Kata |
Takrif |
Sumber |
utama | 1 (yg) penting sekali; (yg) pertama sekali: Makanan ~ bagi orang-orang Malaysia ialah nasi. | Kamus Pelajar |
utama | 1 (yg) penting sekali; (yg) pertama sekali: Makanan ~ bagi orang-orang Malaysia ialah nasi. 2 paling baik; terbaik. mengutamakan 1 menganggap lebih penting drpd yg lain; mementingkan: Kita hendaklah ~ pelajaran drpd segala-gala yg lain. 2 menumpukan perhatian dll kpd. terutama 1 yg terpenting; yg mustahak sekali. 2 yg pertama sekali. 3 lebih-lebih lagi. keutamaan kelebihan drpd yg lain; keistimewaan; keunggulan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
utama | 1. penting sekali, terpenting: beliau sering diberi peranan ~ dlm cerita-cerita sandiwara; ~ jiwa sl jiwa, sukma; air ~ jiwa sl air yg boleh menghidupkan orang-orang yg mati; syarat ~ syarat yg terpenting; 2. paling baik, amat baik, terbaik: kebenaran dan kejujuran itulah menjadi hakim ~; mengutamakan 1. menganggap lebih penting drpd yg lain, menganggap utama, mementing-kan: sistem ekonomi telah mula berubah drpd memiliki tanah kpd ~ wang; 2. menganggap penting hanya, menumpukan perhatian dll kpd: seseorang itu mesti ~ diri sendiri dahulu baru orang lain; terutama 1. utama sekali, terpenting: Hamzah menulis karangan-karangannya ~ utk orang yg tidak mengetahui bahasa Arab dan Parsi; 2. pertama sekali, asas (pokok): tujuan kita yg ~ sekali ialah memajukan orang Melayu dlm bidang perniagaan; 3. lebih-lebih lagi, apa lagi, teristimewa pula: mustahaklah kita mengetahui sedikit sebanyak mengenai cabang-cabang sains yg lain ~ kajihayat, kimia, dan fizik; 4. lebih baik... (drpd), biarlah, remak: maka ~ mati dgn nama yg baik drpd hidup dgn nama yg jahat; keutamaan 1. kelebihan drpd yg lain-lain tempat yg utama: masalah menjaga ke-amanan negeri hendaklah diberi ~ dlm per-sidangan itu; 2. perihal utama, keistimewaan, keunggulan: kalau manusia itu tidak mem-punyai fikiran, hilanglah ~nya sbg makhluk yg tinggi; 3. kebaikan budi pekerti; pengutamaan perihal mengutamakan: ~ Bahasa Kebangsaan mestilah diterima oleh segala golongan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mendesak | 1. menolak (menyorong, mendorong) dgn badan, mengasak: pintu masuk ke dewan itu terlalu kecil dan penonton-penonton ~ dr belakang hendak cepat; 2. mengasak (menghimpit, menghambat) hing-ga mundur (undur, lemah, dll): tentera Berikat telah ~ tentera Fasis hingga menyerah; 3. meminta (menuntut) dgn sungguh-sungguh: kerajaan pusat telah didesak supaya membanyakkan lagi biasiswa utk pelajar-pelajar Melayu; 4. (bkn sesuatu hal, keadaan, perkara) yg memaksa, (bkn sesuatu hal) yg penting sekali: soal yg sangat ~ dlm penyamaan antara bahasa Melayu dan bahasa Indonesia ialah tentang istilah; 5. hampir tiba waktunya (ketika, masa, saat): waktu telah ~ benar, kita mesti siapkan kerja kita lekas-lekas; 6. menghasut, mengacum: tentulah ada orang yg ~nya, kalau tidak takkan sekeras itu sikapnya terhadapku; 7. mendorong, mempengaruhi, memberangsang: dgn sebab putus harapan akan dapat hidup berbahagia serta didesak pula oleh rasa terpulau dan terpencil ...; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
desak I | ; berdesak bersesak-sesak, berasak-asak (kerana sempit): orang ~ ketika hendak masuk stadium utk menonton bola sepak; berdesak-desakan bersesak-sesak, berasak-asakan, berebut-rebut (tempat dll): seorang perempuan muda pengsan terbaring kerana ~; mendesak 1. menolak (menyorong, mendorong) dgn badan, mengasak: pintu masuk ke dewan itu terlalu kecil dan penonton-penonton ~ dr belakang hendak cepat; 2. mengasak (menghimpit, menghambat) hing-ga mundur (undur, lemah, dll): tentera Berikat telah ~ tentera Fasis hingga menyerah; 3. meminta (menuntut) dgn sungguh-sungguh: kerajaan pusat telah didesak supaya membanyakkan lagi biasiswa utk pelajar-pelajar Melayu; 4. (bkn sesuatu hal, keadaan, perkara) yg memaksa, (bkn sesuatu hal) yg penting sekali: soal yg sangat ~ dlm penyamaan antara bahasa Melayu dan bahasa Indonesia ialah tentang istilah; 5. hampir tiba waktunya (ketika, masa, saat): waktu telah ~ benar, kita mesti siapkan kerja kita lekas-lekas; 6. menghasut, mengacum: tentulah ada orang yg ~nya, kalau tidak takkan sekeras itu sikapnya terhadapku; 7. mendorong, mempengaruhi, memberangsang: dgn sebab putus harapan akan dapat hidup berbahagia serta didesak pula oleh rasa terpulau dan terpencil ...; mendesakkan meminta dgn paksa, menuntut dgn sungguh-sungguh: orang itu betul-betul ~ kemahuannya sahaja; terdesak 1. tertekan, terdorong: raksa di dlm salur itu akan ~ ke bawah lebih rendah drpd paras raksa yg berada di sebelah luar salur; 2. terasak, terhimpit: ketika berebut masuk ke dewan itu, ramai kanak-kanak yg menjerit kerana ~; 3. susah (sulit) sekali, tertekan, terhimpit: kehidupannya telah ~, dia terpaksa bekerja keras; 4. terdorong, didorong, diberangsang, dipengaruhi: dia memasuki tentera kerana ~ oleh rasa tanggungjawab terhadap nusa dan bangsa; 5. terpaksa, mesti, tidak boleh tidak: bukan kerana apa, melainkan kerana ~; 6. didesak; desakan 1. tekanan (tolakan) yg kuat: pintu itu pecah kerana ~ orang ramai dr luar; 2. permintaan (tuntutan) yg keras (seolah-olah memaksa): dia membuat kenyataan itu atas ~ barisan bertindak baru-baru ini; 3. dorongan (hajat, kasad) yg sungguh-sungguh: ~ utk mencari adikku yg lari itu telah surut kembali; keterdesakan keadaan (perihal) terdesak: ~ boleh membawa kesan dlm proses membuat keputusan; pendesakan perihal atau perbuatan mendesak atau mendesakkan; pendesak orang yg mendesak (meminta sesuatu dgn sungguh-sungguh): golongan ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
vital | penting atau perlu sekali utk hidup, tidak dapat tidak mesti ada, yg amat penting atau amat diperlukan: perusahaan ~ perusahaan yg sangat penting utk orang ramai. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
timba I | sj bekas utk mencedok air di perigi dll; ~ ruang a) timba utk membuang air di perahu; b) ruang (petak) di tengah-tengah perahu; diperlelar ~ ke perigi, tak sekali, sekali pecah = jangan diperlelar ~ ke perigi, kalau tak putus, genting prb jangan diulang-ulang perbuatan jahat, lambat-laun mendapat sesuatu bencana juga; bertimba menggunakan timba, sedang meng-ambil air dgn menggunakan timba; ~ karang bergaduh (berkelahi), berbuat kecoh (bising); ~ wang Mn hidup senang (mewah); bertimbakan menggunakan sesuatu sbg timba: mandi ~ sebiji besen kecil; menimba 1. mencedok air (drpd perigi dll) dgn timba: kebun-kebun yg hampir dgn tebing sungai boleh diairi dgn ~ air drpd sungai; 2. membuang (mengeringkan) air di perahu dll: maka selalu ditimba perahu itu, tiada berhenti; 3. ki mengambil, memperoleh (pengetahuan dll), mencabut atau mencedok (pengetahuan, maklumat, dsb) drpd sesuatu sumber: pidatonya sangat meyakinkan, ditimba drpd pengalaman sendiri; ini adalah sumber-sumber penting yg mesti ditimba; mereka giat membuka kamus-kamus Sanskrit dan ~ kata-kata bahasa daerah bukan Melayu; tertimba dapat ditimba; tiada ~ tiada dapat ditimba; penimbaan perihal (perbuatan, usaha, dsb) menimba: ~ ilmu moden; penimba 1. alat utk menimba; 2. orang yg menimba (air, ilmu dll): ~ ilmu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ulang | kembali semula; sekali lagi. ~ bicara perbicaraan yg diadakan sekali lagi. (hari) ~ tahun a. hari jadi. b. hari perayaan yg diadakan pd tiap-tiap tahun utk memperingati peristiwa penting (spt hari kemerdekaan). berulang 1 berlaku lagi: Peristiwa itu tidak akan ~. 2 kembali ke; pulang ke: Ia selalu ~ ke rumah emaknya. berulang-ulang 1 beberapa kali; kerap kali: Ayat itu dibacanya ~ supaya difahaminya. 2 selalu berulang-alik; selalu pergi balik. mengulang 1 melakukan apa-apa yg telah dilakukan sekali lagi: Ia tidak mahu lagi ~ kesalahannya. 2 mempelajari apa-apa yg telah diajarkan sekali lagi: Ia sedang ~ pelajaran sekolahnya. 3 pergi mendapatkan; menziarahi. mengulangi 1 melakukan sesuatu berulang kali; selalu sangat melakukan sesuatu: Ia ~ pertanyaan itu sehingga mendapat jawapannya. 2 kerap kali pergi menziarahi (menemui, menengok dll): Tuan Pengurus itu selalu ~ ladangnya. 3 menghafaz atau membaca semula apa-apa yg telah dipelajari banyak kali: Ahmad ~ pelajaran sekolahnya sebelum peperiksaan. ulangan sesuatu yg dilakukan sekali lagi; sesuatu yg diulang: Drama itu ialah siaran ~. perulangan hal berulang(-ulang). pengulangan hal atau perbuatan mengulang atau mengulangi. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
hari | 1. masa dr matahari terbit hingga matahari terbit sekali lagi (masa sekali bumi berpusing pd paksinya, 24 jam): ada tujuh ~ dlm seminggu; ~ Ahad (minggu), ~ Isnin, ~ Selasa, ~ Rabu, ~ Khamis, ~ Jumaat, dan ~ Sabtu; 2. = siang ~ masa dr matahari terbit hingga matahari terbenam: dua ~ dua malam; hari ini kami bekerja setengah ~; tengah ~ waktu ketika matahari sangat tinggi; 3. bahagian dr masa antara matahari terbit hingga matahari terbit sekali lagi; malam ~ bahagian sebelah malam; pagi ~ bahagian sebelah pagi; petang ~ bahagian sebelah petang; 4. keadaan (alam, cuaca, udara, dll): kerana ~ hujan, dia tidak keluar rumah; apabila aku balik dr hutan, ~ pun sudah malam; 5. masa kerja dlm satu hari: dia mendapat gaji tiga ringgit satu ~; gaji ~ gaji berdasarkan bilangan hari seseorang itu sebenarnya bekerja; 6. masa yg lalu atau yg akan datang: dia telah membeli sebuah rumah utk ~ tuanya; belakang (kemudian) ~ masa yg akan datang; tempoh ~ dahulu; ~ acara Id ark hari diadakan pemeriksaan perkara; ~ akhirat = ~ kemudian masa sesudah berakhirnya kehidupan di dunia yg ada sekarang ini; ~ Asyura hari yg kesepuluh bulan Muharam; ~ baik bulan baik Hari Raya (Krismas bagi orang Kristian, Hari Raya Puasa dan Hari Raya Haji bagi orang Islam, perayaan Tahun Baru bagi orang Cina, Deepavali bagi orang India, dsb); ~ bapa hari (pd Ahad ketiga dlm bulan Jun) utk mengenang atau memperingati jasa bapa; ~ batal ark = ~ jatuh Id waktu yg ditentukan sbg had yg terakhir bagi membuat sesuatu tuntutan dll; ~ besar hari yg dirayakan kerana memperingati sesuatu peristiwa penting; ~ bulan tanggal, tarikh; ~ Buruh hari cuti am sbg penghormatan kpd kaum buruh; ~ depan (nanti) masa yg akan datang; ~ gaji hari para pekerja dibayar gaji atau upah, mis pd akhir setiap bulan dsb; ~ guru hari (pd 16 Mei) yg disambut utk mengenang atau memperingati jasa guru; ~ ibu hari (pd Ahad kedua dlm bulan Mei) utk mengenang atau memperingati jasa ibu; ~ ibu bapa hari perayaan sekolah (ibu bapa dijemput); ~ jadi = ~ lahir hari memperingati lahirnya seseorang; ~ Jumaat Besar Id hari kematian Jesus; ~ kebangkitan hari apabila manusia dibangkitkan (drpd mati) utk dihisab segala amalannya dan diberi pembalasan; ~ Kebangsaan hari (yg tertentu tarikhnya) yg dirayakan oleh seluruh rakyat sesebuah negara sbg memperingati kemerdekaan dsb; ~ kelepasan = ~ libur hari cuti, hari rehat; H~ (Memperingati) Kekasih hari (pd 14 Februari) yg diraikan oleh pasangan kekasih, suami isteri dsb, yg juga dikenali sbg Valentines Day; ~ Kemerdekaan = ~ Merdeka hari menyambut atau memperingati kemerdekaan negara; ~ keputeraan hari lahir (nabi, raja); ~ kerja hari orang biasanya bekerja (bukan hari cuti atau hari minggu); ~ lebaran Id Hari Raya; ~ mahsyar = ~ hisab hari diperhitungkan segala dosa dan pahala manusia di akhirat; ~ matahari hari yg panjangnya ditentukan oleh matahari; ~ muka hari depan; ~ Natal hari jadi Jesus; ~ Pahlawan hari memperingati pahlawan yg terkorban; ~ pembalasan hari apabila manusia menerima balasan atas segala amalan baik dan buruk di dunia; ~ penamaan (calon) (Udg) hari yg ditetapkan utk menamakan calon pilihan raya; ~ perniagaan hari berlakunya urusan atau kegiatan perniagaan; H~ Raya a) = H~ Raya Puasa (Aidilfitri) hari yg dirayakan sesudah puasa (pd 1 Syawal); b) = H~ Raya Haji (Korban) = H~ Raya Aidiladha hari besar Islam yg dirayakan pd 10 Zulhijah (selepas berhenti di Arafah); ~ sekolah hari waktu bersekolah; ~ syak hari yg mungkin 30 Syaaban dan mungkin juga 1 Ramadan (belum pasti mula wajib berpuasa bagi orang Islam); ~ tasyrik hari yg disunatkan menyembelih korban (11, 12 dan 13 Zulhijah); ~ tua masa seseorang sudah tua; ~ ulang tahun hari yg bertepatan dgn hari bulan dan bulan seseorang dilahirkan, atau sesuatu (perkahwin- an, penubuhan organisasi dsb) berlaku: ~ ulang tahunnya adalah pd 1 Januari; pasangan itu menyambut ~ ulang tahun perkahwinannya yg ke-50; ~ wuquf hari jemaah haji berhimpun di padang Arafah (9 Zulhijah); ~ baik (pagi) dibuang-buang, ~ buruk (petang) dikejar-kejar prb membiarkan peluang yg baik berlalu, kemudian apabila sudah terlambat baru terkejar-kejar; ada ~ ada nasi prb selalu akan beroleh rezeki sekiranya masih hidup; ia sepanjang ~ janji sepanjang jalan prb mudah mengucapkan janji tetapi sukar menepatinya; sehari satu hari; ~ dua satu atau dua hari, beberapa hari; ~ suntuk sepanjang hari; ~ tumbas Kl sehari suntuk; raja ~ pengantin (pd hari perkahwinan);seharian sepanjang hari (dr pagi hingga petang), sehari suntuk, sehari-harian: doh itu dipotong dan dijemur ~ hingga benar-benar kering sebelum dibungkus; kadang-kadang doktor sendiri tidak makan ~;sehari-hari tiap-tiap hari, saban hari: barang keperluan ~; sehari-harian seharian: dia merasa tersangat letih selepas bekerja ~; berhari; ~ minggu bersenang-senang pd hari minggu; ~ raya merayakan Hari Raya dll; berhari-hari beberapa hari: kadang-kadang dia pergi ~ lamanya; berhari-harian beberapa hari penuh: buruh yg mogok berpiket ~; harian 1. setiap hari; buku (catatan) ~ buku utk dituliskan catatan hari-hari; buruh (pekerja) ~ buruh yg dibayar mengikut berapa hari dia sebenarnya bekerja; catatan ~ catatan tentang apa yg berlaku setiap hari; Maktab (Pusat) Latihan ~ maktab (pusat) latihan guru-guru sekolah rendah; pengurus ~ Id pengurus yg mengerjakan urusan hari-hari; perintah ~ pemberitahuan panglima kpd pasukan-pasukannya; suhu ~ hitung panjang suhu tiap-tiap hari; 2. (diterbitkan) setiap hari (bkn akhbar): ~ Utusan Melayu; perharian hal mengira bilangan hari. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
peristiwa | sesuatu (hal dll) yg berlaku (menarik perhatian dll), kejadian, perkara: pengisytiharan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu merupakan suatu ~ yg penting dlm sejarah negeri ini; sekali ~ sl pd suatu kejadian; ~ bahasa Id sesuatu kejadian yg berkaitan dgn perkembangan bahasa; ~ sejarah kejadian-kejadian penting (besar) dlm sejarah; berperistiwa bersejarah; hari ~ hari yg bersejarah (kerana berlakunya kejadian penting). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Kata |
Takrif |
Sumber |
imperative | adj 1. urgent, essential, sangat mustahak, penting sekali: it is ~ that orders be obeyed immediately, adalah sangat mustahak bahawa perintah dipatuhi dgn segera; 2. authoritative, memerintah: he always talks to his subordinate in an ~ tone, dia selalu bercakap dgn orang bawahnya dgn nada memerintah; 3. (gram.) perintah, imperatif; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
before | ~ /all, everything / else, terutama sekali, pertama sekali, (yg) paling penting; ~ Christ, sebelum Masihi; ~ God, demi Tuhan; ~ long, a. (in relation to a certain point of time in the past) tdk lama /kemudian, antaranya/; b. (in relation to a certain point of time in the future) tdk lama /lagi, selepas ini/: youll regret your choice ~ long, kamu akan menyesal dgn pilihanmu tdk lama lagi; c. (in relation to the time of making statement) tdk lama lagi; the day ~ yesterday, kelmarin. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
head | at the ~ of, a. in front, di hadapan sekali: at the ~ of the parade, di hadapan sekali dlm perarakan itu; b. at the top, di atas sekali; /bite, snap/ sos ~ off, /menengking, mengherdik/ sso; bring st to a ~, (act.) menyebabkan sst meruncing; (pass.) meruncing: the murder of a key member of the party brought matters to a ~, pembunuhan seorang ahli parti yg penting menyebabkan keadaan meruncing; cannot make ~ or tail (of), tdk faham langsung; /come into, enter/ os ~, terfikir, menyangka: it didnt enter my ~ that she would be upset, saya tdk terfikir bahawa dia akan tersinggung; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
essence | in ~, pd dasarnya: the two arguments appear to be similar, but in ~ they are entirely different, dua hujah itu nampak sama, tetapi pd dasarnya sama sekali berbeza; of the ~, (fml) sangat penting: in giving first aid, speed and care are of the ~, dlm memberikan pertolongan cemas, kecepatan dan ketelitian adalah sangat penting. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
contrast | n 1. comparison, kontras, perbandingan: he used ~ to show the differences in style, dia menggunakan kontras utk menunjukkan perbezaan gaya; 2. difference, perbezaan: the ~ between them is remarkable, perbezaan antara mereka menarik sekali; 3. (fine art & photog) kontras: the ~ of light and shade is important in photography, kontras antara cahaya terang dan gelap penting dlm seni foto; colour ~, kontras warna; ~ filter, penapis kontras; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
nominating convention | konvensyen pencalonan | Sains Politik | Politik Perbandingan | Perhimpunan khas yang diadakan oleh sesebuah pertubuhan untuk memilih calon bagi jawatan penting. Perhimpunan ini boleh diadakan secara tahunan atau berkala. Bagi pertubuhan yang bersifat parti politik, konvensyen ini diadakan untuk memilih calon menjelang pilihan raya. Konvensyen seperti ini terpaksa diadakan kerana terlalu ramai calon atau ahli berhasrat bertanding bagi mewakili parti tersebut. Contohnya, Konvensyen Pemilihan Calon Parti Republikan Amerika Syarikat diadakan empat tahun sekali untuk memilih calon bagi bertanding kerusi presiden. |
post-industrial society | masyarakat pascaindustri | Sains Politik | Politik Perbandingan | Masyarakat yang telah melalui zaman perindustrian awal dan kini melalui zaman yang lebih maju daripada masyarakat industri. Masyarakat pascaindustri merupakan kesinambungan dengan masyarakat industri. Dalam masyarakat pascaindustri, penggunaan teknologi canggih seperti komputer dan robot amat penting. Keadaan ini meningkatkan penggunaan buruh kolar putih yang bersifat kepakaran dalam pelbagai sektor seperti kewangan, perkhidmatan, pasaran serta pendidikan dan sekali gus mengurangkan penggunaan buruh kolar biru. Kesan daripada perkembangan ini, kilang intensif buruh banyak dipindahkan ke negara sedang membangun, kawasan pinggir bandar semakin diminati kerana kurang sesak dan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan dan birokrasi menjadi lebih kecil. Secara tidak langsung, kesan politik muncul apabila sentimen wilayah atau desakan kepada desentralisasi bertambah apabila wilayah kecil mahukan lebih autonomi daripada pentadbiran pusat. |
militarism | fahaman ketenteraan | Sains Politik | Politik Perbandingan | Fahaman yang merujuk kepada dominasi tentera dan ketenteraan dalam sesebuah pemerintahan. Fahaman ini merendah-rendahkan pemerintahan awam dan menganggap pemerintahan tentera sahaja yang sesuai dilaksanakan dalam pentadbiran. Fahaman ini juga melambangkan pemerintahan yang agresif, keras, menggunakan undang-undang tentera dan tidak demokratik. Dalam sistem pemerintahan ini, pegawai tentera memegang jawatan penting dan orang awam dipaksa akur dengan pemerintahannya. Kebebasan dan penyertaan orang awam disekat manakala kedudukan pembangkang dan NGO sangat terbatas. Dalam kebanyakan negara yang mengamalkan fahaman ini, kedudukan pembangkang atau parti politik dan NGO politik tidak dibenarkan sama sekali. Pemerintahan secara ketenteraan ini memiliki disiplin, imej kecekapan, sepadu, patuh kepada arahan, memiliki hierarki yang jelas dan tersusun serta kemas dalam perancangan dan pengurusan logistik. |
Kamus Parsi.indb لهاج ،نادان )nādorost, dorūgh( غورد ،تسردان )nārāḥatī( ىتحاران )nārengī( ىگنران ضيرم ،راميب ،شوخان )nākhosh, bīmār, marīz̤ ( )nāder, kamyāb( بايمک ،ردان )nārgīl( ليگران )nāzok, lāghar( رغال ،کزان tulen, jati buta tidak penting, remeh kuku kelasi jahil salah ketidakselesaan, keresahan limau tangerine sakit, uzur kurang kelapa nipis, kurus pure blind insignificant nail sailor ignorant false discomfort tangerine ill, sick scarce, rare coconut thin نابايخ( هفرطکي )yekṭarafe [khiyābān yā jādde ye yekṭarafe[( تسخ ُ ـن ،ل َّ وا ،مکي )yekom, avval, nokhost( )yek milyārd( درايليم کي )yek milyūn( نويليم کي satu untuk seorang, seorang sekali, sekali gus dengan tiba-tiba secara terus seluruhnya Ahad seratus ribu seratus satu jalan sehala permulaan, mula, pertama satu ribu juta satu juta one single, one once suddenly directly entirely
|
Kamus Sains.indb dinding kapsul lumut. (BIO) aerial (aerial) Peranti yang digunakan untuk memancarkan atau menerima gelombang elek- tromagnet. Tenaga gelombang yang diterima akan diubah menjadi arus elek- trik. Dua jenis aerial yang penting ialah aerial dwikutub dan aerial berarah. Sinonim antenna. (FIZ) aerial photo interpretation (tafsiran foto udara/ulasan foto udara) Pentafsiran dan penerangan yang dibuat berdasarkan foto udara untuk menge- nal pasti 54 AM 29 ageostrophic wind (angin ageostrofi) Perbezaan vektor antara angin sebenar dengan angin geostrofi. Angin ageo- strofi ini juga disebut lencongan geostrofi atau sisihan geostrofi. Angin ageo- strofi sangat penting dan berkaitan dengan penumpuan dan pencapahan, dan gerakan menegak di atmosfera seperti angin isalobar. Komponen ageostrofi juga terdapat dalam angin permukaan dan angin gradien. Angin ageostrofi sangat penting dan berkait
|
Kamus Teknologi Maklumat ct.indd ialah istilah dalam UNIX walaupun sistem pengendali lain juga menyediakan sokongan seperti ini. daftar diri tunggal (SSO) (Ig. single sign on (SSO); Br. daftar diri tunggal (SSO); Id. daftar diri sekali) Pengesahan pengguna yang digunakan dalam beberapa sistem pelayan pelanggan. Pengguna hanya perlu membekalkan ID dan kata laluan sekali sahaja untuk mencapai beberapa aplikasi berlainan dalam sistem pelayan yang sama melalui SSO. Senarai aplikasi yang dibenarkan ialah berdasarkan langganan pengguna atau penentuan pentadbir pelayan. Apabila identiti pengguna telah disahkan
|
Kamus Thai 2.indb ร ่ ายมนตร ์ เรียกปลา Pra Sang men- jampi untuk memanggil ikan. ร ้ าย [ra:i] ว jahat ร ้ ายกาจ [-ka:t] ว sangat jahat, jahat betul, jahat sekali ร ้ ายแรง [-rε:] ดู รุนแรง ราว 1 [ra:w] น palang ราวบันได [-bandai] น susur tangga, langkan ราวตากผ ้ า [-ta:kpa:] น ampaian, pe- nyidai ราว 2 wica:ranaya:n] น akal วิจิตร [wicit] ว indah: อาคารรัฐสภาไทย วิจิตรมาก Bangunan Parlimen Thai sa ngat indah. วิจิตรพิศดาร [-pitsada:n] ว aneh: เขา แต ่ งตัววิจิตรพิศดารมาก Dia berpakaian aneh sekali. วิชา [wica:] น subjek, mata pelajaran วิชาการ [-ka:n] น bidang akademik วิชาชีพ [-ci :p] น kerjaya วิชาโท [-to:] น subjek minor วิชาเอก [-e:k] น subjek major วิญญาณ
|
Kamus Thai 2.indb บก บท Kamus Thai 2.indb 214 4/15/2008 11:09:05 AM บ 215 บทบาท [botba:t] น peranan: บทบาทของ พรรคการเมืองมีความสำคัญมากในระบอบ ประชาธิปไตย Peranan parti-parti poli- tik sangat penting dalam pemerintahan demokrasi. บทประพันธ ์ [-prapan] น karya sastera: บทประพันธ ์ ของ เอ ซามัด ซาอิด เป็นที่ รู ้ จักมากในหมู ่ นักศึกษา Karya sastera A. Samad Said sangat terkenal dalam ้ าย [ba:y] ดู ป ้ าย บาร ์ [ba:] น bar บารมี [ba:rami:] น karisma: บารมีเป็น องค ์ ประกอบที่ สำคัญมากสำหรับผู ้ นำ Karisma merupakan kriteria yang amat penting bagi seseorang pemimpin. บาร ์ เลย ์ [ba:le:] น barli บาลี [ba:li:] น Pali บ ่ าว [ba:w] น orang suruhan บ ่ าวไพร ่ [-prai] น |
Kamus Thai 2.indb cari yatam] น moral, จน จริยธรรม Kamus Thai 2.indb 102 4/15/2008 11:05:44 AM จ 103 akhlak: จริยธรรมของนักเรียนโรงเรียนนี้ สูงยิ่ ง Moral pelajar sekolah ini tinggi sekali. จริยศาสตร ์ [cari ya sa:t ] น etika: คุณครูสอนวิชาจริยศาสตร ์ แก ่ นักเรียนชั้ นมัธยม ปลาย Guru mengajar etika kepada pe lajar menengah atas. จริยศ ึ กษา [cari ε] ว keras hati = ใจเพชร ใจความ [-kwa:m] น inti pati, inti แจง ใจ Kamus Thai 2.indb 119 4/15/2008 11:05:55 AM จ 120 sari, isi penting ใจคอ [-k:] น tabiat ใจแคบ [-kε:p] ว kedekut, bakhil ใจง ่ าย [-a:y] ว mudah percaya ใจจดใจจ ่ อ [-cot-c:] ว khusyuk: นักเรียน ฟ ั งคุณครูเล ่
|
Kamus Thai 2.indb ่ ถึงขนาด Tingginya tidak mencapai ukuran yang dikehendaki. ขนาน 1 [kana:n] น jenis: ยาขนานนี้ ร ั กษา โรคได ้ ชะง ั ดน ั ก Ubat jenis ini mujarab sekali. ขนาน 2 [ka na:n] ก (ชื่อ) mem- berikan gelaran: ชาวมาเลเซียขนานนาม ตนกูอ ั บดุลเราะห ์ มานว ่ า “บิดาแห ่ งเอกราช” Rakyat Malaysia memberikan gelaran “Bapa Kemerdekaan” kepada Tunku Abdul ั ้นขึงข ั งมาก Sikap kerajaan terha dap perkara itu sangat tegas. ขึ ้ ง [k] ว marah: คุณแม ่ ไม ่ ขึ้ งเธอดอก Emak tidak marah kepada engkau sama sekali. ขึ้น 1 [kn] ก 1 naik ทุกคนต ้ องระม ั ดระว ั ง ตอนขึ้ นลงรถไฟ Semua harus berhati- hati sewaktu naik turun kereta api. ราคาน ้ ำม ั นขึ้ นแล |
Kamus Thai 2.indb masing menjangkau 50 dan 40 tahun menggambarkan kematangan kedua-dua organisasi ini untuk mengorak langkah bagi menyatukan dua buah negara yang berjiran melalui sesi bengkel perkamusan yang bersifat akademik, dan sekali gus melalui penerbitan kamus ini. Sesungguhnya kelahiran kamus ini sangat bermakna bagi negara Malaysia dan Thailand, khususnya apabila melibatkan hubungan dua hala antara kedua- dua buah negara dalam bidang pendidikan tersebut, maka sangat wajar kamus dwibahasa bahasa Thai-bahasa Melayu disusun hasil kerjasama dua organisasi ini iaitu DBP dan PSU. Oleh yang demikian, bagi saya kerja menghasilkan teks rujukan begitu penting untuk menampung keperluan pembelajaran bahasa Melayu bagi pelajar, pengajar dan masyarakat umum di Thailand. Usaha ini patut diberikan penghargaan yang setinggi-tingginya. Saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua
|
|
Tesaurus |
---|
| penting (adjektif) | Bersinonim dengan mustahak, perlu, utama, berharga, tinggi nilainya, berguna, berfaedah, bermanfaat,
signifikan, behena;, | | Kata Terbitan : mementingkan, kepentingan, |
|
|