Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Multimedia ; Jurnal ; Direktori Karyawan ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; ujian ; Hasil Penyelidikan ; Dialek ; Kamus Dewan Perdana ; Kamus Istilah Sains Kewangan ; Istilah Diplomasi ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Pantun
Pantun Sumber Tema
Kata adat disebut orang, Isinya benar diturut umum; Mata melihat mengikut undang, Telinga mendengar menurut hukum.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Bunyi cengkeri bunti cacing, Bunyi kucing miau-miau; Adik duduk seperti kucing, Adik melompat seperti harimau.Pantun Melayu SarawakUmum
Jika naik Bukit Pedawan, Ambil kayu dibuat titi; Adik belajar bersama kawan, Guru mengahar senang hati.Pantun Melayu SarawakUmum
Tengah hari panas terik, Mari kita pergi berburu; Adik sungguh budak baik, Taat mendengar ajaran guru.Pantun Melayu SarawakUmum
Begitu indah alam berseri, Pakai kebaya pakai sari; Begitu cepat adik berdiri, Belum merangkak sudah berlari.Pantun Melayu SarawakUmum
Pergi berjaja naik teksi, Pekan Sari hari Selasa; Semua kerja dapat diatasi, Jika muafakat kita sebangsa.Pantun Melayu SarawakUmum
Tua-tua pergi memukat, Dapat dipukat ikan kilat; Semua kerja harus muafakat, Udara bersih rakyat sihat.Pantun Melayu SarawakUmum
Kilang tebu didiri sudah, Cawan berisi buah tamar, Hilang jerebu langit cerah, Awan berarak matahari bersinar.Pantun Melayu SarawakUmum
Sesak nafas kerana jerebu, Nafas semput tidak terperi; Hujan kuimpi matahari kurindu, Inginku lihat langit berseri.Pantun Melayu SarawakUmum
Ketika jerebu melanda Negara, Hari siang bagaikan petang; Kupohon hujan turun sementara, Hujan turun ributpun datang.Pantun Melayu SarawakUmum
Tesaurus
 
umum
1. Bersinonim dengan biasa
( sudah lazim, bukan rahsia lagi, tidak asing lagi, ghalibnya, )
(adjektif:)

2. Bersinonim dengan secara keseluruhan
( tidak terbatas, tidak terhad, )
(adjektif:)
Berantonim dengan khusus

3. Bersinonim dengan orang awam
( khalayak ramai, orang ramai, orang biasa, orang preman, mahajana, )
(kata nama:)

Kata Terbitan : seumumnya, mengumumkan, pengumuman,