Kata |
Takrif |
Sumber |
wasangka | rasa khuatir; kebimbangan hati: Ia menaruh syak ~ terhadap pekerjanya yg baru itu. | Kamus Pelajar |
wasangka | syak ~ | Kamus Pelajar |
wasangka | , = syak ~ rasa khuatir; kebimbangan hati: Ia menaruh syak ~ terhadap pekerja baru itu. berwasangka mempunyai atau menaruh wasangka: Tidak baik ~ buruk terhadap orang lain. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
wasangka | = syak ~ syak dan sangka, curiga, kecurigaan, kebimbangan hati, khuatir (bimbang, ragu-ragu), sangsi: tegur sapa orang dijawabnya dgn tulus dgn tiada menaruh syak ~ sedikit jua; berwasangka menaruh syak wasangka: janganlah kita begitu mudah ~ terhadap orang lain. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
syak wasangka | rasa khuatir; kebimbangan hati: Ia menaruh syak ~ terhadap pekerja baru itu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
syak wasangka | syak dan sangka, curiga, kecurigaan, kebimbangan hati, khuatir (bimbang, ragu-ragu), sangsi: tegur sapa orang dijawabnya dgn tulus dgn tiada menaruh syak ~ sedikit jua; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
syak wasangka | rasa tidak percaya, sangsi; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cemburu | 1. iri hati (kerana orang lain pandai, berharta, dll); 2. kurang percaya atau syak wasangka (takut-takut suami mempunyai kekasih lain dll), curiga: hatinya berasa ~ apabila melihat isterinya bercakap-cakap dgn temannya; 3. hati-hati atau berjaga-jaga (kerana takut kesucian adat, agama, dll dikotori atau dinodai): mereka menjaga adat resam mereka dgn perasaan ~; ~ buta cemburu tanpa sebab atau cemburu membuta tuli; bercemburu berasa cemburu; mencemburui 1. iri hati akan; 2. mencurigai, mengesyaki; 3. menjaga: orang Melayu sangat kuat berpegang pd agama dan ~ agama mereka; mencemburukan 1. iri hati (akan seseorang atau sesuatu): apa benar yg dicemburukan oleh mereka itu; 2. menimbulkan cemburu (iri hati, curiga, syak wasangka); cemburuan 1. = bercemburuan saling cemburu; 2. iri hati; kecemburuan 1. perihal cemburu; 2. kecurigaan, syak; pencemburu (orang yg) bersifat cemburu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berwasangka | menaruh syak wasangka: janganlah kita begitu mudah ~ terhadap orang lain. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berwasangka | mempunyai atau menaruh wasangka: Tidak baik ~ buruk terhadap orang lain. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
Kata |
Takrif |
Sumber |
unsuspicious | adj tdk menaruh syak wasangka: he is easy-going and ~, dia suka mengambil mudah dan tdk menaruh syak wasangka. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
unsuspecting | 2. unwary, trustful, tdk menaruh syak wasangka: advertisements that sometimes deceive the ~ public, iklan yg kadang kala memperdaya orang ramai yg tdk menaruh syak wasangka. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
shifty | his ~ attitude aroused my suspicions, sikapnya yg licik itu membangkitkan syak wasangka saya. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
well grounded | adj 1. well founded, berasas: our suspicions were ~, syak wasangka kami berasas; 2. having good training in the groundwork of a subject, mempunyai asas yg baik: she is ~ in history, dia mempunyai asas yg baik dlm sejarah. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
niggling | adj continually worrying, bermain-main di kepala: this ~ suspicion keeps me awake at night, syak wasangka yg bermain-main di kepala saya menyebabkan saya tdk dapat tidur. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
arousal | n act of exciting, stirring up, a. (gen) berbangkit, timbul: the ~ of suspicion due to his strange behaviour, rasa syak wasangka yg berbangkit krn tingkah lakunya yg ganjil; b. (sexually) kebangkitan: sexual ~, kebangkitan nafsu berahi; c. (of spirit, sentiment, etc) kebangkitan: the ~ of nationalist feelings, kebangkitan semangat kebangsaan. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
furtive | adj sly, stealthy, berdiam-diam, bersenyap-senyap; (of look, glance) curi-curi: he aroused our suspicion by his ~ behaviour, kelakuannya yg berdiam-diam itu menimbulkan syak wasangka kami; the thief was ~ in his movements, pencuri itu berdiam-diam dlm tindak-tanduknya. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
eye | with os ~s open, with full awareness, dgn penuh kesedaran: you went into the partnership with your ~s open, didnt you?, kamu mengadakan perkongsian itu dgn penuh kesedaran, bukan?; vt memandang, memperhatikan: she ~d me with suspicion, dia memandang saya dgn penuh syak wasangka. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
calculated | adj 1. computed, sudah /dikira, dihitung/: ~ velocity, halaju yg sudah dikira; 2. deliberately planned to gain particular result, terhitung, telah diperhitungkan: a ~ risk, risiko yg terhitung; measures ~ to check inflation, langkah-langkah yg terhitung utk menyekat inflasi; the remarks were ~ to arouse suspicion, kata-kata itu telah diperhitungkan utk menimbulkan syak wasangka; a ~ insult, penghinaan yg terhitung. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
cast | 4. emit, memancarkan: the fire ~s a glow, api itu memancarkan cahaya; 5. spread, menimbulkan, membawa: the news ~s a gloom over the party, berita itu menimbulkan suasana muram di majlis itu; 6. cause to arise, menimbulkan: the new findings ~ doubt on the evidence, penemuan baru itu menimbulkan keraguan thdp keterangan itu; to ~ suspicion on, menimbulkan syak wasangka thdp; 7. assign a role, memberi [sso] peranan: he was ~ as Hang Tuah, dia diberi peranan sbg Hang Tuah; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
naive | naif | Kesusasteraan | Tiada | Sifat yang seadanya diberikan pada bentuk yang memperlihatkan sikap jujur, bersahaja, tidak menaruh syak wasangka dan lurus serta berterus terang. |
tone | nada | Kesusasteraan | Tiada | Perasaan yang ingin disampaikan oleh pengarang dalam karyanya. Pengarang akan memilih diksi dan mencipta serta kiasan untuk melahirkan nada yang berbeza seperti nada marah, harmonis, syak wasangka, ironis dan sebagainya. Nada merupakan konsep kritikan sastera yang penting kerana nada mempengaruhi pembacaan sesuatu karya. Nada menunjukkan bahawa kesusasteraan tertulis masih manyamai bentuk ujaran dan memerlukan kehadiran seorang narator dan seorang pendengar. Sintaksis yang dipilih oleh seorang narator biasanya mempengaruhi nada. Bagi penghayatan penuh terhadap sebuah karya sastera, pengkritik perlu mengenal pasti jenis nada yang terdapat dalam teks tersebut. Nada yang sukar untuk dikesan ialah nada ironis. Sekiranya nada ironis dalam sesuatu perenggan teks sastera disalahfahamkan, maka ironis yang dikemukakan pengarang tidak dapat dikesan. |
ego integrity | integriti ego | Psikologi | Psikologi Umum | Kaedah untuk mengharmonikan personaliti individu supaya kesihatan atau kesejahteraan diperoleh secara holistik. Integriti ego dinyatakan dalam teori perkembangan personaliti Erikson, iaitu tahap integriti ego berlawanan dengan kekecewaan. Menurut beliau, jika tahap ini tidak dicapai, maka individu tersebut akan bersikap syak wasangka terhadap individu lain. |
five-factor model of personality | model personaliti lima faktor | Psikologi | Psikologi Umum | Model yang mencadangkan bahawa personaliti individu boleh dilihat melalui lima dimensi asas dan sejagat. Model yang diringkaskan daripada 16 faktor Cattell ini terdiri daripada darjah-darjah keekstroversian, kesetujuan, kehematan, keneurotismaan dan keterbukaan. Individu yang tinggi keekstroversiannya memperlihatkan sifat-sifat seperti peramah, aktif, mesra dan suka berkawan, tetapi sebaliknya individu yang rendah kesetujuannya akan menjadi seorang yang mudah mengkritik, syak wasangka, bengis dan jengkel. Individu yang berhemat pula akan bekerja keras, teliti, bersungguh-sungguh dan teratur serta menepati waktu. Individu yang tinggi tahap keterbukaannya akan menunjukkan sifat kreatif, ingin tahu, asli dan imaginatif. Individu yang tinggi keneurotismaannya akan lebih banyak resah, terlalu mengikut perasaan dan emosional. Dengan menggunakan model lima faktor, individu boleh diuji untuk mengenal pasti tahap personalitinya berdasarkan lima sifat tersebut. |
Kata |
Takrif |
Bahasa |
Tema |
wasangka | menyaka [maka] | Melanau Dalat | |
pekihok, pelavak | wasangka | TETAW | |
Kata |
Sebutan |
Jawi |
wasangka | [wa.sang.ka] | وسڠک |
|
|