Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
porcelain | porselin | Kesenian | Hiasan Dalaman | Barangan seramik bersifat keras dan lut cahaya yang ditemui di China pada sekitar tahun 800 Masihi. |
arrow worms | cacing anak panah | Sains Marin | Tiada | Sejenis filum ketognata yang merupakan invertebrat kecil dengan julat saiz di antara 2-120 mm panjang. Namanya diambil sempena bentuk badannya yang panjang dan langsing serta mempunyai sirip sisi dan sirip ekor yang kelihatan seperti anak panah. Struktur badannya ringkas, diselaputi oleh lapisan kutikel, lut cahaya dan terbahagi kepada kepala, badan dan ekor. Cacing anak panah tidak mempunyai sistem peredaran darah, sistem pernafasan atau sistem pertukaran gas yang khusus dan hanya mempunyai sistem saraf yang ringkas. Terdapat lebih 120 spesies cacing anak panah yang telah dikenal pasti dan semuanya terdiri daripada zooplankton. Cacing anak panah merupakan pemangsa rakus yang memakan zooplankton kecil seperti kopepod dan krustasia kecil yang lain. Sinonim ketognata. |
photovoltaic | fotovoltan | Fizik | Nanoteknologi | Keupayaan peranti untuk menjana voltan elektrik apabila didedahkan kepada cahaya atau sinaran elektromagnet. Peranti tersebut dinamakan sel fotovoltan atau sel suria kerana berupaya menukar cahaya matahari secara terus kepada kuasa elektrik. Peranti sel fotovoltan yang paling ringkas diperbuat daripada gabungan dua bahan berlainan sifat elektrik yang diapit oleh dua elektrod. Salah satu daripada elektrod itu lut sinar. Contoh sel fotovoltan ialah sambungan p-n bahan semikonduktor silikon. Sel fotovoltan yang dibuat daripada bahan berstruktur nanometer seperti nanowayar atau bintik kuantum, dijangka mempunyai kecekapan yang tinggi. |
Kamus Sains.indb ralat seperti ralat yang berlaku apabila huruf di- gantikan dengan nombor. Istilah ini dibentuk daripada abnormal ending atau abnormal end, iaitu pengakhiran tak normal. (KOM, MAT) aberration of light (aberasi cahaya) Aberasi imej yang terbentuk oleh kanta atau cermin lengkung. Contohnya, pinggir berwarna muncul kerana imej tidak difokus dengan sempurna dan ben- tuknya memperlihatkan herotan. (FIZ) abfarad (abfarad) Unit ukuran keamatan rancidity test (ujian ketengikan dipercepat) Ujian yang dikendalikan untuk menentukan hayat simpan relatif lemak atau minyak dengan cara mempercepat pembentukan ketengikannya. Ujian ke- tengikan ini biasanya dilakukan dengan meninggikan suhu, cahaya dan/atau tahap oksigen secara tak normal. Sampel kemudiannya diambil secara berkala untuk ujian ketengikan seperti asid lemak bebas, nilai peroksida, atau indeks lain. Contohnya, kaedah oksigen aktif dan ujian
|
Kamus Thai 2.indb ttasakkara:t] น Tahun Masihi ปีงบประมาณ [-opprama:n] น ta- hun kewangan, tahun fiskal ปีปฏิทิน [-patitin] น tahun kalendar ปีพุทธศักราช [-puttasakkarat] น Tahun Buddha ปีแสง [-sε:] น tahun cahaya ปีอธิกสุรธิน [pi:atikasuratin] น tahun lompat ปีฮิจเราะห ์ ศักราช [-pi:hitcarsak- kara:t] น Tahun Hijrah ปี ่ [pi:] น serunai ปีก [pi:k] น sayap, kepak ปีกไม ้ [-mai โปร ่ ง [pro:] ว cerah: วันนี้ ท ้ องฟ ้ าโปร ่ ง เพราะไม ่ มีเมฆ Hari ini langit cerah tanpa awan. โปร ่ งแสง [-sε:] ว lut cahaya โปร ่ งใส [-sai] ว 1 (วัตถุ) lut sinar 2 (พฤติกรรม) telus, jelas โปรด 1 [pro:t] ก 1 menggemari: โอรสกษัตริย ์ พระองค ์ นั้ นทรงโปรดการล ่ าสัตว ์
|
Istilah Bahasa Melayu |
Istilah Bahasa Inggeris |
Huraian |
Peringkat |
lut cahaya | translucent | Sifat bahan yang membenarkan sebahagian cahaya sahaja melaluinya. Contohnya, cermin mata hitam. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
lut sinar | transparent | Sifat bahan yang membenarkan semua cahaya melaluinya. Contohnya, cermin pintu. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
kornea | cornea | Lapisan lut sinar yang meliputi bahagian hadapan mata dan tidak mempunyai kapilari darah. Kornea membiaskan cahaya yang melaluinya untuk membantu pemfokusan imej pada retina. | Menengah Rendah |
|
|