Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Ensiklopedia ; Khidmat Nasihat ; ujian ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ; Kamus Istilah Sains Kewangan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Peribahasa Melayu

Peribahasa

Bangsa teling tipis.

Takrif

Orang yang lekas marah.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Laksana barang yang disadur.

Takrif

Tak tahan uji. sadur = lapis tipis pada logam yang lain, sepuh.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Pergi lempeng balik lepat.

Takrif

Pergi dengan modal yang sedikit, balik dengan keuntungan yang banyak. lempeng = penganan yang tipis dan pipih.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Berebut temiang hanyut, tangan luka, temiang tak dapat.

Takrif

Berkelahi merebutkan sesuatu barang: barangannya tak dapat, badan luka-luka. (Biasa juga: Merebut temiang belah). temiang = sebangsa buluh tipis.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
1
Tesaurus
 
tipis (adjektif)
1. Bersinonim dengan pipih: nipis, leper,
Berantonim dengan tebal

2. Bersinonim dengan nipis: jarang, lut sinar, lut cahaya,
Berantonim dengan tebal

Kata Terbitan : ketipisan,