Kata |
Takrif |
Sumber |
kepanjangan | 1. perihal panjang (lama dll), kelanjutan: kata pengantar yg ditulisnya itu memang panjang, satu ~ yg disengajakan; 2. terlalu panjang: nampak seolah-olah kaki dan lengannya ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mora | (Lin) unit terkecil utk mengukur kuantiti atau kepanjangan dlm sistem prosodi, biasanya lebih pendek drpd satu suku kata. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kata tetap(fixed word) | Kata komputer yang mesti mempunyai kepanjangan tertentu sebelum dilayan oleh sistem. | Kamus Komputer |
mikropemproses(microprocessor) | Unit pemproses utama dalam bentuk satu atau sekumpulan cip litar bersepadu separuh pengalir. Pada aras paling minimum, mikropemproses mengandungi satu unit aritmetik dan logik dan satu unit pengawal. Mikropemproses dikelaskan mengikut kelajuan, kepanjangan kata kendalian, seni bina dan set suruhannya. | Kamus Komputer |
panjang I | 1. lwn pendek: tali itu ~; penselnya masih ~ lagi; 2. lwn lebar, bujur: mukanya ~; 3. tinggi: badannya ~ lampai; 4. berlarut-larut, luas: cerita yg ~; berfikir ~; 5. lama: ~ umurnya; 6. jarak dr hujung ke hujung (di antara dua tempat), lwn lebar: ~ sebuah bilik tiga meter lebih drpd lebarnya; 7. jarak masa, lama: ~ waktu siang di khatulistiwa sentiasa selama 12 jam; ~ akal (ingatan, kira-kira) tidak sempit (pendek) akal, boleh berfikir baik-baik; ~ bulat panjang dan bulat (spt buluh), bulat torak; ~ ekor berani berbuat jahat (melanggar peraturan); ~ gelombang (Fiz) jarak di antara dua puncak gelombang yg bersebelahan; ~ ikatan (Kim) jarak di antara dua nukleus atom yg terikat bersama dlm satu sebatian; ~ lampai kecil tinggi (badan); ~ lanjut (lebar) dgn butir dan keterangan yg banyak; ~ lidah (mulut, muncung) suka mengadu atau menyampai-nyampaikan cakap orang, suka menceritakan hal orang; ~ nafas tidak pendek nafas, boleh berlari jauh; ~ pendek panjang atau pendek; ~ tangan suka mencuri; ~ tangkai Mn hujan; ~ umur (usia) lama hidup; ~ langkah singkat pinta (permintaan) prb sudah sampai ajal, meninggal dunia; ditindih yg berat dililit yg ~ prb kemalangan yg tidak dapat dielakkan; hendak ~ terlalu parah prb hendak meninggikan diri sangat, akhirnya jatuh; kalau ~ beri beruas, kalau pendek beri berbuku prb sebelum berbuat sesuatu tentukan aturan-aturannya supaya tidak kacau; mendapat ~ hidung prb mendapat malu; sama ~ dgn urat perut (belikat) prb terlalu bohong; sudah ~ langkahnya prb sudah meninggal; sepanjang 1. sejauh, mengikut panjang: matanya menyelusur ke ~ tembok itu; ia pun menyuruh membuat kubu ~ sungai itu; 2. segenap waktu, selama, seluruh: ~ perjalanan itu mereka terus berbual-bual; ia memandang muka kawannya yg ~ masa tunduk sahaja; ~ tahun selama setahun penuh; 3. mengikut, pada: ~ pengetahuan saya, penyakit ini tiada namanya dlm bahasa Melayu; ~ yg ketahui oleh mereka; berpanjang; ~ kalam menceritakan dgn lanjut (panjang lebar); ~ madah bercakap banyak-banyak; berpanjang-panjang bercakap dgn panjang lebar: janganlah saudara ~ kerana kita sudah tidak ada masa lagi; berpanjangan, berpanjang-panjangan berlanjut-lanjut, berlanjutan, tidak berkeputusan, berterus-terusan: inginkah saudara soal ini diusut berpanjang-panjangan; kemesraan yg ~; memanjang 1. menjadi panjang (lanjut): spring itu ~; tepuk tangan yg ~; 2. mengikut panjang, membujur: potong sekeping kain ikut tepi atau ~; 3. terletak dll mengikut panjang, tidak melintang: di ampaian di tepi beranda yg ~ bangunan itu bergantungan pakaian kerja; memanjangkan 1. menjadikan panjang, melanjutkan, meneruskan: dan Tuk Hassan Temenggung yg pertama melabuhkan baju Melayu, dan membesarkan pangkal lengan, dan ~ tangan baju; aku bersyukur kpd Tuhan yg telah ~ umurku; keadaan ini akan menyebabkan pemulihan ekonomi tidak dapat dikekalkan serta ~ kemelesetan yg sedang berlaku; 2. menyampaikan: segala keputusan yg dibuat akan dipanjangkan kpd kerajaan; memperpanjang menjadikan lebih panjang: jalan-jalan raya akan dibina, diperpanjang, dan diperlebar dlm kawasan-kawasan yg berpenduduk padat; panjangan lanjutan; kepanjangan 1. perihal panjang (lama dll), kelanjutan: kata pengantar yg ditulisnya itu memang panjang, satu ~ yg disengajakan; 2. terlalu panjang: nampak seolah-olah kaki dan lengannya ~; berkepanjangan berpanjang-panjangan, berpanjangan: abang memohon doa yg ~ drpd engkau; zaman yg ~; pemanjangan perihal atau perbuatan memanjang(kan): Hukum Hooke menyatakan bahawa ~ dawai atau spring itu adalah berkadar dgn beban pd dawai-dawai atau spring itu; pemanjang sesuatu yg memanjangkan: huruf ~ bunyi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
coefficient, contraction | koefisien kisut | Hidrologi | Tiada | (1) Nisbah kepanjangan, keluasan keratan, atau isi padu yang dikurangkan terhadap kepanjangan, keluasan keratan, atau isi padu asal. (2) Dalam hidrometri, nisbah keluasan keratan rentas basah normal keratan jepit terhadap keluasan keratan rentas nominal orifis atau mulut empang. |
prolongation | kepanjangan | Sains Kesihatan | Tiada | Pemanjangan bunyi oleh individu yang gagap, seperti j... enis dan k ... ayu. |
season | musim; mengering (kayu) | Geografi | Tiada | Musim: Tempoh masa biasanya berdasarkan kepanjangan dan keamatan sinaran suria. |
bamboo internode | ruas buluh | Buluh | Tiada | Bahagian batang yang terletak di antara dua buku. Kepanjangan ruas buluh berbeza-beza mengikut spesies. Contoh buluh yang mempunyai ruas panjang ialah buluh nipis (Schizostachyum zollingeri). |
Mayaca sp. | Mayaca sp. | Perikanan | Akuakultur | Tumbuh-tumbuhan herba dalam kategori tumbuhan timbul. Mayaca sp. mempunyai batang yang rapuh dengan ketebalan 0.1 cm. Tumbuh-tumbuhan ini berdaun nipis dan bersusun secara berselang seli. Daun yang berada di dalam air berwarna hijau kekuningan dengan kepanjangan 0.8 1.2 cm dan selebar 0.1 cm. Antara jenis Mayaca sp. ialah Mayaca fluviatilis dan Mayaca sellowiana. |
isobath | isobat | Sains Marin | Tiada | Garisan pada graf, plot atau peta yang menghubungkan tempat yang mempunyai kedalaman yang sama. Isobat menunjukkan kedalaman laut, iaitu garisan pada peta lautan yang bersambung dengan titik-titik pada kedalaman yang sama. Garisan ini penting terutamanya dalam mengendalikan aktiviti perikanan yang menggunakan pukat tunda, rawai atau bubu. Contohnya, semasa pengendalian pukat tunda, garisan ini menentukan kepanjangan tali tunda yang diperlukan. |
Kata |
Takrif |
Kata Terbitan |
Takrif Kata Terbitan |
Peribahasa |
Takrif Peribahasa |
Terjemah Peribahasa |
Tema |
Bahasa Suku Kaum |
riwa' | pendek (merujuk kepada kepanjangan sesuatu) | - | - | - | - | - | - | Murut |
Kamus Parsi.indb gold golden to rise skipping rope parrot ط Kamus Parsi.indb 95 5/18/11 9:02 AM 96 )ṭūfān( نافوط )ṭūl( لوط )ṭūlānī, derāz( زارد ،ىنالوط ribut, taufan panjang (kepanjangan) panjang storm length long زارد ،ىنالوط نافوط Kamus Parsi.indb 96 5/18/11 9:02 AM 97 )ẓālem( ملاظ )ẓāher( رهاظ )ẓarf( فرظ )ẓafar( رف َ ـظ )ẓolm( ملظ
|
Kamus Sains.indb radar (radar pengesan awan) Jenis radar cuaca yang direka bentuk khas untuk mengesan awan (bukan ker- pasan). Radar ini menggunakan frekuensi radio hampir 30 000 megakitaran/ saat yang bersepadanan dengan kepanjangan gelombang sekitar 1 cm (jalur K). Kepanjangan gelombang pendek penting bagi radar ini untuk mendapat - kan serakan yang baik daripada titisan kecil yang membentuk awan. Cekak gelombang dipancarkan kepada zenith. Oleh itu, hanya awan dan kerpasan yang
|
Kamus Teknologi Maklumat ct.indd sebelum pembuangan bit data dilakukan untuk proses cincangan. Cincangan kriptografi tidak boleh disongsangkan untuk memperoleh mesej asal kerana beberapa bit data digugurkan dalam proses tersebut. Antara ciri cincangan kriptografi ialah kepanjangan mesej sebelum dan selepas proses adalah sama, walaupun beberapa bit data telah dibuang. Ini menyebabkan cincangan kriptografi boleh digunakan sebagai proses transformasi kekunci dalam algoritma penyulitan seperti DES dan AES sistem komputer atau sistem maklumat. corak retina (Ig. retinal pattern; Br. pola retina; Id. pola retina) Bentuk dan topologi saluran darah pada bahagian belakang retina mata yang terdiri daripada gabungan kepanjangan, ketebalan, intensiti warna, dan percambahan atau percantuman saluran darah. Ciri ini boleh menjadi titik rujukan yang membentuk perwakilan corak retina. Corak ini diperoleh daripada alat pengimbas retina biometri dan dipetakan
|
Kata |
Sebutan |
Jawi |
kepanjangan | [ke.pan.ja.ngan] | کڤنجڠن |
B.Melayu |
B.Inggeris |
B.Parsi |
Sebutan |
panjang kepanjangan | length | طول | ṭūl |
|
Tesaurus |
---|
| panjang (adjektif) | 1. Dalam konteks ketinggian bersinonim dengan lampai, junjai, renceng, renjong, tojeng, langguk, merunjau, jenjang, Berantonim dengan rendah
2. Dalam konteks kepanjangan bersinonim dengan labuh, lanjar, lonjong, Berantonim dengan pendek
3. Bersinonim dengan luas: berjela-jela
| Kata Terbitan : sepanjang, berpanjangan, memanjang, memanjangkan, kepanjangan, pemanjangan, |
|
|