Kata |
Takrif |
Sumber |
memuncak | meningkat tinggi-tinggi; membumbung tinggi; menjadi sangat-sangat: Harga barang-barang telah ~ naik. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
memuncak | 1. menuju ke puncak, membumbung tinggi-tinggi, meningkat ke paras dsb yg tinggi atau makin tinggi, tinggi-tinggi: api yg sedang marak dan ~ sekali; 2. menjadi sangat (genting, tegang, dll), meluap-luap (semangat dll), melambung (harga): kemarahannya kian ~; kegiatan pejuang-pejuang BK yg ~ dr hari ke hari; harga barang-barang di kedainya ~ naik; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
memuncak | meningkat tinggi-tinggi; membumbung tinggi; menjadi sangat-sangat: Harga barang-barang telah ~ naik. | Kamus Pelajar |
runcing | 1 makin ke hujung makin kecil dan tajam; lancip ke hujung: Pensel ini ~. Jarinya ~. 2 ki genting atau memuncak (bkn keadaan, perselisihan dll): Perselisihan antara kedua-dua negara itu bertambah ~. meruncing 1 berbentuk runcing; menjadi runcing: Benua India ~ ke selatan. 2 menjadi genting atau memuncak; menjadi tegang (bkn keadaan dll). meruncingkan 1 membuat supaya runcing. 2 menyebabkan genting atau tegang (bkn keadaan, suasana dll). memperuncing menjadikan lebih runcing. keruncingan 1 keadaan atau sifat runcing. 2 keadaan atau hal genting; kegentingan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
merabung | membumbung tinggi, memuncak, meninggi; air pasang ~ air pasang rabung; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
memuncakkan | menjadikan (menyebabkan) memuncak: usaha utk ~ krisis hendaklah diperlahankan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
melambung | 2 memuncak naik (ttg harga dsb): Pd masa itu, harga getah ~ tinggi. | Kamus Pelajar |
lambung I | 2 memuncak naik (ttg harga dsb): Pd masa itu, harga getah ~ tinggi. | Kamus Pelajar |
runcing | 1. lancip ke hujung, berhujung tajam (lancip): jarinya yg ~; bambu ~ buluh yg ditajamkan hujungnya (tombak drpd buluh); 2. ki genting atau memuncak, tegang (keadaan, perselisihan, dll): ketegangan antara Filipina dgn Malaysia bertambah ~; ~ tanduk bangkah kening prb sudah terkenal kejahatannya; meruncing 1. menjadi runcing, berbentuk runcing (lancip): dicabutnya turus pagar yg ~ halus; benua itu ~ ke arah selatan tetapi membesar di sebelah utara; 2. ki menjadi genting atau memuncak (keadaan, perselisihan, dll), menjadi tegang: keretakan itu semakin melebar dan ~; meruncingkan 1. membuat jadi runcing (lancip), meraut (mengasah dll) supaya runcing: ranjau ialah buluh yg diruncingkan tajam; masing-masing dgn batang kayu yg diperbuat spt galah dan diruncingkan hujungnya; 2. menyebabkan genting (suasana dll): maka anasir-anasir komunis itu akan ~ lagi suasana dlm negeri; memperuncing mempertajam atau memperhalus (semangat, pendengaran, dll): dan diperuncingnya pendengarannya; ia ~ telinganya; keruncingan 1. perihal runcing; 2. kegentingan (keadaan, perselisihan, dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pemuncakan | proses (perbuatan) yg menyebabkan sesuatu memuncak: kebanyakannya disebabkan ~ daya khayal; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Kata |
Takrif |
Sumber |
fever pitch | n; be at ~, sudah memuncak; reach ~, memuncak: the anger of the crowd reached ~, kemarahan orang ramai memuncak. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
crest | vi memuncak: the waves ~ed, ombak memuncak; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
heighten | vi intensify, memuncak: the conflict ~ed, persengketaan itu memuncak; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
climax | vi 1. come to a climax, memuncak: the demonstration ~ed in a riot, tunjuk perasaan itu memuncak dgn rusuhan; 2. reach orgasm, mencapai /puncak syahwat, orgasme/; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
culminate | vi; ~ in, (reach the highest point or climax) memuncak dgn, mencapai puncaknya dgn; (end in), /berakhir, berkesudahan/ dgn: sporadic riots that ~d in civil war, rusuhan yg tercetus di sana sini yg memuncak dgn berlakunya perang saudara; all that hard work ~d in victory for the team, segala usaha yg gigih itu berakhir dgn kejayaan bagi pasukan tersebut; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
crescendo | n kresendo; /reach, rise to/ a ~, memuncak. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
f ollow | b. (of period of time) berikut(nya): during the weeks that ~ed the tension grew, dlm minggu-minggu berikutnya or dlm minggu-minggu yg berikut, ketegangan kian memuncak; c. (in a piece of writing) menyusul, berikut(nya): there ~ several paragraphs describing the situation in 1975, berikutnya beberapa perenggan memerikan keadaan dlm tahun 1975; 3. ensue, menyusul: after the war depression ~ed, selepas perang, kemelesetan menyusul; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
appease | vt 1. calm, settle, meredakan, menenangkan, menenteramkan: to ~ a mutiny, meredakan pemberontakan; an attempt to ~ the growing dissatisfaction, percubaan utk menenangkan rasa tdk puas hati yg memuncak; 2. pacify, allay, a. (person) menenteramkan, menenangkan: to ~ an irate husband, menenangkan suami yg marah; b. (emotion) meredakan: soft words to ~ the wrath of the king, kata-kata yg lemah lembut untuk meredakan kemurkaan raja; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
heighten | vt 1. raise, meninggikan (lagi): the ceiling ought to be ~ed a little, siling itu patut ditinggikan sedikit lagi; 2. enhance, menyerlahkan: the lights ~ the beauty of the room, lampu-lampu menyerlahkan keindahan bilik itu; 3. increase, (act.) memuncakkan; (pass.) memuncak; (the effect of st) menambahkan: the comment ~ed his anger, komen itu memuncakkan kemarahannya; the lighting ~ed the dramatic effect of the place, pencahayaan menambahkan kesan dramatik tempat itu. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
comic relief | kelegaan komik | Kesusasteraan | Tiada | Adegan yang melegakan buat sementara waktu ketika ketegangan aksi memuncak. Adegan ini biasa ditemui dalam drama tragedi. Contohnya, dalam drama berjudul King Lear oleh Shakespeare. Adegan dalam drama ini dapat dilihat melalui watak fool (badut) bergurau dengan Lear. Adegan ini juga ditemui dalam drama Shakespere berjudul Macbeth melalui watak penjaga pintu yang mabuk. Adegan yang melibatkan penakawan dalam cerita wayang kulit juga dianggap sebagai kelegaan komik. Lihat juga tragedi. |
obligatory scene | adegan wajib | Kesusasteraan | Tiada | Konvensi dramatik yang merupakan satu babak yang perlu disediakan oleh pengarang dalam perkembangan plot drama atau teater. Konvensi ini amat diharapkan oleh khalayak. Adegan wajib memberi kesan emosi yang memuncak dalam drama. Contohnya, dalam drama Hamlet karya Shakespeare, babak pertembungan antara Hamlet dengan ibunya ialah adegan wajib yang dijangkakan oleh khalayak dan memberikan kesan emosi yang mendalam. Dalam filem Hang tuah, adegan wajib yang meruntun perasaan khalayak ialah pertarungan maut antara Hang Tuah dan Hang Jebat. |
iron curtain | tabir besi | Sains Politik | Politik Perbandingan | Sempadan yang memisahkan wilayah tertentu berasaskan perbezaan ideologi, politik, ekonomi atau kebudayaan. Tabir besi dibina untuk melarang sebarang interaksi antara penduduk dari dua wilayah yang bertentangan. Dalam realiti, tirai besi ini pernah dibina di Berlin pada tahun 1961 apabila ia memisahkan rakyat timur Berlin yang berada di bawah pemerintahan komunis dan barat Berlin yang berada di bawah pemerintah demokrasi. Penduduk timur Berlin tidak dibenarkan melakukan sebarang bentuk interaksi atau menyeberangi barat Berlin. Tabir ini dirobohkan kesan daripada tuntutan demokrasi yang memuncak pada tahun 1989. Sinonim tirai besi. |
Kata |
Takrif |
Bahasa |
Tema |
puncak | memuncak muncak; | kedayan | |
Bahasa Suku Kaum |
Takrif |
Contoh Ayat |
Rujukan |
Sumber |
kulung-kulung Kd | bahagian bawah rumah. | Bangunan-bangunan tinggi yang memuncak begitu cantik, terlalu asing bagiku. Tidak seperti yang aku rasakan di kampungku, terlalu damai melihat kerbau-kerbau jinak berkeliaran di bawah kulung-kulung rumah. | Jangan ke Kota | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
Kamus Sains.indb menara) Kren yang dilengkapi jip yang berkedudukan mengufuk di puncak menara. Ketinggiannya dapat ditingkatkan mengikut ketinggian bangunan yang sedang dibina. (KEJ) towering cumulus (kumulus menjulang) Jenis awan kumulus kongestus yang memuncak tinggi. (METEO) town gas (gas bandar) Gas nafta yang ditukarkan kepada campuran gas metana, karbon monoksida dan hidrogen dengan menggunakan proses pembentukan stim. (KEJ) township (perbandaran) Unit ukuran keluasan dalam
|
Kata |
Sebutan |
Jawi |
memuncak | [me.mun.ca/] | ممونچق |
|
|