Kata |
Takrif |
Sumber |
longgar | 1. tidak sempit, lapang (pakaian, lubang, dll): seluar baru itu ~ sedikit; 2. tidak ketat, mudah tercabut, mudah terlepas (paku, skru, jahitan, ikatan, dll): jahitannya ~ dan kasar; tangannya memeluk ~ anak bongsunya di dada; 3. ki tidak teguh, tidak erat (tali persaudaraan, persahabatan, dsb): semenjak kejadian itu, persahabatan mereka mulai ~; 4. ki tidak mengikat kuat (aturan, syarat, undang-undang, dsb), tidak sangat terbatas, tidak ketat, kendur: hutang lapuk disebabkan oleh cara pemberian, cara kawalan dan cara pentadbiran wang kerajaan dan syarikat yg ~ dan tidak teratur; ~ sendat, lapang bertukul prb berpura-pura menerima sesuatu kebenaran tetapi sebenarnya menolak kebenaran itu; sempit lalu, ~ ditokok prb di negeri yg miskin penduduknya rajin-rajin dan di negeri yg makmur penduduknya malas; melonggari menolak atau menambah supaya longgar (pakaian dll): kalau tidak dilonggari, seluar itu tidak dapat dipakai lagi; utk menambah ahli, syarat-syarat utk masuk pertubuhan itu mesti dilonggari; melonggarkan 1. menjadikan longgar atau tidak ketat (bkn pakaian, skru, paku, dll): ia ~ skru itu; menggali atau membajak akan ~ tanah; 2. mempermudah (syarat-syarat, cara pembayaran, dsb), meringankan (aturan, undang-undang, dsb): larangan membakar mercun dilonggarkan pd malam itu; 3. meluangkan (waktu dsb); memperlonggar menjadikan lebih longgar; kelonggaran 1. perihal longgar: utk mencegah ~, skru itu harus diketatkan; pertolongannya itu bererti memberi ~ juga kpd isterinya; 2. menjadi longgar: semua pakaiannya ~ kerana badannya yg semakin susut itu; pelonggaran perihal melonggarkan (pakaian, skru, dll, meluangkan waktu dsb, mempermudah syarat-syarat dsb, meringankan aturan dsb). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kejap II | tidak mudah tercabut (terurai dll), ketat, teguh: sebilah keris terselit ~ di pinggangnya; tayar itu dipasangkan ~-~ pd roda; mengejap memadat: tanah yg ~ dihakis oleh udara kering; mengejapkan meneguhkan atau mengetatkan ikatan dsb: Tuk ~ kain di pinggang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ketial | ark 1. sangat ketat atau kuat melekat (tidak mudah tercabut); 2. susah hendak bergerak (kerana gemuk dll): tok imam memang ~ orangnya, hendak beralih duduk pun susah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ogah; mengogah | menggoyang-goyangkan sesuatu (spt gigi, tiang dll) supaya mudah tercabut. | Kamus Pelajar |
mengogah | menggoyang-goyangkan sesuatu (spt gigi, tiang) supaya mudah tercabut. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
longgar | 1 tidak sempit; lega (bkn pakaian dll). 2 tidak ketat; mudah tercabut (bkn paku, skru dll). 3 tidak erat (bkn persahabatan, tali persaudaraan); tidak kuat berpegang pd adat (syarat, undang-undang dll). melonggarkan 1 menjadikan longgar atau menjadikan tidak ketat (bkn pakaian, skru, paku dll): Dia ~ ikat pinggangnya kerana terlalu kenyang. 2 memudahkan syarat atau cara pembayaran; meringankan peraturan, undang-undang dll: Pihak majikan telah ~ syarat-syarat kenaikan pangkat. kelonggaran keadaan longgar: Oleh sebab ~ undang-undanglah maka banyak berlaku kecurian. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
ogah | ; mengogah menggoyang-goyangkan sesuatu (spt gigi, tiang) supaya mudah tercabut. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kejat | 1. kejang, kaku, tegang (tubuh atau anggota); mati ~ mati kaku; 2. tidak mudah tercabut, ketat, kukuh, tegap, tidak goyah (bkn tiang yg terpacak); 3. padat dan rapat (tidak berlubang-lubang atau bercelah-celah), kedap; mengejatkan membuat sesuatu menjadi kejat; pengejatan perihal (perbuatan, proses) memejatkan sesuatu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kejat | 1 kaku dan keras (bkn tubuh atau anggota); kejang; kejur: mati ~ mati kaku. 2 tidak mudah tercabut (bkn puting parang dr hulunya, pancang yg terpacak dll); kukuh; teguh. 3 tidak berlubang-lubang; padat; rapat. mengejatkan menjadikan kejat; memadatkan: Tanah di sekeliling anak benih itu dikejatkan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kejat | 1. kaku dan keras (bkn tubuh atau anggota); kejang; kejur: mati ~ mati kaku. 2. tidak mudah tercabut (bkn puting parang dr hulunya, pancang yg terpacak dll); kukuh; teguh. 3. tidak berlubang-lubang; padat; rapat. mengejatkan menjadikan kejat; memadatkan:Tanah di sekeliling anak benih itu dikejatkan. | Kamus Pelajar |
Kata |
Takrif |
Bahasa |
Tema |
luah | longgar, galir; 1 tidak sempit, lapang (pakaian, lubang dll): ~ angai sangat longgar; 2 tidak ketat, mudah tercabut, mudah terlepas: ~ sekeru longgar skru, galir skru; 3 tidak ketat bkn undang-undang, syarat, dsb: aturan wak ~ nulik wak nda adil aturan yg | Melanau Mukah | |
|
Tesaurus |
---|
| mudah (adjektif) | Bersinonim dengan senang, enteng, gampang, ringan, lancar, ringkas, kecil, lekeh, ganyir, suang, lasuh, lancar;, | | Kata Terbitan : bermudah-mudah, memudahkan, mempermudah, kemudahan, pemudah, |
|
|