Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Peribahasa ; Multimedia ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Hasil Penyelidikan ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ; Istilah Sains Kewangan ; Domain_Fik ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
adakah perkataan 'optimal' wujud dalam bahasa melayu? atau adakah perkataan 'optimum' sahaja yang harus digunakan?Perkataan "optimal" tidak wujud, yang wujud "Optimum".Ejaan08.05.2014
Bagi sustainability membawa maksud mampan jadi adakah wujud perkataan kemampanan. Sebab bila sy membuat semakan di carian kata DPBM perkataan kemampanan tidak wujud yang wujud adalah kemapanan.Padanan bahasa Melayu bagi istilah sustainable ialah mampan, manakala istilah sustainability ialah kemampanan. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam bidang ESG.Istilah08.07.2025
Adakah wujud perkataan perbenaran? Jika wujud, apa maknanya? Apa beza dengan pembenaran?Tidak wujud perkataan perbenaran. Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, pembenaran ditakrifkan sebagai perihal atau perbuatan membenarkan (contoh: pembenaran pandangan ini dari sudut agama).Makna21.06.2018
adakah wujud perkataan infostruktur? sekiranya wujud, apakah yang dimaksudkan dengan perkataan tersebut?Perkataan infostruktur sudah wujud. Cadangan bagi maksud infostruktur ialah rangkaian sistem, kemudahan dan teknologi yang membolehkan pengumpulan, pemprosesan, penyimpanan dan penyebaran maklumat secara elektonik dalam sesebuah organisasi atau negara.Istilah20.05.2025
Hello min, adakah perkataan seyogianya dan di kala itu wujud?Wujud. Kata tersebut dan maknanya terakam dalam Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) halaman 2522 (seyogianya) dan 945 (kala). Kata sendi yang betul bagi kala ialah pada; pada kala ini.Makna18.01.2024
Wujud istilah ini dalam b.melayu? GovernanSehingga kini masih belum ada lagi istilah governan dalam bahasa Melayu. Yang ada ialah tadbir urus.Istilah15.10.2017
wujud atau tidak perkataan 'TRANSFORMATIF'?Perkataan "TRANSFORMATIF" tiada dalam istilah bahasa Melayu, yang ada ialah "TRANSFORMASI"Tatabahasa07.01.2015
wujud ke perkataan berbilang-bilang kaum? ata berbilang kaum?Frasa yang betul ialah berbilang kaum. Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, berbilang bermaksud  lebih drpd satu banyaknya.Istilah11.07.2010
wujud tak perkataan graduat?

Perkataan graduat tidak digunakan dalam bahasa Melayu tetapi diterjemahkan sebagai siswazah. Sila rujuk Kamus Inggeris Melayu Dewan. 

Makna19.01.2010
wujud tak perkataan menggaru-garu? dalam kamus dewan takde pun? agar-agar memejal atau mengental ? sila jawab pertanyaan saya sebelum ini boleh tak kerana saya perlu memberitahu pelajar tentang jawapan yang tepat. Selamat hari guru munsyi terima kasih berbanyak. semoga kalian dikurniakan nikmat yang paling bernilai dalam kehidupan manusia.Agar-agar mengental. Kata garu melalui proses pengimbuhan boleh membentuk kata terbitan lain seperti menggaru;menggaru-garu; bergaru; tergaru-garu; penggaru dsb..    Tatabahasa16.05.2008
Tesaurus
 
wujud (kata kerja,)
Bahasa Asal :Arab
Bersinonim dengan ada, sedia ada, hadir, boleh didapati, boleh diperolehi, boleh dipegang, boleh dilihat, nyata, benar-benar, sungguh-sungguh, sesungguhnya;,
Kata Terbitan : berwujud, terwujud, kewujudan,

Peribahasa
428

Nothing is impossible to a willing heart

Tiada apa yang mustahil bagi orang yang mempunyai tekad atau semangat untuk Berjaya.

Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih

In his heart, there is no such word as ''cannot,'', and he believes that nothing is impossible to a willing heart. True to his principle, he succeeded in his effort to tour the world on bicycle.

Perkataan 'tidak boleh' tidak wujud dalam hatinya, dan dia percaya bahawa hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Dia benar-benar buktikan pegangannya itu apabila dia berjaya menjelajah seluruh dunia dengan menunggang basikal.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu



Lihat selanjutnya...