Kata |
Takrif |
Sumber |
tajam | 1 dpt memotong (menghiris, mengerat dll) dgn mudah; mudah makan (bkn pisau dll): Pisau itu ~. | Kamus Pelajar |
tajam | 1 dpt memotong (menghiris, mengerat dll) dgn mudah; mudah makan (bkn pisau dll): Pisau itu ~. 2 runcing hujungnya; lancip: paku yg ~. 3 dpt mengerti dgn cepat; cerdik; pintar: ~ juga otak budak itu. 4 keras atau pedas (bkn perkataan, kritik dll): Kritiknya sangat ~. 5 kelihatan galak atau garang (bkn pandangan dll): Pandangannya yg ~ menakutkan kanak-kanak itu. 6 dpt melukai atau dpt menyakitkan secara kimia (bkn sabun, asid dll). 7 lekas atau mudah dpt melihat, mendengar dll: haiwan yg ~ pendengarannya. ~ akal cerdik; pandai. ~ mata lekas dpt melihat sesuatu. ~ mulut suka mengeluarkan kata-kata yg pedas. menajamkan menjadikan tajam (bkn pisau, parang dll); mengasah supaya tajam. mempertajam menjadikan lebih tajam. ketajaman keadaan atau sifat tajam: ~ pisau; ~ fikiran. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tajam I | 1. mudah memotong (mengerat, menghiris, melukai), mudah makan (pisau dll), lwn tumpul: parang yg ~; 2. runcing hujungnya, lancip: paku yg ~; 3. dapat melihat (mendengar, merasai, dll) dgn cepat atau dgn cekap: dgn menggunakan pendengarannya yg ~ sbg orang gunung, Rijnhaard dapat menggesek biola spt bapanya itu; 4. mudah menangkap atau mengerti (akal, fikiran), pintar, cerdik: ~ juga otak budak sekolah menengah ini; 5. kelihatan garang atau galak (pandangan, air muka): ia memerhati dgn pandangan yg ~; 6. keras atau pedas (kritikan, teguran, sindiran, dll): walaupun mulut Mak Siti itu ~ dan perkataannya pedas-pedas, hatinya baik juga; 7. boleh menyakiti (sabun, asap, asid, dll), dapat melukai: walaupun matanya tertutup oleh asap itu tiada sekali juga dikejapkannya, seakan-akan tidak pedih rasanya kena asap yg ~ itu; 8. menjadi genting, memuncak: pertelingkahan antara mereka semakin hari semakin ~; 9. kuat, berpengaruh: budi bahasa yg baik ialah satu drpd daya penarik yg ~ bagi pekedai; 10. jelas, ketara: ketidaksamaan taraf sosioekonomi akan memperlihatkan perbezaan yg ~ antara sektor; ~ akal = ~ fikiran pintar, cerdik; ~ mata lekas dapat melihat; ~ mulut suka mengeluarkan kata-kata yg pedas; ~ pendengaran lekas dapat mendengar; berapakah ~ pisau parang ~ lagi mulut manusia = keris lembing (pedang) tiada ~, ~ lagi lidah (mulut) manusia prb, kata-kata atau percakapan lebih menyakiti hati orang drpd dilukai dgn senjata tajam; yg ~ tumpul, yg bisa tawar prb, Mn a) kerana berkat ubat atau doa penyakit sembuh; b) kerana percakapan yg manis sengketa hilang; menajam menjadi tajam: keningnya berkerut dan cemas ~ matanya memandang kpd gadis di sisinya itu; menajamkan menjadikan tajam: pensel itu mesti ditajamkan; dia ~ telinga mendengar-dengar ke tengah rumah dan ke dapur; mempertajam menjadikan lebih tajam: pemakaian bahasa setiap hari dgn sendirinya akan ~ perasaan kita terhadap bahasa yg kita pakai; pembacaan yg luas dan mendalam pasti berfungsi ~ pemikiran; ~ sanding ki membesarkan perselisihan; adakah duri dipertajam prb a) orang yg cerdik tidak perlu diberi nasihat lagi; b) musuh tidak perlu diberi pertolongan; ketajaman hal atau sifat tajam: ia bertambah kagum dan ghairah memikirkan ~ otak gadis itu; penajaman perihal (proses, perbuatan dsb) menajamkan: ~ mata pisau. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
buruk perut | a) banyak makan; b) mudah kena sakit; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kuat | 1 bertenaga utk membuat kerja dll; tegap tubuh badannya; gagah: Badannya sihat lagi ~. Mana yg lebih ~, singa atau harimau? 2 hebat (bkn tiupan angin dll); kencang; nyaring (bkn bunyi suara dll); tenat (bkn penyakit dll); teruk: Angin bertiup dgn ~nya. Suaranya semakin ~. Emaknya sakit ~. 3 tidak mudah rosak; tidak mudah putus atau tidak mudah pecah (bkn tali dll): kukuh; teguh; tahan: Baju ini ~ jahitannya. Tali itu ~, sukar utk memutuskannya. 4 ki tidak mudah berubah hati (pendirian dll); teguh (iman dll): Jika imanku tidak ~, sudah pasti aku menurut kemahuan mereka. 5 suka melakukan sesuatu (yg biasanya tidak baik) dgn banyak: ~ makan; ~ minum arak; ~ berjudi. berkuat bersungguh-sungguh; berkeras hati: ~ benar dia hendak melanjutkan pelajarannya ke luar negara. menguatkan 1 membuat sesuatu supaya menjadi kuat (teguh dll): Utk ~ badan, makanlah ubat ini. 2 mengeraskan bunyi (suara dll): Kerana anaknya masih berdegil, dia telah ~ suaranya. memperkuat menjadikan lebih kuat: Dia ~ ikatan pd berkas kayu itu sebelum mengangkatnya. kekuatan 1 tenaga; daya: Umurnya beransur tua dan ~nya pun makin berkurang. 2 keadaan kuat; keteguhan; kekukuhan: Kita hendaknya janganlah mengecil-ngecilkan ~ pihak musuh. penguatan perbuatan atau hal menguatkan. penguat orang atau sesuatu yg menguatkan. sekuat 1 sama kuatnya dgn: Kassim tidak ~ abangnya. 2 = sekuat-kuat dgn sedaya upaya; dgn sepenuh tenaga: Budak itu menjerit ~ hatinya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mudah I | 1. tidak susah atau sukar, gampang, senang: sajak baru, bukanlah satu hasil seni yg ~ difahami; dgn takdir Allah Taala, Manjung pun alah dgn ~nya; 2. cepat atau lekas sekali (menjadi dll): ada setengah-se-tengah orang yg ~ menganggap bahawa pengarang itu seorang manusia yg luar biasa; kalau angin kencang, mungkin api yg meliuk-liuk lemah itu padam dgn ~nya; 3. bp senang diperdaya (perempuan), tidak kuat imannya; ~ jua pd yg ada, sukar jua pd yg tidak prb orang kaya dapat memenuhi adat apa pun jua sedangkan orang miskin segalanya susah; bermudah-mudah menganggap senang sahaja sesuatu pekerjaan, mengerjakan dgn tidak bersungguh-sungguh; memudahkan 1. menjadikan mudah (utk dikerjakan dll), menyenangkan: utk ~ men-dapat makan, mereka telah menyewakan rumah mereka; 2. memandang atau menganggap tidak penting (mustahak, berharga, dll), menganggap enteng: maksud senang di sini bukanlah bererti yg mereka harus ~ kewajiban mengeluarkan zakat; memudah-mudahkan menganggap atau memandang ringan; mempermudah menjadikan lebih mudah: tujuan logaritma ialah hendak ~ kerja kiramengira biasa; mudah-mudahan; bukan ~ bukan perkara (hal dll) yg mudah; kemudahan 1. perihal atau keadaan mudah, kesenangan (senangnya atau mudahnya sesuatu); 2. kesenangan, keselesaan: pihak yg tertentu hendaknya melengkapkan segala sesuatu utk ~ rakyat; 3. sesuatu yg memudahkan atau mempermudah sesuatu usaha (kegiatan dsb): pelbagai ~ disediakan utk projek ini; ~ awam perkhidmatan dan infrastruktur yg disediakan oleh pihak berkuasa atau kerajaan utk keperluan orang ramai, spt bekalan elektrik, jambatan, jalan raya dsb; pemudahan perihal (perbuatan dsb) memudahkan; pemudah (orang) yg suka kpd perkara yg senang-senang sahaja; ~ cara orang (pihak) yg memudahkan sesuatu tindakan atau proses (spt pemindahan ilmu): sektor awam akan bertindak sbg ~ cara kpd perkembangan sektor swasta. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
memudahkan | 1. menjadikan mudah (utk dikerjakan dll), menyenangkan: utk ~ men-dapat makan, mereka telah menyewakan rumah mereka; 2. memandang atau menganggap tidak penting (mustahak, berharga, dll), menganggap enteng: maksud senang di sini bukanlah bererti yg mereka harus ~ kewajiban mengeluarkan zakat; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tidur | 1. dlm keadaan tidak sedar dgn mata terpejam (kerana berehat): siang bekerja malam ~; ~ (-tidur) ayam tidur yg tidak lena (mudah terjaga); ~ lelap (lena, lenyak, nyenyak, senyap) tidur benar-benar (sehingga tidak mudah dikejutkan); ~ mati tidur dgn sangat lenanya; baju (pakaian) ~ baju (pakaian) yg khusus dipakai utk tidur, pijama; bilik (kamar) ~ bilik tempat orang tidur; kaki (tukang) ~ bp (orang yg) sangat suka atau sangat mudah tidur; penyakit ~ sj penyakit yg menyebabkan orang yg menghidapnya selalu hendak tidur; tempat ~ a) bilik (bangunan) tempat orang tidur; b) ranjang; ubat ~ = penidur ubat yg menyebabkan tidur; 2. = masuk (pergi) ~ hendak (pergi utk) berehat dgn memejamkan mata dan tidak sedar diri: biar aku sahaja menyudahkan kerja ini, kau boleh pergi ~ ; 3. a) berbaring; b) = tidur-tidur berbaring-baring (kerana berehat dll); ~ tak lelap, makan tak kenyang prb perihal orang yg tidak tenang fikirannya (kerana runsing, rindu, dll); bagai ~ di atas miang (enjelai) prb perihal orang yg sangat gelisah (kerana banyak perkara yg difikirkannya dll); meniduri 1. tidur (berbaring) di: di atas bangku yg di kejauhan sana, nampak gadis ~ pangkuan pacarnya; 2. bersetubuh dgn, menyetubuhi; menidurkan 1. membuat supaya tidur, mem-baringkan supaya tidur: sesudah ~ anaknya barulah dapat ia bersenang-senang; 2. mem-baringkan, merebahkan: kemudian hendak-lah ditidurkan pasu itu supaya batang pokok itu sekarang mengarah ke tepi; 3. ki menjadi-kan lalai (cuai, tidak bersemangat, dll), me-lalaikan: janganlah kita ~ kembali masyarakat kita yg sudah mulai sedar sekarang; 4. menyembuhkan (menghilangkan dll) dgn tidur: ~ pening kepala; tertidur 1. (sudah) tidur: dia merapati katil dan mendapati anaknya sudah ~; 2. mulai tidur: kian lama mata bapa kian pudar, dia ~; 3. dgn tidak sengaja tidur: kerana terlalu letih dia ~ di kerusinya; ketiduran 1. = tempat ~ tempat tidur: nasihat itu menghadapkan kenang-kenangannya ke tempat lain, jauh dr ~nya dewasa itu, ke rumah isterinya; 2. tertidur (dgn tidak sengaja), lama sungguh tidur; ketidur-tiduran selalu mengantuk (hendak tidur); setiduran = seketiduran; seketiduran 1. setempat tidur, tidur bersama-sama; selapik ~ (sahabat) sangat karib; 2. teman tidur; berseketiduran 1. tidur bersama di suatu bilik (katil dll); 2. bersetubuh; petiduran tempat tidur; penidur 1. (orang yg) selalu tidur atau sangat mudah tidur, kaki tidur, tukang tidur; 2. = ubat ~ ubat (pil dll) yg menyebabkan tidur lena. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rezeki | Ar 1. segala sesuatu yg dikurniakan oleh Allah utk keperluan rohani dan jasmani, mis makanan, ilmu dsb; ada nyawa (umur) ada ~ selama masih hidup tentu mendapat makanan; itu bukan ~ saya itu bukan utk saya (makanan dll); memberi ~ a) memberi makanan (nafkah); b) membawa keuntungan (kemujuran); 2. ki pendapatan, penghasilan, pencarian (wang dll utk sara hidup); kehilangan ~ kehilangan mata pencarian; mencari ~ mencari makan, mencari penghidupan (dgn berusaha dll); mendapat ~ a) mendapat makanan (penghidupan dll); b) mendapat untung (laba), mujur; putus ~ kehilangan pencarian; 3. peluang utk beroleh makanan dll, keuntungan, perolehan; bukan ~ bukan habuan (untung) seseorang; dekat ~nya cepat (mudah) mendapat untung; jauh ~nya sulit (susah) mencari untung; kalau ada ~ kalau ada wang (habuan, kemudahan, untung); mudah-mudahan dimurahkan ~nya mudah-mudahan banyak (mudah) mendapat keuntungan dll; naik ~nya semakin bertambah keuntungannya; orang makan gaji, umur panjang ~ beragakkan Mn orang makan gaji, umur panjang tetapi perolehannya terhad; pembahagian ~ pembahagian keuntungan dll; perebutan ~ perebutan keuntungan dll; ~ batin sesuatu yg berfaedah utk batin, makanan rohani (jiwa); ~ harimau ki sewaktu ada makanan banyak dan berjenis-jenis; ~ jangan ditolak untung jangan dibuang (dibiarkan terlepas); ~ mahal susah mencari penghidupan, jarang mendapat keuntungan; ~ mata sesuatu yg sedap dipandang; ~nya meninggi mendapat keuntungan tidak dgn bersusah payah; ~ merendah semua yg diusahakannya itu menguntungkannya; ~ murah selalu mendapat keuntungan tidak dgn bersusah payah; ~ yg halal pendapatan dll yg halal (bukan dgn penipuan dll); ~ elang tak akan dapat (dimakan) oleh musang (burung pipit) prb semua orang ada kemujurannya masing-masing, keuntungan seseorang tidak boleh direbut oleh orang lain; merezekikan memberikan rezeki: mereka tidak direzekikan dgn gugur syahid di medan jihad. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
susah | 1. perasaan tidak puas hati (kerana sukar, sulit, dll), perasaan tidak senang: pekerjaan makan gaji itu memang ~ pd mulanya, tetapi kalau sudah biasa kelak menjadi senang; 2. tidak mudah (mendapat, mencari, dll sesuatu), sukar, sulit: masa itu memang ~ hendak membeli kain baju, kalau adapun harganya mahal-mahal; 3. = ~ hati tidak senang hati, sedih hati, dukacita: jangan ~, nanti ia akan kembali lagi; 4. serba kekurangan, miskin, papa: ~ dan senang kehidupan kaum keluarga, tidaklah menjadi penghalang kpd budak-budak itu bersuka ria; 5. kesukaran, kesulitan: adalah suatu ~ kepadaku sebab tidak tahu bahasa Hindustan itu; bersusah 1. = ~ payah = bersusah-susah melakukan sesuatu dgn susah payah, berpenat lelah (mengerjakan sesuatu): Presiden Jamal Abdul Nasir telah ~ payah benar memberitahu dunia luar bahawa dunia Arab bersatu dlm hal itu; 2. = ~ hati berasa susah hati, berdukacita: dia berharap mak cik tidak akan ~ lagi; menyusahi menjadikan (mendatangkan) susah, mengganggui: tak usah disusahi aku, bukannya apa-apa, aku cuma pening sahaja sedikit; menyusahkan 1. menjadikan (seseorang) susah, menyukarkan, menyulitkan: aku tidak ada kerja dan itulah yg ~ aku; kanak-kanak kecil tidak perlu disusahkan dgn pengajaran penggunaan imbuhan yg kompleks; 2. menjadikan susah (sedih, risau, dll), mendukacitakan, merisaukan: tak usah menangis, apa pula yg disusahkan; mempersusah menjadikan lebih susah: jangan dibiarkan hati tersandung duka, jangan fikiran dipersusah; kesusahan 1. perihal susah, kesengsaraan, kesukaran, kesulitan: separuh drpd ~ yg dihadapi oleh manusia ialah ~ mencari makanan; 2. menanggung susah, kepayahan: janganlah kamu biarkan pd masa ia dlm ~ atau keuzuran. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Kata |
Takrif |
Sumber |
bird | ~s of a feather, (orang yg) sebulu; a little ~ told me..., (colloq) saya dengar...; do ~, see TIME (do time); eat like a ~, makan berdikit-dikit; get the ~, (sl) a. be dismissed, kena /buang, tendang/; b. be booed, kena sorak; give so. the ~, menyorak-nyoraki sso; like a ~, (colloq) a. without difficulty, mudah; b. very fast, laju; the ~ has flown, (colloq) orang yg dicari sudah lesap. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Kamus Parsi.indb desirous aim, intention elbow greed greedy free freedom, liberty harm, injury easy sleeve sky Asia to drink clear tepung hasrat ingin tujuan, niat siku ketamakan tamak bebas kebebasan, kemerdekaan mudarat mudah, senang lengan baju langit Asia minum jelas )ārd( درآ )ārezu( وزرآ )ārezumand( دنموزرآ )ārmān, hadaf( فده ،نامرآ )āranj/ārenj( جنرآ )āz( زآ )āzmand( دنمزآ )āzād( دازآ )āzādī( ىدازآ )āzār( رازآ eṭṭelāʻ ( عال ّ طا )eṭṭelā‘āt ( تاعال ّ طا )oṭū( وطا )e‘temād( دامتعا kesilapan air mata membuat pembaharuan, memulihkan tambah menuruti, patuh, taat bilik bilik tidur bilik bacaan bilik makan bilik istirahat sekeliling, sekitar beritahu maklumat seterika keyakinan mistake tear to reform to add to obey room bedroom study room dining room sitting room around inform information iron confidence دامتعا
|
Kamus Sains.indb dimasukkan ke dalam konkrit basah semasa penyediaan cam- puran untuk menyediakan ruang yang cukup semasa proses pengembangan dan pengecutan konkrit, khususnya pada musim sejuk. Sekiranya udara tidak dimasukkan, konkrit akan mudah retak dan tidak akan bertahan lama. Kan- dungan udara yang digunakan adalah dalam lingkungan 1%. (KEJ) air discharge (nyahcas udara) 1. Bentuk nyahcas kilat yang mempunyai sifat antara nyahcas awan yang lurus atau bersimpul. Ketumpatan keringan udara kayu ini berjulat antara 800 kg/m 3 hingga 925 kg/m 3 . Kayu ini tergolong dalam kumpulan kayu keras sederhana. Alan batu mudah dikerjakan, dikemas siap, dikeringkan dan sederhana tahan. Alan batu digunakan untuk lantai, papan panel dan kayu kumai serta pembuatan perabot dan perahu. (HUT) alarima (alarima) Celah di antara dua paraglosa
|
Kamus Thai 2.indb asing. ระหว ่ าง [rawa:] บ di antara: ธนาคาร นั้ นตั้ งอยู ่ ระหว ่ างร ้ านขายยากับร ้ านอาหาร Bank itu terletak di antara kedai ubat dengan kedai makan. ระหัด [rahat] น kincir ระเหย [rah:y] ก menyejat: ไม ่ นานน ้ ำก็ ระเหย Tidak lama air pun menyejat. ระเหิด [rah:t] ก memejalwap: ของ เหลวระเหยแต ่ ของแข็งระเหิด Cecair ้ พวกเขา Jeo mengikut keluarga itu ke Pattaya untuk me- layan mereka. รับประกัน [-prakan] ก menjamin: ผู ้ บัญชาการตำรวจรับประกันความปลอดภัยของ พยาน Ketua Polis menjamin kesela- matan saksi. รับประทาน [-prata:n] ก makan: ผู ้ จัดการออกไปรับประทานอาหารกลางวันแล ้ ว Tuan Pengurus sudah keluar makan tengah hari. รับปาก [-pa:k] ก berjanji: เด็กคนนั้ น รับปากว ่ าจะไม ่ กระทำความผิดนั้ นอีก Budak itu berjanji tidak mahu
|
Kamus Thai 2.indb sepak menyuruh seorang pemain membongkok kemudian pemain-pe- main lain melompatinya. กงสี [kosi :] น 1 barang kongsi: คนงาน ทุกคนกินกงสีที่ นายจ ้ างจ ั ดไว ้ ให ้ Semua pekerja makan barang kongsi yang disediakan oleh majikan. 2 syarikat: คนจีนร ่ วมก ั น จ ั ดต ั ้งกงสีข ้ าวเปลือกที่ นครสวรรค ์ Orang Cina bersama-sama menubuhkan syarikat ก อยร ่ อย [-r:i] ว kecil: เรื่ อง กระจ ้ อยร ่ อยเช ่ นนี้ เขาแก ้ ได ้ สบาย ๆ Kes yang kecil begini dapat diselesaikan de ngan mudah sahaja. = กระจ ้ อย, กระจิริด กระจัดกระจาย [kracatkraca:y] ว bersepah: สิ่ งของในห ้ องของฉ ั นกระจ ั ดกระจาย เพราะถูกรื้ อ Barang-barang dalam kamar saya bersepah kerana diselongkar. กระจับ 1 |
Kamus Thai 2.indb บริภาษ [b:ripa:t] ก mencela: เขาชอบ บริภาษคนอื่ นทั้ ง ๆ ที่ ตัวเองก็ไม ่ ดีนัก Dia suka mencela orang sedangkan dia bukan- lah baik sangat. บริโภค [b:ripo:k] ก makan: คุณหมอ แนะนำเขาไม ่ ให ้ บริโภคเนื้ อ Doktor menasi- hati dia supaya jangan makan daging. บริวาร [b:riwa:n] น pengikut: เมื่ อกำนัน เดินไปไหนบริวารนับสิบคนจะตามไปด ้ วย Ke mana sahaja datuk penghulu pergi, ber- puluh-puluh pengikut mengekorinya. บริเวณ [b:riwe:n] น kawasan บริษัท
|
Kamus Thai 2.indb จาว [ca:u] น tumbung (kelapa): เด็ก ๆ จาง จาว Kamus Thai 2.indb 108 4/15/2008 11:05:47 AM จ 109 ชอบกินจาวมะพร ้ าว Budak-budak suka makan tumbung kelapa. จำ 1 [cam] ก 1 ingat: ฉันยังจำคำสั่ งเส ี ยของ คุณแม ่ ได ้ เป็นอย ่ างดี Saya masih ingat akan pesanan ibu dengan baik. 2 mengecam: ลูกคนนั้ sangat: มะนาว ลูกนี้ เปรี้ ยวจี๊ ด Limau nipis ini masam sa ngat. เขารู ้ ส ึ กปวดท ้ องจี๊ ดขึ้ นมาหลังจากรับประทาน อาหารในงานเลี้ ยงนั้ น Perutnya terasa sa ngat mencucuk selepas makan dalam jamuan itu. จีน [ci:n] น 1 (คน ภาษา) Cina 2 (ประเทศ) China จีนแส [-ci:nsε:] น singse จีบ [ci :p] ก mengurat: ชายหนุ ่ มเหล ่ านั้ |
|
Tesaurus |
---|
| mudah (adjektif) | Bersinonim dengan senang, enteng, gampang, ringan, lancar, ringkas, kecil, lekeh, ganyir, suang, lasuh, lancar;, | | Kata Terbitan : bermudah-mudah, memudahkan, mempermudah, kemudahan, pemudah, |
|
|