; 3. = mendayukan menyanyikan (lagu yg sayu) utk menidurkan anak, menguliti (menyanyikan) anak supaya tidur, mendondong. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sayup | sayup-sayup tersangat sayup: Dr kapal Belanda itu terdengar ~ bunyi orang menangis. | Kamus Pelajar |
sayup-sayup | tersangat sayup: Dr kapal Belanda itu terdengar ~ bunyi orang menangis. | Kamus Pelajar |
sayup-sayup | tersangat sayup: Dr kapal Belanda itu, terdengar ~ bunyi orang menangis. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
sayup-sayup | 1. kurang jelas (pandangan, pen-dengaran, dll): dr jauh kedengaran ~ bunyi guruh; 2. = sayup-menyayup hampir cukup, kurang sedikit: belanja rumah tangga sudah ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sayup-sayup sampai | a) hampir tercapai, kurang sedikit lagi tercapai; b) kurang sedikit lagi sampai pd mata atau telinga (kerana kurang nyata). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sayup-sayup ingat | lupa-lupa ingat; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mendayu | sayup-sayup kedengaran (bunyi muzik, nyanyian atau suara): Dr jauh terdengar suara ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
dayu | ; mendayu sayup-sayup kedengaran (bunyi muzik, nyanyian atau suara): Dr jauh terdengar suara ~. mendayukan menyanyikan (lagu sayu) utk anak supaya tidur. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
lapat-lapat | Jk sayup-sayup (kedengaran atau kelihatan), tidak jelas. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Kata |
Takrif |
Sumber |
just | hendak meminjam buku itu, bukan mencurinya; these are ~ a few examples, ini hanyalah beberapa contoh; he was ~ thirteen then, dia cuma berumur tiga belas tahun pd masa itu; 5. barely, hardly, [various translations]: he only ~ caught the bus, dia nyaris-nyaris ketinggalan bas; you can ~ see the ocean from our house, dr rumah kami, laut kelihatan sayup-sayup; the flood water rose to ~ above four feet, air banjir naik lebih sedikit drpd empat kaki; this chest is so heavy. I can only ~ lift it!, peti ini sungguh berat. Saya hanya dapat mengangkatnya sedikit saja!; 6. (used with may, might, can, etc), [not translated]: he may ~ decide not to press charges, dia mungkin memutuskan | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
dim | vi 1. lose brightness, (lit. & fig.) menjadi /malap, suram, kelam/: the lights in the theatre ~med, lampu dlm panggung itu menjadi malap; 2. become vague, faint, menjadi /samar-samar, kabur, tdk jelas/; 3. blur, become clouded, semakin /kabur, tdk jelas/: his eyes ~med with age, semakin tua matanya semakin kabur; 4. (of sound) menjadi /perlahan, tdk jelas, sayup(-sayup)/; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
drift | vi 1. be carried along by current of air, a. (of balloon, kite, etc) melayang-layang: the balloon ~ed a long way off course, belon itu melayang-layang jauh dr laluannya; b. (of smoke from a chimney) keluar: a column of smoke ~ed from the chimney, kepulan asap keluar dr serombong itu; c. (of clouds) berarak: the clouds ~ed across the sky, awan berarak di langit; d. (of sound) sayup-sayup kedengaran; e. (of smell) terbau, tercium, terhidu: a delicious smell ~ed from the kitchen, tercium bau sedap yg datangnya dr dapur; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
dim | adj 1. not bright, (lit. & fig.) malap, kelam, suram: the ~ street lights, cahaya malap lampu jalan; hopes for a peaceful settlement are ~, harapan utk penyelesaian secara aman adalah malap; 2. faint, obscure, (lit. & fig.) samar-samar, kabur, tdk jelas: in the mist I could only just discern the ~ outline of a ship, dlm kabus itu, saya hanya dapat melihat bentuk kapal yg samar-samar; ~ apprehensions, perasaan takut yg samar-samar; the memory of his youth had grown ~, ingatannya ttg masa muda sudah menjadi samar-samar; 3. blurred, clouded, kabur, tdk jelas: eyes ~ with tears, penglihatan yg kabur krn genangan air mata; 4. not clearly heard, perlahan, tdk jelas, sayup(-sayup); 5. stupid, bodoh; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
dies1 | ~ away, a. (of sound) semakin /lenyap, sayup, hilang/; b. (of light), (become weaker) semakin /malap, pudar/; (become fainter) semakin /hilang, pudar/; c. (of wind) semakin /reda, luang/; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
dies1 | ~ down, a. (of fire, flame) mengecil; b. (of wind, storm, etc) mereda; c. (of sound), (menjadi) /sayup, lenyap/; d. (of anger, excitement, etc) berkurang, mereda; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
fading | adj 1. drooping, withering, sedang layu; 2. losing brightness, a. (of material, colour) beransur-ansur /pudar, luntur/; b. (of photograph, picture, writing) semakin kabur; c. (of light) semakin kelam: we found it difficult to see in a ~ light, kami mendapati sukar utk melihat dlm cahaya yg semakin kelam; 3. losing vigour, strength, semakin lemah; 4. diminishing, dwindling, a. (of sound) semakin perlahan; (because of increasing distance) semakin sayup: the ~ sound of the train, bunyi kereta api yg semakin sayup; b. (of hope) semakin tipis; 5. becoming gradually eliminated, beransur /hilang, luput, lenyap/: a ~ memory, kenangan yg beransur hilang; 6. disappearing from sight, semakin /hilang, lenyap/ dr pandangan; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
fade | vi, 1. droop, wither, layu: flowers bloom and ~, bunga-bunga berkembang dan layu; 2. lose brightness, a. (of colour, coloured things), (menjadi) /pudar, luntur/: colours which will not ~, warna yg tdk akan menjadi pudar; the curtains have ~d, langsir-langsir sudah luntur; b. (of photograph, picture, writing), (menjadi) kabur; c. (of light) menjadi kelam; 3. lose vigour, strength, semakin lemah; 4. diminish, dwindle, a. also ~ away, (of sound) menjadi perlahan; (because of increasing distance) semakin sayup (kedengaran): the music ~d as the boat moved further downstream, bunyi muzik semakin sayup kedengaran apabila bot itu semakin jauh menghilir sungai; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
grow | 2. become, menjadi; (gradually) semakin, bertambah: he grew rich by swindling people, dia menjadi kaya dgn cara menipu orang; as one ~s older one becomes more tolerant, semakin tua, seseorang itu akan menjadi lebih bertoleransi; the chug of the train grew faint, bunyi cag-cag kereta api itu semakin sayup kedengaran; 3. increase, a. (in size) membesar: the cells multiplied and grew, sel-sel membiak dan membesar; b. (in height), (bertambah) tinggi: the child has ~n since I last saw her, budak itu bertambah | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
diaphanous | diafan | Kesusasteraan | Puisi | Puisi yang mudah difahami dan dihayati. Lazimnya membawa makna selapis. Contohnya, puisi "Di Tengah Segara" karya Pungguk. Di dalam gelombang hambur-menghambur Kudengar seru sayup bahasa Hatiku lebur bagaikan hancur Hendak kurenang beta tak biasa. |
pentastich | pancabaris | Kesusasteraan | Puisi | Puisi yang mengandungi lima baris serangkap tetapi tidak semua rangkap lima baris. Contohnya, puisi "Pantai Seribu Tafsiran" karya Zurinah Hassan. Puisi ini yang terdiri daripada lima rangkap, hanya rangkap pertama sahaja mengandungi lima baris seperti di bawah. Seorang di pantai antara keluh sayu bawah pohon ru diusap rindu ciuman pada daerah betapa tiada teman dalam mencecah dan dijengah ragam wajah. Di bawah pancar mentari pun terasa panas bahang niat yang meniti tidak ketemu garis puas Mutiara timur antara tanah taburan hati sama hanyut di arus harapan berkocak bagai laut berombak di mana sayup begitu pun gelodak hidup tidak ketahui warna esok pintu dijelajah antara keganasan kerana mata udah di bintang hati udah di bulan. Aku mahu berdagang bagai kapal-kapal labuhan di air berkaca yang tidak bisa kerontang begitu niat membalut dada penuh impian. Dari mata turun ke hati bicara semalam ke lusa perhitung rindu di puncak dahaga tidak mahu patah di jalan basah banjir doa antara usaha pun digigit keganasan buta bagai bahtera taburan depan mata sesekali mengharung taufan gila. |
Kata |
Takrif |
Bahasa |
Tema |
sayup | ~-~ sayup-sayup. | kedayan | |
apas | 1 sayup-sayup (kedengaran, kelihatan); jauh (dr penglihatan); hampir tidak kedengaran (kelihatan): jako iya ~ percakapannya sayup kedengaran; 2 hampir akan habis: beras kami nyau ~ beras kami hampir habis. | Iban | |
sayup | sayup; | kedayan | |
karenah | sayup | TETAW | |
tenep | sayup (bkn kurang jelas pd penglihatan, pendengaran); | Melanau Mukah | |
melep | sayup, jauh; | Melanau Mukah | |
Bahasa Suku Kaum |
Takrif |
Contoh Ayat |
Rujukan |
Sumber |
kutieng Bd | sejenis burung ketilang. | Hujan masih turun. Bunyi burung kutieng masih juga kedengaran, sayup-sayup. Malam itu seisi rumah Panol gempar. | Novel Mutiara Dalam Timbunan Pasir | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
Kamus Thai 2.indb wε:nta:] น cermin mata แวบ [wε:p] ดู วับ แวว [wε:w] ว berkilat: หัวเข็มขัดของคุณครู แววเหลือเกิน Kepala tali pinggang cikgu sangat berkilat. แว ่ ว [wε:w] ก kedengaran sayup-sayup เสียงอาซานแว ่ วมาแต ่ ไกล Suara azan kede ngaran sayup-sayup. แวะ [wε] ก singgah: ในการเดินทางไป เมกกะลุงอาลีกับป ้ ามีเนาะแวะที่ อียิปต ์ Dalam perjalanan ke Mekah, Pak Ali dan Mak Minah
|
Kata |
Sebutan |
Jawi |
sayup-sayup | [sa.yup.sa.yup] | سايوڤ٢ |
sayup-menyayup | [sa.yup.me.nya.yup] | سايوڤ-مڽايوڤ |
sayup | [sa.yup] | سايوڤ |
|
Tesaurus |
---|
| sayup (adjektif) | 1. Bersinonim dengan samar-samar: lamat-lamat, kabur, redam-redam, sabah, balam-balam, terang-terang laras, belam, melindap, sabur-limbur, kelam, saru, Berantonim dengan jelas
2. Bersinonim dengan kurang sedikit: sedikit sahaja lagi Berantonim dengan cukup
| Kata Terbitan : sayup-sayup, |
|
Puisi |
---|
|
Sungguh kuat terbang tekukur, Sayup bunyi mendayu-dayu; Sungguhpun tajam pisau cukur, Tapi tak boleh dipotong kayu.
Lihat selanjutnya... |
|