Kata |
Takrif |
Sumber |
wasangka | = syak ~ syak dan sangka, curiga, kecurigaan, kebimbangan hati, khuatir (bimbang, ragu-ragu), sangsi: tegur sapa orang dijawabnya dgn tulus dgn tiada menaruh syak ~ sedikit jua; berwasangka menaruh syak wasangka: janganlah kita begitu mudah ~ terhadap orang lain. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
syak wasangka | syak dan sangka, curiga, kecurigaan, kebimbangan hati, khuatir (bimbang, ragu-ragu), sangsi: tegur sapa orang dijawabnya dgn tulus dgn tiada menaruh syak ~ sedikit jua; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sangka I | 1. pendapat yg hanya diagak-agak sahaja, dugaan, kira: pd ~nya tuan hamba berani; mak cik ~ saya yg mencuri getah mak cik?; tiada ~ sl tiada terkira (terperi, terkhabar, dll); 2. keraguan, kekhuatiran, syak, waham: timbul syak dan ~ dlm hatinya; bersangka 1. mengira, menaksir, menduga, mengagak: janganlah sekali-kali tuan-tuan yg membaca surat ~ bahawa aku memuji diriku; 2. menaruh syak, berasa sangsi, ragu-ragu, waswas: jangan kita mudah ~ buruk terhadap orang lain; menyangka 1. menduga, mengira: ada orang ~ bahawa kanak-kanak lebih senang meng-ingat sesuatu drpd orang dewasa; 2. menaruh syak, mencurigai: biarlah orang lain ~ jahat akan ibu; 3. menganggap spt, mengira sbg; yg disangka tidak menjadi, yg diam boleh ke dia prb orang lain yg berikhtiar, orang lain pula yg memungut hasilnya; tersangka 1. diduga, dikira; 2. disyaki, dicurigai; sangkaan, persangka, persangkaan apa yg disangka, dugaan, kira-kiraan, curiga, syak: janganlah kamu menaruh ~ yg buruk-buruk; apa dipedulikan pd persangkaan orang terhadap kita; penyangka orang yg menyangka. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sangka | 2 rasa kurang percaya akan sesuatu; rasa ragu-ragu: Timbul syak dan ~ dlm hatinya . | Kamus Pelajar |
keragu-raguan | 1. perihal ragu, kesangsian, kebingungan: kelewatannya pulang drpd biasa menimbulkan ~ dan sangkaan yg bukan-bukan drpd isterinya; keragu-raguan itu timbul kerana kata yg dipakai kurang jelas; 2. = ragu-raguan dlm keadaan ragu-ragu (bimbang, sangsi, syak): Nawawi bertanya ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sangka | 1 pendapat yg hanya diagak-agak saja; pendapat yg tidak muktamad: Pd ~nya, dialah yg pandai sekali. 2 rasa kurang percaya akan sesuatu; rasa ragu-ragu: Timbul syak dan ~ dlm hatinya. menyangka 1 membuat sesuatu keputusan dgn mengagak-agak saja; menduga: Orang ~ dialah yg menembak harimau itu. 2 menaruh syak atau ragu-ragu; mencurigai: Biarlah orang lain ~ aku ini jahat. sangkaan apa-apa yg disangka; dugaan: ~ kami itu tidak betul. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
keraguan | , keragu-raguan 1. perihal ragu, kesangsian, kebingungan: kelewatannya pulang drpd biasa menimbulkan ~ dan sangkaan yg bukan-bukan drpd isterinya; keragu-raguan itu timbul kerana kata yg dipakai kurang jelas; 2. = ragu-raguan dlm keadaan ragu-ragu (bimbang, sangsi, syak): Nawawi bertanya ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
curiga II | 1. syak wasangka, waswas, sangsi: mereka berasa ~ terhadap sesiapa yg membawa fikiran dan pendapat-pendapat baru; 2. berjaga-jaga atau berhati-hati (kerana syak atau sangsi akan sesuatu); mencurigai menaruh (perasaan) curiga terhadap, kurang percaya kpd, mengesyaki: kita harus ~ orang-orang yg spt ini; guru tersebut ditukarkan ke hulu-hulu kerana dicurigai bergerak cergas dlm parti politik; curiga-mencurigai mencurigai antara satu sama lain, saling mencurigai: timbullah tuduh-menuduh, ~ antara orang Melayu dgn bukan Melayu; mencurigakan membangkitkan curiga (kurang percaya, sangsi): adakah gerak-geri yg ~? kecurigaan 1. perihal curiga; 2. syak wasangka: yg menyebabkan ~ Rahim ialah pemuda itu, walaupun tidak bekerja, mempunyai wang yg banyak. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ragu | ; ~ hati = ragu-ragu syak hati, bimbang, bingung, sangsi, waswas: ia ragu-ragu tentang kejujuran pemuda itu; ia berasa ragu-ragu hendak menjawab; meragu Mn mengganggu, mengacau, membingungkan: jangan ~ engkau di sini, mari pulang; meragui menaruh syak pd, bimbang terhadap, sangsi terhadap, waswas terhadap, mengesyaki: kedudukan persoalan sudah jelas, tidak ada suatu yg diragui lagi; kejujuran orang itu masih diragui lagi; meragukan menjadikan ragu-ragu: jadi, apakah yg ~ hatimu lagi? keraguan, keragu-raguan 1. perihal ragu, kesangsian, kebingungan: kelewatannya pulang drpd biasa menimbulkan ~ dan sangkaan yg bukan-bukan drpd isterinya; keragu-raguan itu timbul kerana kata yg dipakai kurang jelas; 2. = ragu-raguan dlm keadaan ragu-ragu (bimbang, sangsi, syak): Nawawi bertanya ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
|
|