Kata |
Takrif |
Sumber |
ketelanjangan | keadaan atau perihal telanjang; keadaan diketahui dan bukan rahsia lagi: ~ perkara itu merupakan sesuatu yg tidak disenangi oleh pihak-pihak tertentu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
telanjang | 1 tidak bertutup dgn pakaian (bkn tubuh); bogel: Saya tidak suka mandi ~. ~ bulat (bogel) tidak mempunyai suatu apa pun (pakaian) di badan. 2 tidak bersarung (ttg keris, pedang dsb). bertelanjang berada dlm keadaan telanjang; berbogel: Orang yg tidak siuman itu suka ~ drpd berpakaian. menelanjangi 1 menanggalkan atau melucutkan segala pakaian yg dipakai; menjadikan (seseorang) telanjang: ~ bayi utk dimandikan. 2 merampas segala pakaian atau barang hingga habis semuanya. menelanjangkan menjadikan diketahui perkara atau apa-apa yg dirahsiakan: ~ keadaan masyarakat di kawasan itu. ketelanjangan keadaan atau perihal telanjang; keadaan diketahui dan bukan rahsia lagi: ~ perkara itu merupakan sesuatu yg tidak disenangi oleh pihak-pihak tertentu. penelanjangan perbuatan, perihal dsb menelanjangi atau menelanjangkan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
umum I | 1. secara keseluruhan (tidak pd atau mengenai yg tertentu sahaja), bersifat menyeluruh, mengenai keseluruhan sesuatu, lwn khusus (khas): perbualan kami bersifat ~ belaka; penjelasan emaknya itu terlalu ~ dan tidak dapat meredakan kegelisahan-nya; pemandangan ~ pemandangan mengenai keseluruhan soal; pd ~nya pd keseluruhannya, ghalibnya, kebiasaannya; 2. khalayak ramai, orang banyak (bukan orang atau golongan tertentu sahaja): sebagaimana yg diketahui ~, di negeri ini cuma ada empat buah akhbar yg menyebarkan siarannya dlm Bahasa Kebangsaan; kepentingan ~ kepen-tingan orang banyak, kepentingan semua orang (tidak terbatas kpd orang atau golongan tertentu); rapat ~ rapat utk orang ramai; 3. berkaitan dgn orang ramai, utk orang ramai; pilihanraya ~ pemilihan (dgn cara mengundi) yg dilakukan oleh semua orang; rumah sakit ~ rumah sakit utk sekalian orang (bukan utk orang tertentu sahaja); 4. sudah diketahui oleh orang banyak, bukan merupakan rahsia lagi, sudah tersiar ke mana-mana: cerita itu sudah ~, tidak perlu diceritakan lagi; 5. biasa terdapat (digunakan dll) di mana-mana, sudah lazim, tidak asing lagi: sudah banyak perkataan Indonesia yg ~ dipakai di sini; seumumnya 1. sekaliannya, seluruhnya, semuanya: pendeknya perkara-perkara yg bersangkut-paut dgn kepentingan kebangsaan ~ diserahkan kpd kerajaan pusat; keten-teraman yg amat dihajati oleh manusia ~; 2. pd kebiasaannya, pd lazimnya, pd umum-nya; mengumumkan 1. memberitahu kpd orang ramai, memaklumkan, menyerantakan: beliau ~ hari ini bahawa pelajaran sains akan diadakan menerusi televisyen; 2. menyiarkan (dlm akhbar dll), menyebarkan: keputusan-keputusan lengkap peperiksaan akan di-umumkan dlm akhbar-akhbar tempatan; 3. menjadikan umum, menjadikan tersebar di merata-rata tempat, melazimkan; keumuman perihal (sifat dsb) umum, sifat menyeluruh (tidak khusus kpd sesuatu): ~ dan kekhususan tiap-tiap satu kemahiran itu tidak sama; ~ fasal-fasal yg terkandung dlm syarat-syarat dan peraturan-peraturan itu; pengumuman 1. perihal (perbuatan dsb) mengumumkan, pemberitahuan kpd orang ramai, pemakluman: kerajaan dijangka akan membuat ~ mengenai pelantikan itu tidak berapa lama lagi; 2. yg diumumkan: ~ dlm akhbar itu ringkas sahaja. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
simpan | 1. sl singkat (cerita, kisah, dll), ringkas; mengambil ~ meringkaskan (cerita dll), menyingkatkan; 2. cadangan; hutan ~ hutan yg dipelihara sbg cadangan; tayar ~ tayar cadangan; bersimpan sl berkemas-kemas, bersiap sedia: maka saudagar pun ~lah hendak membawa saudaranya; pandai makan tak pandai ~ prb orang yg tidak pandai menaruh rahsia; menyimpan 1. menaruh di tempat yg selamat (supaya tidak rosak, tidak hilang, dll): barang itu disimpan dlm stor; 2. menghimpun (wang), menabung: seorang biasanya ~ sebanyak 15 peratus drpd pendapatannya; 3. = menyimpani mengemas-ngemas supaya teratur atau tersusun (pinggan mangkuk dll); 4. tidak membuang, membiarkan, mengekalkan: beliau telah menyingkirkan beberapa orang tokoh antikomunis dan ~ serta menambah lagi bilangan tokoh-tokoh yg prokomunis dlm kabinetnya; dia lebih suka ~ rambut panjang; 5. memendam (perasaan), menyembunyikan atau tidak melahirkan (perasaan): Mahmud juga ada ~ hati terhadap Ramlah; 6. memegang (rahsia) dgn teguh, merahsiakan; 7. menaruh (memakai, menggunakan) secara rahsia atau sulit: ia ada ~ seorang gundik; 8. memiliki dan memakai (ilmu pengetahuan biasanya ilmu batin), mempunyai; 9. mengandungi, memuat: ubat itu ~ pelbagai khasiat; 10. membuat peringatan atau catatan, merekodkan: ~ kira-kira; menyimpankan 1. menyimpan utk; 2. menyuruh simpan kpd; tersimpan 1. (sudah) disimpan, terkandung: kekayaan yg ~ dlm perbendaharaan bahasa; 2. sl terserah (terpulang) kpd: kami sekalian pun tiada akan dapat kami mengubat, ~ pelihara tuan kita; simpanan 1. sesuatu yg disimpan (wang, barang makanan, dll): wang ~ wang yg disimpan; 2. sesuatu yg disimpan dan digunakan apabila diperlukan (pemain, tentera, dll), cadangan; tentera ~ tentera (bukan tentera biasa) yg dipanggil utk berkhidmat apabila diperlukan; 3. = tempat ~ = persimpanan tempat menyimpan; penyimpanan 1. perihal menyimpan; 2. tempat menyimpan (mengumpulkan); penyimpan orang dll yg menyimpan: akar ~ makanan dinamakan akar cepuk; ~ kira-kira orang yg memegang kira-kira (perniagaan dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tutup | 1 tidak dibuka; lw buka: Kedai itu ~ pd hari Jumaat. 2 = penutup benda yg digunakan utk menudung (melindungi dll) sesuatu. ~ botol sumbat botol; tudung botol. ~ kepala tudung kepala (songkok, kain tudung dll). ~ mulut a. tidak berkata-kata; membisu. b. wang suap supaya rahsia tidak dibocorkan. ~ pintu daun pintu. bertutup ada tutupnya; memakai tutup atau tudung. menutup 1 merapatkan tutupnya (ttg pintu, tingkap dll); mengatup: Ia ~ pintu biliknya. 2 memberi bertutup atau bertudung; menudung. 3 menyimpan sbg rahsia; menyembunyikan: Ia pandai ~ keburukan keluarganya. 4 menyebabkan tidak dpt dilalui (ttg jalan, sungai dll); menghalang: Polis telah ~ jalan itu utk mengelakkan kesesakan lalu lintas. 5 memadamkan atau mematikan nyala lampu dll; lw memasang: Ia ~ lampu biliknya lalu tidur. 6 mengakhiri atau menyudahi sesuatu pembicaraan, cerita dll. menutupi menjadi sbg tutup pd; menudungi: Tudung saji yg ~ hidangan itu halus anyamannya. menutupkan 1 menggunakan sesuatu utk menutup: Ia ~ tuala pd kepala anaknya. 2 menutup utk orang lain; mengatupkan: Ani ~ ibunya pintu. tertutup 1 sudah ditutup; terkunci: Tingkapnya ~ saja kerana hari hujan. 2 ki tidak bebas; terhad: Pintu rezeki mereka belum ~ lagi. 3 ki bukan utk umum: sidang ~ sidang mesyuarat utk anggota-anggota saja. tutupan 1 alat utk menutup; penutup. 2 ki sesuatu yg tertutup (spt tempat mengurung): rumah ~ penjara; orang ~ orang yg dihukum penjara. penutupan perbuatan (hal dsb) menutup, menutupi atau menutupkan. penutup 1 alat yg digunakan utk menutup; penudung. 2 sesuatu yg digunakan utk mengakhiri sesuatu surat, syarahan dll: Sbg ~, saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kpd hadirin yg sudi datang ke majlis ini. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pecah I | 1. berbelah-belah menjadi kecil-kecil (benda keras): pinggan itu terlepas dr tangannya lalu ~; duit (wang) ~ duit kecil; 2. retak atau merekah (kulit, bibir, dll): penyakit itu menyebabkan kulit menjadi ~-~; bibir orang tua itu ~-~; 3. terbelah kulitnya hingga terkeluar isinya (bisul, telur, dll): bisulnya tidak juga ~; 4. menjadikan bergumpal-gumpal dan cair (susu atau santan yg basi); 5. tersebar (khabar, rahsia, dll): tiba-tiba ~ khabar mengatakan askar-askar Jepun telah masuk; disuruhnya orang kepercayaan supaya tidak ~ rahsia itu; 6. bermula (perang, darurat, dll): harga getah meloncat naik apabila ~ perang Korea; 7. sl kalah: maka segala rakyat Ghori pun ~ perangnya lalu lari; 8. menggeletar (bunyi); 9. = berpecah berpisah-pisah, tidak bersatu lagi: persatuan itu ~ menjadi beberapa badan kecil; 10. sl cerai-berai, bersurai: maka segala rakyat Pasai pun habis ~, lari cerai-berai dgn banyak matinya; ~ amanah perbuatan menyia-nyiakan atau melanggar amanah; ~ bau merata (tersebar) baunya; ~ daun Kl keluar daun; ~ hati tawar hati; ~ kepercayaan hilang kepercayaan; ~ keringat (peluh) keluar peluhnya; ~ minyak keluar minyak (masakan); ~ perang a) mula terbit peperangan; b) sl kalah perang; ~ perut berasa sakit perut kerana terlalu banyak ketawa; ~ rumah memasuki rumah utk merompak; ~ tembelang terbuka rahsia; ~ bunyi (tepi) buruk berita prb Mn kejadian yg kecil diperbesar orang ke sana sini; ~ kapi putus suai prb sesuatu yg tidak dapat diperbaiki lagi; ~ menanti sebab, retak menanti belah prb hanya menanti masa utk membalas dendam dll; pecah-pecah pecah pd banyak tempat atau bahagian (sesuatu); berpecah terbahagi (bercerai) menjadi beberapa kelompok (golongan dll): kumpulan itu ~ menjadi beberapa cawangan yg lebih kecil; berpecah-pecah tidak bersatu padu (masing-masing dgn haluannya sendiri), berpecah belah: masyarakat yg dilanda perang saudara itu masih hidup ~; memecah 1. menjadi pecah-pecah (ombak dll): sekali-sekali ombak ~ di jambatan kapal; 2. = memecahkan: Halim ~ kesunyian; ~ masuk memecahkan sesuatu (spt pintu, tingkap, dll) dan memasuki (rumah, bilik, dsb); memecahkan 1. menjadikan pecah, menyebabkan menjadi kepingan-kepingan dsb yg lebih kecil, menyebabkan sesuatu atau sebahagian drpd sesuatu pecah: budak itu telah ~ cermin tingkap mereka; kecurian tak boleh berlaku sebelum pintu atau tingkap dipecahkan; 2. memecah-belahkan, mencerai-beraikan, membahagi-bahagi(kan), menghuraikan (ayat dll): mereka hendak ~ perpaduan nasional; harta dipecahkan menjadi empat bahagian; ~ cerita kpd komponennya; pecahkan 893 025 menjadi pengisi tunggal; 3. merosakkan (kesunyian), memusnahkan (sesuatu suasana): bunyinya itu ~ suasana sunyi di tengah rimba; 4. menyiarkan (berita, rahsia); 5. menyelesaikan membuat kepastian (ketetapan dll) bkn sesuatu soal (kerumitan dll): masalah itu sukar sekali hendak dipecahkan; mukanya keruh memikirkan sesuatu yg tidak dapat dipecahkan; 6. sl mengalahkan: maka Tun Pikrama digelar baginda Paduka Tuan dianugerahi ia Buru oleh jasanya ~ Pasai itu; ~ kepala (otak) a) memerah otak; b) susah sekali; ~ rekod = ~ rekor Id membaiki atau mengatasi rekod yg telah ada; ~ telinga sangat kuat bunyinya (suaranya); terpecah-pecah terpisah-pisah, bercerai-cerai; pecahan 1. sesuatu yg sudah pecah atau dipecahkan, bahagian yg sudah dipisahkan dsb drpd sesuatu yg lain atau yg lebih besar atau lengkap: ~ kaca berselerak di tempat pergaduhan itu berlaku; ~ bom; lihat Rajah 2 utk melihat ~ tajuk; 2. angka (bilangan) yg bukan angka bulat (spt 1/2 , 2/3 , dll); ~ berulang = ~ repeten pecahan persepuluhan yg bilangan seluruhnya atau sebahagiannya selalu berulang-ulang; ~ biasa pecahan yg pengatasnya lebih kecil drpd pembawahnya (spt 3/4); ~ janggal pecahan yg pengatasnya sama atau lebih besar drpd pembawahnya (spt 8/8, 11/4, dll); ~ perpuluhan = ~ persepuluhan Id pecahan yg menggunakan titik perpuluhan (spt 0.5, 0.8, dll); kepecahan perihal pecah; perpecahan keadaan berpecah-pecah atau berpecah belah, keadaan tidak lagi bersatu padu: pertentangan itu menimbulkan ~ di kalangan rakyat; pemecahan perbuatan memecahkan: ~ cahaya putih kpd berbagai-bagai warna; pemecah 1. orang yg memecahkan: ~ amanah; 2. orang yg selalu (suka) memecahkan: budak itu ~; 3. alat utk memecahkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pecah I | 1 menjadi berbelah atau kecil-kecil: Pinggannya jatuh ke lantai lalu ~. 2 menjadi retak atau merekah kulitnya: Bibirnya ~-~. 3 terbelah kulitnya dan terkeluar isinya: Telur itu jangan dipegang kuat-kuat, nanti ~. 4 tidak bersatu lagi; terbahagi kpd beberapa golongan atau kelompok: Sampai di suatu simpang, pasukan askar itu ~ dua. 5 bermula (perang, darurat dll): Sebelum ~ perang Pasifik, Malaya diiktiraf sbg negeri Melayu. berpecah mengikut haluan masing-masing; berpisah: Di persimpangan itu, mereka ~ ke arah masing-masing. berpecah-pecah bercerai-cerai menjadi beberapa kelompok (golongan). memecah menjadi pecah-pecah: Ombak ~ di pantai. memecahkan 1 menjadikan pecah; merosakkan dll hingga pecah: Siapa yg ~ piring itu? 2 menjadikan berpisah-pisah atau bercerai-cerai: Mereka telah ~ harta itu kpd tiga bahagian. 3 membuat keputusan atau kepastian ttg sesuatu masalah; menyelesaikan: Bagaimana caranya hendak ~ soal pemogokan ini? pecahan 1 benda yg sudah pecah atau yg sudah dipecahkan: ~ kaca. 2 angka yg bukan angka bulat, spt , , . ~ wajar pecahan yg pengatasnya lebih kecil drpd pembawahnya, spt , . perpecahan perihal berpecah; keadaan pecah-pecah atau berpecah-pecah: Janganlah saudara cuba menimbulkan ~ di kalangan umat Islam. pemecahan perbuatan atau hal memecahkan (sesuatu). pemecah 1 orang yg memecahkan sesuatu: ~ amanah; ~ rahsia. 2 alat atau bahan yg digunakan utk memecahkan sesuatu: ~ batu; ~ lemak. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
hubung | ; berhubung 1. berangkai, bersambung, beruntun (antara satu dgn lain); huruf tulis yg ~ huruf tulis yg bersambung; 2. berkaitan dgn, berkenaan (dgn): ia berusaha menyelesaikan segala urusan yg ~ dgn tanahnya; kebanyakan bantuan mengalir ke arah kegiatan-kegiatan yg ~ dgn agama; 3. oleh sebab, kerana: ~ dgn kurangnya ahli yg datang, maka mesyuarat ditangguhkan; 4. bertukar-tukar (berita, fikiran, dll) dgn berbagai-bagai jalan: sekarang kita dapat ~ dgn saudara-mara di Medan menerusi telefon radio; bahasa ialah alat bagi manusia ~ dgn manusia lain; ~ puntung = putus ~ bp (merokok) bersambung-sambung (hampir habis rokok yg satu disambung pula dgn rokok lain); berhubungan 1. ada sangkut pautnya (dgn), bersangkutan, bertalian: suasana di kapal menyebabkan dia melupakan segala sesuatu yg ~ dgn dirinya sendiri; ia mengutuk segala yg ~ dgn bekas isterinya itu; 2. berjumpa (dgn), bertemu (dgn), mempunyai pertemuan (dgn): ia berasa hairan kenapa rakannya itu tidak mahu ~ dengannya lagi; PM menjadi ketua Dewan Rakyat dan ia juga sentiasa ~ dgn PM Komanwel; 3. saling berhubungan; menghubung menyambung sesuatu dgn yg lain (bukan bermakna menambah panjang): tali ini boleh dipakai utk ~ galah; menghubungi 1. membuat perhubungan dgn seseorang utk memberitahu sesuatu (melalui surat, telefon, atau pergi sendiri mendapatkannya): ejen-ejen polis rahsia akan terus ~nya lagi; perbicaraan ditangguhkan sehingga saksi penting dapat dihubungi polis; 2. menjadi sambungan kpd sesuatu, mengikuti, menuruti, menyambut (dgn): kata-kata itu dihubungi dgn ketawa; menghubungkan 1. menjadikan berhubungan (berangkaian, bersambungan), menyambungkan, merangkaikan: garisan lurus yg ~ dua titik; rumah itu mempunyai dua kamar yg satu sama lainnya dihubungkan oleh sebuah pintu; 2. = memperhubungkan mempertalikan (dgn), mengaitkan (dgn): perdaganganlah yg ~ negeri Melaka dgn kawasan-kawasan di sekelilingnya; rakyat Hirahlah yg menjadi perantaraan ~ orang Parsi dgn orang Arab; 3. = memperhubungkan mempertemukan dgn, menjadikan satu dgn, menggabungkan dgn: ia pun ~ dirinya dgn pergerakan wanita setempat; mereka memperhubungkan kami dgn sekeluarga orang perantauan lain; 4. menjadikan supaya berhubungan atau bertemu: ada jalan kereta api yg ~ Bangkok dgn Saigon; hubungan 1. sambungan, rangkaian: jikalau ada tersalah bahasanya atau aturan perkataannya atau ~ hurufnya, saya minta ampun banyak-banyak; 2. hasil berhubung: kalau rakyat Belanda tidak sanggup melihat kebenaran ini, maka saya khuatir ~ antara Belanda dan Indonesia akan terputus; 3. kaitan, pertalian, sangkut paut: utk mempereratkan ~ persaudaraan Islam; dlm ~ ini berkenaan apa yg telah dinyatakan (diterangkan) atau yg sedang dibincangkan; ~ darah hubungan kekeluargaan; ~ diplomatik hubungan dgn perantaraan perwakilan (diplomat) antara negara-negara di dunia; ~ dua hala hubungan antara dua pihak yg secara langsung tidak melibatkan pihak lain; ~ batin = ~ jenis = ~ kelamin = ~ seks persetubuhan; ~ nyawa kekasih, kesayangan, buah hati; ~ ras (Ant) hubungan sosial yg terjalin antara anggota masyarakat yg berlainan keturunan atau bangsa dlm sesebuah masyarakat atau negara; sehubungan berkaitan dgn, bersangkutan dgn; perhubungan 1. hubungan: seluruh hidup manusia terdiri drpd ~nya dgn keluarga, jiran dan tetangga; pegawai ~ pegawai perantaraan (utk menyelaraskan tugas bahagian-bahagian yg berlainan dlm ketenteraan, pejabat, dll); 2. alat lalu lintas (jalan raya, kereta api, surat-menyurat, pos, telegram, telefon, penerbangan, pelayaran, dll): ~ udara antara Malaysia dgn Indonesia dipulihkan sebaik-baik sahaja Perjanjian Bangkok ditandatangani; Kementerian P~ kementerian yg mengurus soal lalu lintas dll; 3. perihal berhubung(an) antara satu dgn yg lain (bkn negara dll): ~ diplomatik antara India dgn China semakin genting; perkara-perkara mengenai ~ dagang antara kedua-dua negara dibincangkan dgn sedalam-dalamnya; ~ awam amalan menjalinkan, menggalakkan atau memupuk semangat muhibah, kemesraan, imej yg baik dsb di kalangan orang ramai oleh atau terhadap sesebuah syarikat, firma, institusi dsb; ~ darah pertalian kekeluargaan; ~ perindustrian urusan perhubungan antara pihak majikan dgn para pekerja dlm industri, biasanya melibatkan aspek-aspek perundingan secara kolektif dsb; penghubungan perihal atau perbuatan menghubungkan; penghubung (alat, orang, dll) yg menghubung(kan); kata ~ kata yg digunakan utk menghubungkan dua kata atau dua ayat; tanda ~ garis utk menghubungkan kata atau suku kata; perwira ~ Id pegawai perhubungan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pecah I | 1 menjadi berbelah atau kecil-kecil: Pinggannya jatuh ke lantai lalu ~. 2 menjadi retak atau merekah kulitnya: Bibirnya ~ - ~. 3 terbelah kulitnya dan terkeluar isinya: Telur itu jangan dipegang kuat-kuat, nanti ~. 4 tidak bersatu lagi; terbahagi kpd beberapa golongan atau kelompok: Sampai di suatu simpang, pasukan askar itu ~ dua. 5 bermula (perang, darurat dll): Sebelum ~ perang Pasifik, Malaya diiktiraf sbg negeri Melayu. berpecah mengikut haluan masing-masing; berpisah: Di persimpangan itu mereka ~ ke arah masing-masing. berpecah-pecah bercerai-cerai menjadi beberapa kelompok (golongan). memecah menjadi pecah-pecah: Ombak ~ di pantai. memecahkan 1 menjadikan pecah; merosakkan dll hingga pecah: Siapa yg ~ piring itu? 2 menjadikan berpisah-pisah atau bercerai-cerai: Mereka telah ~ harta itu kpd tiga bahagian. 3 membuat keputusan atau kepastian ttg sesuatu masalah; menyelesaikan: Bagaimana caranya hendak ~ soal pemogokan ini? pecahan 1 benda yg sudah pecah atau yg sudah dipecahkan: ~ kaca. 2 angka yg bukan angka bulat spt ½, ¼, ¾, dll. ~ wajar pecahan yg pengatasnya lebih kecil drpd pembawahnya spt 1/3, 2/3 dsb. perpecahan perihal berpecah; keadaan pecah-pecah atau berpecah-pecah: Janganlah saudara cuba menimbulkan ~ di kalangan umat Islam. pemecahan perbuatan atau hal memecahkan (sesuatu). pemecah 1 orang yg memecahkan sesuatu: ~ amanah; ~ rahsia. 2 alat atau bahan yg digunakan utk memecahkan sesuatu: ~ batu; ~ lemak. pecah belah 1 tidak bersatu lagi: Kita sekampung hendaklah bermuafakat, jangan ~. 2 tidak teratur atau tidak terjaga baik-baik; kucar-kacir; porak-peranda: Sejak kedua-dua orang tua mereka meninggal, rumah tangga mereka ~. berpecah belah menjadi pecah belah; bercerai-berai. memecahbelahkan menyebabkan pecah belah; menjadikan bercerai-berai: Mereka bertujuan hendak ~ perpaduan orang-orang Melayu. | Kamus Pelajar |
tutup I | 1. = tertutup tidak terbuka, terkatup: semua kedai kecuali kedai makanan ~ pd hari Ahad; baju jas ~; 2. = tutupan, penutup sesuatu yg digunakan utk menudungi (menyelubungi dll) sesuatu; ~ botol sumbat botol (drpd gabus dll); ~ bantal bahagian hujung dan pangkal bantal yg dihiasi dgn sulaman; ~ kepala tudung kepala (song-kok, terbus, dll); ~ malu sesuatu yg dipakai dll supaya jangan mendapat malu; ~ meja kain alas meja; ~ mulut a) tinggal diam mem-bisu, tidak berkata-kata; b) bp rasuah, wang suap; ~ pintu a) bp menutup pintu; b) daun pintu; ~ sanggul sj cucuk sanggul; ~ tiang alang rumah yg dipasang dr tiang ke tiang; bertutup ada tutupnya, memakai tutup (tu-dung): mangkuk ~; perempuan Islam bukan-nya demikian, mereka ~ kepala dan berbaju; menutup 1. tidak membiarkan terbuka (pintu, tingkap, dll), merapatkan tutupnya, mengatup: ia ~ pintu rumahnya; 2. memberi bertutup (bertudung), menudungi: kita hen-daklah ~ makanan kita supaya jangan dihinggapi lalat; 3. ki tidak menghebahkan, merahsiakan, menyembunyikan: mereka tahu ~ rahsia; 4. menjadikan tidak boleh dilalui atau diikuti (jalan, sungai, dll), menimbus supaya buntu, menyekat, menyumbat: semua jalan di kawasan perintah berkurung telah ditutup sejak pukul enam petang tadi; 5. mematikan nyala lampu dll, lwn memasang: dia memberani-beranikan hati pergi ke ruangan depan dan ~ lampu; 6. memasuk-kan ke dlm penjara, memenjarakan; 7. men-jadikan cukup (wang perbelanjaan dll), mencukupkan, menggenapkan; 8. mengakhiri atau menyudahi (cerita, pembicaraan, dll): Ali ~ cerita dan meraba bibirnya; 9. tidak melanjutkannya lagi (tempoh), habis tempoh-nya: tarikh permohonannya ditutup pd 10 Julai yg akan datang ini; ~ buku a) mengatup buku; b) memasukkan ke dlm buku kira-kira (wang keluar masuk); ~ jalan a) tidak membenarkan lalu; b) menye-kat drpd melakukan sesuatu; ~ mata a) memejamkan mata; b) melekapkan sesuatu di mata supaya jangan dapat melihat; c) sengaja tidak mahu mengambil tahu: sese-orang tidak harus ~ mata kpd ilmu-ilmu yg berasaskan sains; d) mati, meninggal; ~ muka melindungi muka dgn sesuatu; ~ mulut a) diam sahaja; b) tidak mahu memberitahu; ~ pintu tidak atau enggan menerima (pengaruh, ajaran, dll); tidak mahu menyambut atau melayani (sesuatu); ~ telinga a) melekapkan sesuatu pd telinga supaya tidak mendengar; b) sengaja tidak mahu mendengar; menutupi 1. banyak yg ditutup, berkali-kali menutup; ~ pintu banyak pintu yg ditutup; 2. memberi bertutup, melindungi: disentaknya kain utk ~ pusatnya; rambutnya yg jatuh ~ dahinya; 3. ki melindungi sesuatu (supaya jangan diketahui orang dll), merahsiakan: ia ~ isi hatinya yg sebenarnya; menutupkan 1. menggunakan sesuatu utk menutup, menutup utk: maka disuruhnya ambil batu yg besar-besar maka ditutupkannya pd pintu gua itu; 2. mengatupkan: maka pukul tujuh malam ditutupkannya pintu itu dan pukul tujuh pagi dibukanya; 3. ki menghabiskan (puasa), membuka (puasa): ia mesti ~ puasanya; tertutup 1. tidak terbuka, terkatup, terkunci: sehari-hari ini pintunya ~ sahaja; 2. ki tidak bebas lagi, tidak terbuka utk mendapat atau menerima sesuatu: malangnya ketika demi-kian, peluang bagi mengisi perut telah ~ bagi mereka; bersikap ~ bersikap tidak sama sekali rela atau bersedia menerima sesuatu (pengaruh dll); tutupan 1. alat utk menutup, tudung; 2. sesuatu yg ditutup; orang ~ orang yg dihukum penjara; rumah ~ penjara; penutupan perihal menutup (menutupi, menu-tupkan), penamatan, pengakhiran, penyudah-an: beliau diberitakan telah mengisytiharkan ~ perkhidmatan penerbangan Amerika Syarikat di seluruh Indonesia; penutup 1. alat yg digunakan utk menutup, penudung; 2. sesuatu yg (dipakai utk) meng-akhiri (surat, karangan, ucapan, dll), pengunci, penyudah: sbg ~ ingin saya kemukakan beberapa saranan; ~ surat itu mengatakan bahawa ia akan datang sore hari sambil membawa wangnya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Kamus Parsi.indb لابتکسب )boshghāb( باقشب )boṭlān( نالطب )ba‘d, dīgar( رگيد ،دعب )ba‘daz, pas az( زا سپ ،زا دعب )baghghāl( لا ّ ـقب )goẕāshtan( نتشاذگ besar, agung kebesaran, keagungan tidak lama lagi katil tutup bungkusan tertutup aiskrim dengan cepat bola keranjang pinggan pembatalan berikutnya setelah pekedai runcit meletakkan big, great greatness soon bed to close parcel closed ice cream rapidly basketball plate do daf‘e( هعفد ود ،راب ود )dobāre( هرابود )dojīn( نيجود perhatian butang baldi hidung tanjung selipar gigi doktor gigi roda sawat dunia, alam maya dua dua belas dua kali lagi sedozen attention button bucket nose cape slippers tooth dentist gear world two twelve twice again a dozen نيجود ه ّ جوت ،تـ ّ قد Kamus Parsi.indb 67 5/18
|
Kamus Sains.indb KEJ) abhenry (abhenry) Unit ukuran kearuhan elektrik yang bersamaan dengan 1 × 10 –9 henry. (KEJ) abhymenium (abhimenium) Bahagian permukaan jasad buah yang terletak setentang dengan himenium. (BIO) abiocoen (abiosen) Unsur bukan biotik dalam sesuatu habitat. (BIO) A Kamus Sains.indb 1 7/8/08 11:44:02 AM 2 abiogenesis (abiogenesis) Penjanaan hidupan secara spontan. Proses ini dijangka berlaku secara ber- ansur-ansur selama beribu-ribu tahun, apabila benda bukan hidup berubah se- cara berperingkat untuk membentuk benda hidup. (UBAT) abiotic (abiotik) Berkaitan dengan sesuatu yang bukan hidup. Contohnya, faktor abiotik yang mengawal aktiviti biologi ialah pH, suhu dan kelembapan
|
Kamus Teknologi Maklumat ct.indd Hellman, Id. algoritma Diffie-Hellman) Algoritma persetujuan kekunci yang dihasilkan pada tahun 1976 oleh WhitfielddanMartinHellman.Algoritmainimewujudkan kekunci yang digunakan bagi penyulitan, operasi pengurusan kekunci ataupun kriptografi yang lain. algoritma kekunci rahsia (Ig. secret key algorithm; Br. algoritma kekunci rahsia; Id. algoritma kunci rahsia) Algoritma penyulitan yang menggunakan kekunci yang sama untuk penyulitan dan penyahsulitan data. Contoh algoritma kekunci rahsia ialah piawaian penyulitan data (DES), DES ganda tiga (3DES), dan
|
Kamus Thai 2.indb ก 1 melenturkan: นายพราน ก ่ งค ั นธนูของเขาแล ้ วผูกเชือกที่ ปลายอีกข ้ างหนึ่ ง ของค ั นธนู Pemburu melenturkan bu- surnya kemudian mengikat tali pada hujung busur yang sebelah lagi. ว 2 melengkung: คิ้ วของน ั กแสดงคนน ั ้นก ่ งด ั งวง พระจ ั นทร ์ Kening pelakon itu meleng- kung macam bulan sabit. ก ๊ ง [ko] ก minum arak: ชายคนน ั ้ นก ๊ ง เหล ้ าต ั ้ งแต ่ เช ้ าเลย Lelaki itu minum arak sejak pagi lagi. ก ๋ ง [ko] น datuk กงการ [koka:n] น urusan: อ ั นนี้ ไม ่ ใช ่ กงการของเธอ Ini bukan urusan kamu. ก ้ งโค ้ ง [koko:
|
Kamus Thai 2.indb งความศักดิ์ สิทธิ์ ของกฎหมาย memeli- hara kedaulatan undang-undang ธิดา [tida:] น puteri ธุระ [tu ra] น urusan: อย ่ าถือว ่ า ธุระไม ่ ใช ่ นะ Jangan anggap ini bukan urusan engkau ya! ธุรกรรม [-kam] น aktiviti perniagaan ธุรการ [-ka:n] น perkeranian ธุรกิจ [-ki t] น perniagaan, bisnes ธุลี [tuli:] น duli ธูป [tu:p] น colok: คนจีนชอบจุดธูปและ า [nau] ว busuk เนิน [n:n] น anak bukit เนิ่ นๆ [n:nn:n] ว awal-awal: เธอควรมา แต ่ เนิ ่ น ๆ Awak sepatutnya datang awal- awal lagi. เนิ่ นนาน [-na:n] ว 1 lama: ฉันอยู ่ ที่ นี่ เนิ ่ น นานมาแล ้ ว Saya sudah lama di sini. 2 ดู นมนาน เนิบนาบ [n:pna:p] ว |
Kamus Thai 2.indb di dalam lautan itu. จมน้ำตาย [-namta:y] ก mati lemas: เด็กคนนั้ นจมน้ำตายในแม ่ น้ำ Budak itu mati lemas di dalam sungai. จมูก [camu:k] น hidung จร [c:n] ว bukan tetap: ลุงของฉันเป็น ลูกค ้ าจรของปั ๊ มบางจาก Pak cik saya meru pakan pelanggan bukan tetap stesen minyak Bangchak. จรจัด [-cat] ว tualang: เด็กจรจัดในเมือง ใหญ ่ ส ่ วนมากติดยาเสพติด Budak tualang di bandar-bandar besar kebanyakan nya menagih dadah. จรด [carot] ดู จด¹ จรดพระนังคัล [-pranakan
|
Kamus Thai 2.indb kaya รส [rot] น rasa = รสชาติ รสชาติ [-ca:t] ดู รส รสนิยม [-saniyom] น cita rasa รหัส [rahat] น kod รโหฐาน [raho:ta:n] น 1 tempat persendirian 2 tempat rahsia รอ [r:] ก menunggu, menanti: สำรวยรอ เพื่ อนของเธอที่ ป ้ ายรถเมล ์ Samruai menung- gu kawannya di perhentian bas. รอก [r:k] น kerek, takal รอง [r:] ก 1 itu membenci orang miskin. รังแก [rakε:] ก menganiayai: เธออย ่ า รังแกสัตว ์ Jangan kamu menganiayai bi- natang. รังควาน [rakwa:n] ก mengacau: อดีตนักโทษคนนั้ นมารังควานฉันอีก Bekas banduan itu mengacau saya lagi. รังแค [rakε:] น kelemumur รังวัด [rawat] ก menyukat, mengu- kur: เจ ้ าหน ้ าที่ ที่ ดินไปรังวัดที่ ดินลุงเลมัน Pe- gawai pejabat tanah pergi menyukat tanah Pak Leman. รังสี [rasi |
|
|