Kata |
Takrif |
Sumber |
muda | 1. belum tua (orang dll), masih remaja: sesetengah drpd mereka masih ~ mentah; anak ~ gadis atau teruna; kaum ~ golongan orang muda, generasi baru; 2. belum masak atau tua (buah-buahan, daun-daunan, dll), baru menjadi (parut, kulit, dll): kelapa ~; parut ~; 3.masih baru (diadakan, diusahakan, dll), belum lama (wujudnya sesuatu): kita juga telah diberi mandat utk memandu negeri ini dr sebuah negeri ~ menjadi negara dewasa; 4.masih awal (hari, bulan, dll), belum menghujung (lewat): malam masih ~ tetapi jalan raya telah mulai lengang; orang telah pulang ke rumah masing-masing sebab telah meng-habiskan wang di bulan ~; 5. tingkatan (kedudukan, pangkat, dll) yg kedua: laksamana ~; leftenan ~; menteri ~; raja ~ bakal raja; 6.yg terakhir atau baru (isteri): isteri ~; 7.kurang gelap atau tua (warna), agak pucat: merah ~; hijau ~;~ belia muda sekali; ~ hati = ~ fikiran (orang tua) yg tingkah lakunya spt orang muda; ~jelita orang yg muda lagi jelita (gadis); ~mentah bp sangat muda; ~-mudi; a) golonganorang muda; b) Id tarian antara laki-laki dan perempuan yg moden (bukan dansa); ~ re-maja muda yg sudah hampir akan baligh; ~ terala orang muda yg berpangkat tinggi; main ~ berseronok (bersuka-sukaan) dgn perempuan; bermuda Mn bermain muda, bermukah, berzina; ~ diri selalu benar berkahwin; bermuda-muda Mn berkelakuan spt orang muda; memudakan membuat (menjadikan dll) muda, menganggap muda: selesai ~ wajah, sibuk pula dia memilih tali leher; mempermuda menjadikan lebih muda: tentu sekarang ia berkurang akan ~ kulitnya; kemudaan perihal muda, keadaan (masih) muda: menurutkan nafsu ~nya; kerana ~ usia, maka para belia masih memerlukan bimbingan, nasihat, teguran serta tunjuk ajar drpd golongan yg lebih berumur; kemuda-mudaan bertingkah laku spt anakmuda;pemuda orang yg masih muda (lelaki), anak(lelaki) yg masih remaja. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
walaupun | biar(pun), kendati(pun), meski(pun): ~ sudah lewat tengah malam, ia akan pergi juga memanggil doktor; lau I. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
walau | 1. dan sekiranya, dan jika: ~ ke laut sekalipun, adinda akan ikut juga; 2. = walaupun biar(pun), kendati(pun), meski(pun): ~ sudah lewat tengah malam, ia akan pergi juga memanggil doktor; lau I. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lampau | 1. lalu, lepas, lewat: corak hidup orang Melayu pd zaman ~ berlainan sekali dgn keadaan orang Melayu sekarang; 2. lebih (drpd yg dijangka atau yg sepatutnya): jangan ~ berjaga malam nanti lemah badan; melampau terlalu sangat, berlebih-lebih (membuat sesuatu), melewati batas, keterlaluan: mereka menjual barang-barang kpd pelanggan mereka dgn harga yg ~; perubahan sikap ini ialah cara yg baik utk menjadi unsur ~ antara dua keadaan; melampau-lampau sangat (terlalu) melampau: permintaannya ~; melampaui 1. lalu di, melalui, melintasi: orang tua itu masih belum ~ persimpangan jalan; 2. melebihi (sesuatu peringkat dsb), melewati: usianya tidak ~ dua puluh lima tahun; pakar-pakar sains Islam telah memajukan botani dan zoologi jauh ~ keadaan yg telah ditinggalkan Dioskorides; ~ batas; 3. melebihi (had, ketentuan, dsb yg wajar), berlebih-lebihan, melanggar (tatatertib dll): tidak tahan hati melihat kekejaman dan keganasan yg ~ batas itu; 4. mengatasi (sesuatu kesukaran, kesulitan, dll); terlampau sangat berlebih-lebih, terlalu atau teramat sangat: kanak-kanak tidak harus dipenjarakan kecuali dia ~ jahat; maka terjumpalah sebatang kayu yg ~ besarnya; terlampaui sudah dilalui (tempat dll), telah melebihi: tengah malam sudah ~; musim kecil sudah ~ dan musim besar akan datang kira-kira tengah dua bulan lagi; keterlampauan perihal, sifat atau keadaan terlampau, keterlaluan; lampauan takat yg paling tinggi atau paling jauh: antara kedua-dua ~ ini mungkin ada kekecualian; kelampauan sudah terlambat atau terlewat, telah didahului (oleh orang lain), kelewatan; anak gadis itu sudah ~ a) adiknya berkahwin dahulu daripadanya; b) sudah agak lanjut umurnya; pelampauan perihal atau perbuatan melampau atau melampaui sesuatu: punca kesilapan seterusnya, menurut Ibnu Khaldun, ialah ~; pelampau orang yg melakukan sesuatu dgn berlebih-lebihan, orang yg mempunyai faham (kepercayaan) yg berlebih-lebihan: ancaman puak ~ telah meresahkan penduduk kota itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lalu I | 1. berjalan, melintas: semua kereta tidak boleh ~ di jalan itu; seorang laki-laki ~ di hadapan mereka; sekali ~ a) sekali gus; b) sambil-sambil; 2. boleh masuk, telus, lulus; 3. yg sudah lepas (berlaku, lewat, dll), selesai, telah dibuat: tiadalah kanda perbuat lagi spt yg telah ~ itu; baru tiga malam yg ~, seorang tauke telah disamun orang; 4. berdaya, sanggup, larat: santap pun tiada ~ ia pd malam itu melainkan keluh-kesah sahaja; aku hendak pergi pun tiada ~ oleh sakit badanku lagi; 5. langsung, lanjut; 6. terus, hingga ke, langsung ke: setelah datang ke Melaka maka disuruh baginda arak ~ ke balai; mereka berperahu ~ ke Melaka; 7. kemudian drpd itu, sesudah itu, segera: setelah makan minum mereka ~ meneruskan perjalanan ke selatan; 8. lewat, sudah lampau: kulihat orangnya telah ~ separuh umur; 9. tidak boleh ditebus kembali (barang gadaian dll); ~ akal boleh diterima akal, munasabah; ~ penjahit ~ kelindan prb kalau usaha yg pertama telah berhasil maka usaha yg berikutnya pun akan tercapai juga; berlalu 1. lepas (waktu dll), lampau, lewat: semuanya sudah tenang dan di luar ribut kencang telah ~; sudah sepuluh tahun ~ semenjak pernyataan di atas ditulis; 2. berjalan, berlepas: sekejap kemudian perempuan itu ~ meninggalkan warung makan itu; 3. ki pergi, meninggal (mati); melalui 1. mengikuti (jalan dll), melintasi, lalu di, menempuhi: beberapa orang gadis yg sedang ~ lorong itu terpaksa berhenti sejenak; 2. tidak mengikuti (ajaran, hukuman, perintah, dll), mengingkari: tiada kuasa patik sekalian ~ titah Yang Dipertuan; apalah titah tuanku patik sedia menjunjung, tiadalah ~ titah perintah sekali-kali; 3. dgn perantaraan, menerusi: rancangan Dewan Bahasa di udara sering kali disiarkan ~ radio; Ahmad telah memajukan tuntutannya ~ peguamnya; 4. melampaui, melangkaui, melangkahi: apa-apa yg kamu tidak faham tanyalah kpd guru, jangan dilalui sahaja; ketika saya berjalan itu ada ~ beberapa buah kedai orang menjual makanan; 5. dgn perjalanan (masa): sesetengah kes ini menjadi usang ~ masa; melalukan 1. membiarkan lalu (lantas, masuk, dll), memasukkan, meluluskan: dilalukannya cahaya hijau itu menembusi prisma; 2. menjalankan (cita-cita, apa yg hendak dibuat, dll), mengerjakan: ia selalu hendak ~ kehendaknya; 3. membawa atau membuat terus, meneruskan; terlalu 1. teramat sangat, terlampau: orang menyabung ~ ramai; seekor rusa jantan sedang tidur dgn ~ nyedarnya; 2. melampaui batas, berlebih-lebihan: pemujaannya yg ~ terhadap pemerintahan Inggeris; 3. (perbuatan dll) yg tidak disengajakan, terlangsung: perbuatan engkau yg sudah ~ itu diampunkan, yg kemudian jangan dibuat lagi; keterlaluan 1. hal yg berlebih-lebihan, keadaan yg melampau, hal atau perbuatan yg melampaui batas (tatatertib dll): rakan sekerja Darwisah juga sudah meluat melihat ~ itu; 2. teramat sangat, terlalu, berlebih-lebihan, melampaui batas: tindakan ~; laluan 1. jalan yg dilalui, jalan yg menjadi landasan atau tempat pergerakan pergi balikorang atau pengangkutan: penduduk kawasan setinggan sepanjang ~ pengangkutan rel laju tidak perlu bimbang bahawa mereka akan dipindahkan; 2. pergerakan (peralihan dsb) maju ke tahap lain: kemenangan ini menjadikan ~ mudah bagi pemain-pemain Malaysia seterusnya; kelaluan 1. (yg) telah lepas, telah lalu; 2.Mn cita-cita, hajat, tujuan; berkelaluan Mn berpanjangan, sentiasa. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tengah | 1. tempat (titik dll) yg letaknya di antara dua tepi (batas, benda, dll), bahagian di antara hujung dgn pangkal, lwn tepi (hujung): ia berdiri di ~ bukan di tepi; di ~ jalan mereka itu berdiri pula sejurus sambil melayangkan mata ke sana ke mari; 2. seperdua dr, separuh: hingar bingar itu terus-menerus hingga ke ~ malam; ~ dua satu satu perdua; ~ dua puluh lima belas; 3. di dalam, di antara (masyarakat dll), di kalangan: ia lebih suka bekerja diam-diam dan tidak suka mencari nama di ~-~ orang ramai; 4. dalam: ikan haruan di ~ sawah dan kuang di ~ rimba tidak selalu galak; 5. (anak dll) di antara yg sulung dan yg bongsu: yg tua laki-laki Baginda Mani Parindan dan yg ~ Raja Akar Muluk Syah namanya; 6. sedang (melakukan se-suatu), dlm pd itu, pd waktu (ketika) itu: Sultan Mahmud pun ~ santap; ~ berat sedang sarat (orang mengandung); ~ hari lebih kurang pukul 12 siang; ~ harungan di tengah laut; ~ malam lebih kurang pukul 12 malam; ~ naik a) matahari mulai tinggi (lebih kurang pukul 9 pagi); b) sudah mulai besar (anak yg berumur lebih kurang 15 tahun); ~ rumah = ~ ruang bahagian rumah yg di dalam; ~ tapak bayang ketika matahari tepat di atas kepala; ~ tubuh separuh umur; ~ turun lebih kurang pukul tiga petang; ke tengah 1. menuju (menghala, mengarah) tengah; 2. ki ke pengetahuan orang ramai, ke khalayak ramai: tidak apa-apa pun keterangan yg boleh dibawa ~; (boleh) dibawa ~ a) boleh diadukan; b) boleh didengar (dilihat dll); (boleh) ~ ke tepi ki dapat menyesuaikan diri; mengetengahi menjadi perantara dlm per-selisihan dll, mendamaikan (orang yg berban-tah, bertengkar, dll), mencampuri (perbualan orang dll); mengetengahkan 1. membawa ke tengah: ~ perahu; 2. memberitahu kpd, mengemukakan (usul, cadangan, dll), mengutarakan, memajukan: terasa mahu hendak ~ perkara itu; 3. menampilkan ke muka, menonjolkan, mengemukakan: beliau sebenarnya seorang pengarah yg boleh diketengahkan; 4. me-ngadukan kpd (hakim, pengadil, dll); setengah 1. separuh, seperdua: luasnya tanah itu ~ ekar; bekerja ~ hari; 2. tidak sempurna, tidak sepenuh-penuhnya, tidak ... betul; 3. bp kurang waras fikirannya (otak-nya, akalnya), agak gila: bercakap merepek-repek tidak tentu hala spt percakapan orang ~; 4. setengah-setengah; ~ hati tidak dgn sungguh-sungguh hati; ~ masak a) belum masak betul (tentang buah-buahan dll); b) ki orang yg tidak mempunyai pengetahuan yg cukup atau luas; ~ mati hampir akan mati; ~ mengerti tidak mengerti betul-betul; ~ rasmi tidak rasmi benar; ~ tiang ki agak gila; ~ umur (baya, tua) kira-kira berumur 3540 tahun; setengah-setengah 1. beberapa (orang dll), sebilangan (sebahagian) daripadanya, sese-tengah: sesudah sembahyang maghrib ~ orang berangkat pulang, ~ pula duduk berzikir; dlm bahasa Melayu vokal di akhir ~ kata dan kata pinjaman dibunyikan sbg a tetapi yg lain sbg e pepet; 2. tidak dikerjakan (diselesaikan) dgn sempurna, kepalang, kepalang tanggung, tanggung-tanggung: kalau bekerja hendaklah betul-betul jangan ~; sesetengah beberapa (orang dll), sebilangan (sebahagian) daripadanya, setengah-setengah; bertengah sl naik dll setengah (gunung dll): baru kira-kira ~ gunung itu, maka tidaklah ternaiki lagi oleh segala mereka; menengah 1. menuju (menghala) ke tengah, pergi ke tengah: dr pinggir ia ~; 2. yg di tengah-tengah, sedang (tidak besar dan tidak kecil); anak ~ anak yg di tengah-tengah (ada kakak dan adiknya); pegawai ~ pegawai yg pangkatnya antara pegawai tinggi dgn pegawai rendah; sekolah ~ sekolah yg peringkatnya antara institusi pengajian tinggi (spt universiti dsb) dan sekolah rendah; ~ tulang bumbungan (punggung) prb Mn mahal tidak murah pun tidak (harga); menengahi mengantarai (mendamaikan, me-leraikan) perselisihan dll, mengetengahi: ia datang ~ pertengkaran itu; tengahan = wang ~ Id setengah rupiah (suku); pertengahan 1. tempat (titik waktu dll) yg di tengah-tengah atau kira-kira di tengah-tengah: maka pd ~ jalan itu, bertemulah ia dgn suatu sungai; pd ~ tahun tujuh puluhan pd tahun 1975 (mungkin juga pd lewat tahun 1974 atau awal tahun 1976); 2. setengah atau separuh (melakukan sesuatu): hatta sedang ~ bendahara makan, Raja Kedah pun datang; 3. bp sedang: dia ~ makan sekarang; 4. tidak berapa tinggi dan tidak rendah dll, sedang, sederhana: bukit itu ~, tidak terlalu tinggi, tidak terlalu rendah; 5. sama banyak, rata-rata; penengah 1. yg terletak di tengah-tengah; 2. perantara, pelerai, pendamai (dlm perselisihan dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lepas | 1. tidak terikat lagi, tidak mempunyai pertalian (perhubungan, sangkut paut) lagi, bebas: apa bicara Bendahara kerana segala rantau barat ~lah drpd kita; ia tidak ~ drpd memikirkan kekasihnya; 2. lari atau bebas (drpd kurungan, penjara, tahanan, dsb), lucut (drpd ikatan dll): ia meronta-ronta dan menghempas-hempas tetapi tidak juga ~; ki bebas (drpd sesuatu yg menyulitkan, menyekat atau membatasi dsb): mereka tidak ~ drpd menghadapi pancaroba kehidupan; tertinggal di belakang (tempat dll), telah lalu atau lewat (tempat, hari, dll): setelah sampai ke kuala ~ alangan maka belayarlah ia; semenjak minggu yg ~ ia telah membawa suatu perubahan baru kpd diri gadis itu; 5. (se)sudah, setelah selesai atau habis: ~ sembahyang zuhur, boleh kita berjalan-jalan; ada selangnya sebulan ~ menabalkan anakanda baginda itu, maka baginda pun geringlah terlalu sangat; 6. bp lahir (bayi): hingga sampailah tujuh hari tujuh malam tidak juga ~ budak; 7. Pr, bp ada juga, boleh (juga), cukup juga (makanan, belanja, dll): belanja anak-beranak utk bulan ini ~lah; ~ angin sia-sia sahaja; ~ ayam (burung, unggas) a) bebas sungguh, boleh melakukan sesuka hati; b) telah dimerdekakan (hamba abdi dll); ~ bebas bebas benar-benar; ~ diri a) tidak melibatkan diri dlm sesuatu hal; b) tidak mahu bertanggungjawab atau mengambil tahu mengenai sesuatu hal; ~ idah sesudah waktu idah; ~ ijazah selepas memperoleh ijazah sarjana muda (bkn pengajian, penyelidikan dsb): kursus ~ ijazah; ~ laku bebas melakukan sesuatu dgn tidak segan-segan lagi; ~ lelas bebas sama sekali; ~ malu sudah dikhatankan (anak lelaki); ~ nafas menghembuskan nafas keluar perlahan-lahan; ~ pantang masa sesudah waktu pantang; ~ puasa setelah selesai berpuasa; ~ sekolah sesudah bersekolah; ~ tangan a) tidak berpegang (pd kemudi, selusur, dll); b) tidak masuk campur dlm sesuatu hal; c) tidak ada tambahan lain (di luar gaji atau upah), upah (gaji) semata-mata; ~ ungu pancaran cahaya yg tidak nampak dlm spektrum (selepas pancaran cahaya ungu); selepas sesudah, setelah sudah, setelah selesai: tiada berapa lama ~ bersalin, si Helang Bakau dan suaminya serta pengikutnya pergi memukat; selepas-lepas sehabis-habis (jauh, kuat, dll), sejauh-jauh, sekuat-kuat: ~ seluang melaut; ~ tupai melompat; berlepas 1. tidak terikat lagi, tidak bersangkut paut lagi; 2. pergi, berangkat: aku menaiki kereta sewa dan ~ ke Dungun; 3. sl menyelamatkan, membebaskan: maka segala orang Kujai pun masuklah beramuk dgn orang Campa, setengah ~ anak bini setengah melawan; 4. = ~ diri mengasingkan diri, tidak melibatkan diri: kalau awak terkena satusatu hal kelak, saya akan ~ diri kerana saya tidak sanggup mendukung biawak hidup; ~ hati berpuas hati; ~ lelah berhenti seketika utk menghilangkan lelah; ~ tangan a) tidak berpegang pd selusur dll; b) tidak ambil peduli; melepas 1. bp hampa (kerana tidak tercapai maksud), kecewa (kerana tidak sampai hajat): kalau orang lain pergi dahulu tentulah habis dipapasnya, kita ~ sahaja; 2. Pn berbohong, tidak bercakap betul, berdalih; 3. bp mengeluarkan angin melalui pelepasan, kentut; 4. bp buang air besar; melepasi 1. menebus atau membayar (niat, hutang, dll); ~ hutang membayar (melunaskan) hutang; ~ malu Mn menebus malu (mengahwinkan anak kemanakan); 2. mencukupi, memadai, berpadan dgn: sedang upah sawah itu kadang-kadang sama dgn kehasilan yg diperdapat, bahkan kadang-kadang rugi, dan kadang-kadang tidak ~ belanja; melepaskan 1. membiarkan lepas, membebaskan (drpd kurungan, penjara, dll), menjadikan tidak terikat lagi: ia ~ budak itu drpd pegangannya; 2. menghilangkan (letih, jerih, dll): ia berbaring-baring ~ jerihnya; mereka terus masuk ke kedai makan yg berhampiran utk ~ dahaga; 3. tidak menyekat-nyekat, membiarkan keluar (perasaan dll): racun kulat tersebut ~ hidrogen disulfida; serdadu itu pun ~ suatu penumbuk ke pangkal telinganya; Datuk Ujang menyedut cerutnya lama-lama kemudian ~ asapnya; dia ~ senyuman kpd Noor Hamidah; 4. tidak menghalang, membenarkan atau mengizinkan (pergi, berangkat, dsb), merelakan: dia ~ anaknya pergi dgn hati yg rela; 5. menceraikan (isteri): kalau Sharifah Aini dilepaskannya mungkin anak-anak muda itu berjaya mengetuk pintu hatinya; 6. memberikan (sesuatu yg dipegang atau disandang kpd seseorang lain), menyerahkan (dgn kehendak sendiri): Perdana Menteri mungkin akan ~ jawatan Menteri Hal Ehwal Luar kpd seorang menteri lain; 7. menguraikan (rambut dsb), tidak mengikat dsb: saya gemar ~ rambut saya menggerbang tetapi biar kelihatan sedikit ikal; 8. menghantar (orang belayar, berangkat, berjalan, dll): dia sendiri pergi ke stesen utk ~ anaknya berangkat; ~ mayat ke kubur; 9. membuang, memecat, memberhentikan: dlm zaman meleset, banyak pekerja yg dilepaskan; ~ angan-angan mengerjakan segala sesuatu yg diingini; ~ cinta kasihnya (rindunya, isi hatinya) kpd mencurahkan cinta kasihnya kpd; ~ dendam a) membalas dendam; b) menghilangkan perasaan rindu (dendam ) pd seseorang; ~ diri melarikan diri, membebaskan diri; ~ hati memuaskan hati; ~ jiwa (nyawa) a) menyelamatkan drpd bahaya maut; b) = ~ nafas yg akhir mati; ~ kritikan (kecaman, serangan, tuduhan, dll) melancarkan kritikan, (kecaman dll); ~ layang-layang menaikkan layang-layang; ~ malu mengkhatankan; ~ marah (nafsu, kehendak) tidak menahan marahnya (nafsunya, kehendaknya); ~ niat (nazar, kaul) membayar atau menunaikan niat (nazar, kaul); ~ niatnya (harapannya, maksudnya, tuntutannya, dll) membuang atau meninggalkan niatnya (harapannya, maksudnya, dll); ~ panah membiarkan anak panah lepas drpd busurnya; ~ pandangan memandang; ~ tembakan (meriam) menembak, memasang; ~ tinju (pukulan, tikaman, dll) meninju (memukul, menikam, dll); ~ untung masing-masing menyelamatkan diri masing-masing; memperlepas membiarkan lepas, tidak menghalangi; memperlepaskan sl menjadikan lepas, menyelamatkan: perlepaskan harta Yang Dipertuan dlm istana itu; bawa juga kita dgn anak isteri kita, perlepaskan oleh kamu ke rumah Bendahara; terlepas 1. telah lepas atau dilepaskan: Mawi berfikir tentang perkataannya yg ~ itu; tangannya yg berpaut pd baju Badri itu ~ ke bawah; 2. tidak ditimpa (dilanda dsb) sesuatu, bebas (drpd sesuatu yg tidak baik): beliau ~ drpd kelemahan dlm menghujahkan aspek-aspek estetika dlm karya sastera; ~ drpd tetek bengek kebencian; 3. bp, ki terlewat, melebihi (umur dll); ~ cakap mengatakan sesuatu dgn tidak sengaja; ~ perhatian tidak memberi perhatian kpd sesuatu hal dsb dgn tidak sengaja; lepasan orang yg tamat drpd sekolah (maktab, universiti, dll), yg telah dilepaskan, tamatan: ~ Universiti Malaya; ~ askar bekas askar; kelepasan 1. perihal lepas (bebas), kebebasan; 2. waktu rehat (sekolah dll), cuti, libur: kurang pukul satu loceng ~ dibunyikan; pd hari ~ begini, saya selalu pergi memancing; 3. kehilangan: anjing ~ daging; perlepasan perihal berlepas; pelepasan 1. perihal melepaskan: maka juara pun memadan ayamlah lalu dilepaskan dgn yg dipadan itu dua tiga ~ juga, Raja Chulan tiada menang; 2. pembuangan, pemecatan; 3. Mn dubur: lubang ~; 4. perihal dikecualikan drpd sesuatu (spt membayar cukai dsb): ~ cukai pendapatan; 5. jalan keluar utk lari atau bebas drpd sesuatu: tidak mungkin Amir Hamzah, melalui karyanya, mencari ~ drpd realiti yg menekan keinginan dan kehidupannya; pelepas 1. orang yg melepaskan pelumba-pelumba dlm perlumbaan (berlari, berenang, dsb); 2. benda yg digunakan utk melepaskan sesuatu: hal-hal yg beginilah yg harus dikemukakan oleh sajak, sesuai dgn tugasnya sbg ~ ketegangan perasaan; 3. = ~ wang orang yg membungakan wang (dgn memberi pinjaman, menyimpan di bank, dsb); 4. (wang, makanan, dll) yg diberikan kpd orang-orang yg hendak berjalan atau belayar. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Kata |
Takrif |
Sumber |
supper | n an informal evening meal, makan lewat malam: ~ is usually earlier in boarding schools, makan lewat malam selalunya diberikan awal sedikit di sekolah-sekolah berasrama penuh; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
sup | ~ on, makan [sst] sbg makanan lewat malam: we ~ped on pizza and fruit salad, kami makan piza dan salad buah-buahan sbg makanan lewat malam. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
supper | were having sandwiches for ~ tonight, kami makan sandwic utk makan lewat malam hari ini. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
spare ribs | n tulang rusuk babi: we barbecued ~ for supper last night, kami memasak tulang rusuk babi secara barbeku utk makan lewat malam semalam. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
dopey | adj 1. (colloq) groggy, mamai: hes feeling ~ because he slept late last night, dia berasa mamai krn tidur lewat malam tadi; 2. (sl) bodoh. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
shadow | wear to a ~, menjadi tdk berdaya: he wore himself to a ~ by working late and not having enough rest, dia menjadi tdk berdaya akibat bekerja sehingga lewat malam dan tdk berehat dgn secukupnya; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
deep | ~ down (in sos heart), jauh di lubuk hati sso; ~ into the night, hingga /jauh, larut, lewat/ malam: to read ~ into the night, membaca hingga jauh malam; /be, become, run, go/ ~, a. dalam: the river runs ~, sungai itu dalam; b. (fig.) mendalam: the feeling goes ~, perasaan itu mendalam; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
viewing | n 1. act of watching television, menonton: the programme makes good ~, rancangan itu memang baik ditonton; 2. television programmes collectively, rancangan televisyen: late night ~, rancangan televisyen larut malam; 3. act of seeing, watching, tontonan: a programme suitable for late-night ~, rancangan yg sesuai utk tontonan lewat malam. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
past | prep 1. beyond a. (time) lepas, lewat: it was ~ midnight when we left, semasa kami bertolak sudah lepas pukul dua belas tengah malam or hari sudah lewat tengah malam; it must be ~ four by now, sudah tentu lepas pukul empat sekarang; b. (hour), [not translated]: its half ~ six, sudah pukul enam setengah; 10 minutes etc ~ the hour, 10 minit dll selepas setiap jam: the trains run at 20 minutes ~ the hour, kereta api itu bertolak 20 minit selepas setiap jam; c. (age) lebih, lewat: he must be ~ 60, yet he still plays tennis, usianya tentu lebih 60 tahun, tetapi dia masih bermain tenis or usianya tentu lewat 60 tahun, tetapi dia masih bermain tenis; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
late | adj 1. happening, coming after the usual or expected time, lewat, lambat: he was ~ for work today, dia lambat datang kerja hari ini; the train was ~, kereta api itu lewat; the durians are ~ this year, musim durian lewat tahun ini; we often have ~ dinners, kami selalu makan malam lewat; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
savoury supper | makan lewat malam pedas | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Tiada |
supper | makan lewat malam | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Hidangan makanan yang dinikmati selepas 9.30 malam seperti mi, ayam madu dan makanan segera yang lain. |
late night shif | syif lewat malam | Pentadbiran | Tiada | Syif pekerja yang bermula dari jam 12.00 malam hingga 8.00 pagi esoknya. |
transition time | masa peralihan | Komunikasi | Korporat | Pertukaran waktu siaran dalam media elektronik khususnya di radio berdasarkan kelompok masa siaran dalam sehari. Kelompok masa ialah pembahagian masa siaran mengikut aktiviti khalayak dalam sesuatu budaya. Contohnya, masa peralihan di Malaysia, bermula pada pukul 6.00 pagi hingga 9.00 pagi dianggap sebagai masa siaran pagi, pukul 9.00 pagi hingga 11.00 pagi ialah masa siaran lewat pagi, pukul 11.00 pagi hingga 2.00 petang ialah masa siaran tengah hari, pukul 2.00 petang hingga 4.00 petang ialah masa siaran awal petang, pukul 4.00 petang hingga 7.00 malam ialah masa siaran petang, pukul 7.00 malam hingga 9.00 malam ialah masa lewat petang atau malam, pukul 9.00 malam hingga 12.00 tengah malam ialah masa siaran malam, pukul 12.00 tengah malam hingga 3.00 pagi ialah masa lewat malam, dan pukul 3.00 pagi hingga 6.00 pagi ialah masa awal pagi. Pembahagian masa peralihan ini ditentukan berdasarkan aktiviti khalayak di sesebuah negara. Tempoh siaran dari pukul 6.00 pagi hingga 9.00 pagi dianggap sebagai masa perdana |
harvest moon | bulan panen/bulan tuai | Matematik | Tiada | Bulan penuh yang berlaku paling hampir dengan ekuinoks musim luruh, 23 September. Secara purata, bulan naik kira-kira 501/2 minit lewat daripada malam yang sebelumnya. Bulan penuh naik pada waktu matahari terbenam. |
daily rhythm | ritma harian | Perikanan | Tiada | Putaran harian siang dan malam yang mempengaruhi tabiat makan ikan. Masa memancing biasanya disesuaikan dengan ritma harian ikan. Kebanyakan ikan mempunyai tabiat mencari makan pada awal pagi atau lewat petang dan tempoh ini adalah masa yang terbaik untuk memancing. |
Kata |
Takrif |
Bahasa |
Tema |
andau II; ngandau | bangun lewat; kesiangan: aku ~ laban laun tindok di malam saya kesiangan kerana tidur lambat malam tadi. | Iban | |
Bahasa Suku Kaum |
Takrif |
Contoh Ayat |
Rujukan |
Sumber |
ngayap Ib | pergi ke tempat tidur perempuan pada sebelah malam untuk berkenalan secara lebih dekat. | Setelah makan, Jambi dan Buat Keling lalu keluar ke ruai. Hari pun malam. Lewat malam itu, apabila semua orang sudah tidur, Buat Keling lalu pergi ngayap adik Jambi dan terus tidur bersamanya. | Jubang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
Kamus Parsi.indb emperāṭūrī( ىروطارپما )emrūz( زورما )emsāl( لاسما )emshab( بشما )omlet( تلما )amniyyat( ت ّ ينما )omīd( ديما tetapi sekarang mengabjadkan elektrik papan Allah tetapi imam maharaja empayar hari ini tahun ini malam ini telur dadar keselamatan, keamanan harapan however now to alphabetize electricity plank God but imam emperor empire today this year tonight omelette security hope ديما دنچره ،هچرگا Kamus Parsi.indb مهد )dah hezār( رازه هد )diyāfrāgm( مگارفايد )dīdār( راديد )dīdan( نديد )dīr( ريد )dīrūz( زوريد )dīkte( هتکيد )dīn( نيد )dīv( ويد )dīvār( راويد kesepuluh sepuluh ribu diafragma lawatan, ziarah lihat lewat kelmarin pengimlakan, rencana agama syaitan, hantu dinding, tembok tenth ten thousand diaphragm visit to see late yesterday dictation religion devil wall راويد مهد Kamus Parsi.indb 69 5/18/11
|
Kamus Sains.indb 66º32ʼ S (biasanya diambil sebagai 66.5ºS). Kawasan di sepan- jang garis ini mengalami siang selama 24 jam pada hari solstis musim panas (kira-kira pada 22 Disember), dan mengalami malam selama 24 jam pada hari solstis musim sejuk (kira-kira pada 21 Jun). (METEO) antarctic circumpolar current (arus lingkar kutub antartik) Arus lautan deras yang membawa isi padu air yang organ atau sebahagiannya yang melengkung ke hadapan sama ada dalam keadaan normal atau tidak normal. (UBAT) antegrade (antegred) Lihat anterograde. (UBAT) antemeridian (antemeridian) Waktu di antara pukul 12:00 tengah malam sehingga 12:00 tengah hari. Sing- katan a.m. Banding post meridian. (MAT) antemortem (antemortem) Berkaitan dengan sesuatu yang dilakukan sebelum mati. Banding postmortem. (UBAT) antenatal (antenatal) Berkaitan dengan sesuatu
|
Kamus Thai 2.indb terminal bas sehingga bas yang dinaiki emaknya bertolak. จนกระทั่ ง [-krataˆ ] ส ั น sehingga, sampai: บรรดาคนงานจะต ้ องทำงานจนกระทั่ ง เที่ ยงคืน Para pekerja harus beker ja sampai tengah malam. = จนถึง จนกว ่ า [-kwa:] สัน sampai, sehingga: ตำรวจจะคอยคนงานชาวกัมพูชาจนกว ่ าเขาจะมา รายงานตัวที่ สถานีตำรวจ Polis akan me nunggu pekerja Kampuchea sehing ga mereka datang melaporkan diri di balai polis. จนถึง [-t di:] ว baik hati ใจเด็ด [-det] ว berani ใจเดียว [-dia:w] ว setia, tulus ใจแตก [-tε:k] ว (ชาย) bohjan, (หญิง) bohsia: หลังเที่ ยงคืนสวนสาธารณะนี้ เต็มไป ด ้ วยสาวใจแตก Selepas tengah malam, taman ini dipenuhi oleh gadis bohsia. ใจถึง [-t] ว berani ใจน ้ อย [-n:y] ว perasa, sensitif ใจบุญ [-bun] ว pemurah: เขาเป็นที่ รู ้ จัก ในฐานะเศรษฐีผู ้ ใจบุญเพราะบริจาคเงินให ้
|
Kamus Thai 2.indb น sarang burung รั้ง [ra] ก menahan: ไม ่ มีใครสามารถรั ้ ง เขาไม ่ ให ้ ออกจากบ ้ านในเวลากลางคืนได ้ Tiada siapa pun yang dapat menahannya daripada keluar pada waktu malam. รังเกียจ [rakiat] ก membenci, benci akan: คนรวยคนนั้ นรังเกียจคนจน Orang kaya itu membenci orang miskin. รังแก [rakε:] ก menganiayai: เธออย ่ า รังแกสัตว ์ Jangan kamu menganiayai bi- natang. รังควาน [rakwa น raja perempuan, permaisuri ราด [ra:t] ก menyiram: หมอราดศีรษะ ลูกของฉันด ้ วยน ้ ำดอกมะลิ Bomoh itu me- nyiram kepala anak saya dengan air bunga melur. ราตรี [ra:tri:] น malam: ราตรีสวัสดิ์ Se- lamat malam. ราน [ra:n] ก mencantas: ลุงทองรานกิ่ งชบา ด ้ วยพร ้ า Pak Cik Thong mencantas ran ting pokok bunga raya dengan parang. ร ่ าน |
Kamus Thai 2.indb 11:02:56 AM ก 4 น ั กรบเหล ่ าน ั ้นจะกบดานในเวลากลางว ั นและจะ ปรากฏต ั วในเวลากลางคืน Pejuang-pejuang itu bersembunyi pada waktu siang dan akan muncul pada waktu malam. กบาล [kaba:n] น kepala = กระบาล ก ้ ม [kom] ก membongkok: คุณแม ่ ก ้ มลง หยิบผ ้ าคลุมศ ี รษะที่ ตกลงบนพื้ น Ibu mem- bongkok untuk mengambil kain น asid karbonik กรดน ้ ำส ้ ม [-namsom] น asid asetik กรน [kron] ก berdengkur: เมื่ อคืนฉ ั น นอนไม ่ ค ่ อยหล ั บเพราะเพื่ อนฉ ั นนอนกรน Malam tadi saya tidak dapat tidur kerana kawan saya berdengkur. กรม [krom] น jabatan: กรมอุตุนิยมวิทยา ได ้ พยากรณ ์ ว ่ าเย็นนี้ ฝนจะตก Jabatan Kaji Cuaca telah meramalkan hujan akan
|
|
Tesaurus |
---|
| lewat | 1. Dalam konteks usia bersinonim dengan lanjut, lebih, larut, (adjektif:)
2. Bersinonim dengan melampaui waktunya ( lambat, lat, sayup, kasip, ) (adverba:) Berantonim dengan awal
| Kata Terbitan : selewat-lewatnya, melewati, melewatkan, terlewat, kelewatan, |
|
|