Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Artikel ; Puisi ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Jurnal ; Pengesahan Bahasa ; Novel ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Ensiklopedia
Tajuk Sinopsis Bidang Klasifikasi
TIDUR

Tidur ialah keadaan rehat dan tidak sedar terhadap

apa-apa yang berlaku di sekeliling dalam tempoh

tertentu. Tidur tidak sama dengan koma kerana

orang yang tidur mudah terjaga. Manusia atau

haiwan yang sedang tidur boleh terjaga dengan

cepat, misalnya, akibat bunyi bising atau cahaya

lampu yang terang. Semua manusia dan beberapa

jenis haiwan mesti mempunyai jumlah tidur yang

cukup dalam sehari pada sela masa yang tetap.

Apa yang berlaku semasa tidur. Apabila

seseorang itu tidur, semua aktiviti menurun dan

otot berehat. Denyutan jantung dan kadar

pernafasan menjadi perlahan. Orang itu, perlahan-lahan

menjadi tidak sedar terhadap apa yang

berlaku di sekelilingnya.

UMUM
NARKOLEPSI

Narkolepsi adalah sejenis penyakit yang

menyebabkan penghidapnya tidur berlebihan.

Orang yang menghidap narkolepsi mudah tidur

beberapa kali di siang hari, walaupun mereka cukup

tidur pada waktu malam. Penyakit ini tidak diketahui

sebabnya. Tetapi bukti menunjukkan ia berpunca

daripada keturunan. Doktor boleh melegakan

masalah ini dengan memberi ubat, tetapi penyakit

narkolepsi tidak dapat disembuhkan.

UMUM
MIMPI BURUK

Mimpi buruk ialah mimpi yang menakutkan atau

pengalaman seperti mimpi yang membangunkan

orang yang tidur. Selepas terjaga daripada

kebanyakan mimpi buruk, seorang itu boleh

mengingati semula mimpi yang menyebabkan

ketakutan. Jenis peristiwa tidur lain yang menakutkan

disebut keganasan malam, berlaku tanpa mimpi

sebenar. Orang yang tidur akan terjaga dalam

keadaan takut pada awal malam, sering kali dengan

perasaan tekanan di dada. Ketakutan malam berlaku

pada permulaan semasa tidur. Mimpi buruk yang

sebenar berlaku kemudian, semasa tidur bermimpi

(lihat Tidur [Apa yang berlaku semasa tidur]).

UMUM
MIMPI

Mimpi ialah satu cerita yang ditonton oleh

seseorang semasa tidur, atau cerita yang menjelma

semasa tidur. Peristiwa dalam mimpi merupakan

khayalan tetapi biasanya ada hubungan dengan

peristiwa sebenar pemimpi. Khayalan itu seolah-olah

benar pada orang yang bermimpi semasa perkara itu

berlaku. Sesetengah mimpi menyeronokkan, ada

juga meresahkan dan menyeramkan (lihat Mimpi

buruk).

UMUM
MORPHEUS

Morpheus ialah dewa mimpi dalam mitologi

Yunani. Dia ialah salah seorang anak lelaki

Hypnos, dewa tidur. Dia menjelma sebagai

manusia dan menunjukkan dirinya kepada

manusia di dalam tidur mereka. Jika seseorang itu

berada di dalam pelukan Morpheus, bermakna

dia sedang tidur. Dadah morfin diberi nama

sempena namanya.

UMUM
DENGKUR

Dengkur ialah bunyi garau dan terputus-putus

semasa tidur. Hampir setiap orang pernah

berdengkur sekali-sekala. Namun orang lelaki

lebih kerap berdengkur berbanding dengan wanita dan

kanak-kanak. Biasanya dengkur berlaku apabila

orang yang tidur bernafas melalui mulut.

UMUM
KATIL

Katil ialah barang perabot yang digunakan untuk

tidur atau berehat. Sepanjang sejarah, katil-katil

terdiri daripada jenis yang mudah dengan tilam

berisi jerami hinggalah kepada katil daripada jenis

perabot yang beradun dengan rangka yang

menarik dan dihiasi pula dengan fabrik yang mahal

lagi mewah.

UMUM
NATRIUM TIOPENTON

Natrium tiopenton ialah barbiturat yang

digunakan untuk menyebabkan tidur semasa

pembedahan. Ia adalah anestetik am iaitu, ubat

yang menyebabkan tidak sedar dan hilang rasa

pada keseluruhan badan.

UMUM
ADAT PERKAHWINAN TEMIAR

ADAT PERKAHWINAN TEMIAR, adat perkahwinan yang diamalkan oleh masyarakat Temiar di Semenanjung Malaysia. Masyarakat Temiar tidak mempunyai istilah khusus untuk merujuk kepada perkahwinan kecuali perkataan seklog yang bermaksud tidur atau tidur bersama. Masyarakat Temiar tidak membenarkan perkahwinan antara ahli keluarga dan saudara sedarah. Perkahwinan antara ahli keluarga yang rapat seperti sepupu juga tidak digalakkan.

            Secara umumnya masyarakat Temiar mengutamakan perkahwinan monogami, tetapi poligami khususnya poligini masih diterima oleh masyarakat ini. Perkahwinan secara endogami juga banyak berlaku berbanding dengan eksogami. Dari segi umur, orang lelaki biasanya berumur 16 tahun manakala orang perempuan lebih muda daripada itu. Selepas berkahwin, pasangan suami isteri biasanya akan membentuk keluarga asas sendiri.

 

BUDAYAKonsep
MALAIKAT

Malaikat ialah makhluk yang dijadikan daripada

cahaya, tidak makan, tidak minum, tidak tidur dan

tidak berkahwin, tidak menderhakai perintah Allah

SWT bahkan menjalankan semua perintah-Nya

dan segala kerja yang ditugaskan oleh Allah

kepada mereka. Beriman kepada para malaikat

merupakan rukun iman yang kedua. Tidak sah iman

seseorang kecuali dia beriman kepada malaikat.

UMUM
Puisi
 

Kalau ada padi gugur,
     Bolehlah kita tampi-tampi;
Kasih terlupa antara tidur,
     Dalam tidur kita bermimpi.



Lihat selanjutnya...