Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Artikel ; Buku ; Peribahasa ; Jurnal ; Novel ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Pantun

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Memikat balam di Gunung Banang, Anak kera tidur melata; Tidur malam tuan dikenang, Tidur berendam airnya mata.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Kalau ada padi gugur, Bolehlah kita tampi-tampi; Kasih terlupa antara tidur, Dalam tidur kita bermimpi.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Kalau ada padi gugur, Bolehlah kita tampi-tampi; Kasih terlupa antara tidur, Dalam tidur kita bermimpi.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Orang menumbuk di atas lambur, Kalaulah gelap pasang pelita; Mata mengantuk rasa nak tidur, Dalam tidur macam berjaga.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Anak ayam tujuh sekerat, Anak lang tertiti-titi; Tidur malam teringat-ingat, Tidur siang termimpi-mimpi.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Ayam-ayam tersipi-sipi, Sambar dek elang tercungap-cungap; Tidur malam termimpi-mimpi, Tidur siang teringat-ingat.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Kalau belayar sampai ke tepi, Makin ke tepi bertambah dalam; Kalau tidur berasa mimpi,tidur/mimpi Sedar-sedar bertambah dendam.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Hari panas tidak menjemur, Saya biasa menjemur batu; Hitam manis kenapa tak tidur, Saya biasa tidur berpangku.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Hendak tidur tidurlah Siti, Mimpi menyorok celah batang; Tidur tuan belah tepi, Bulan menyorok saya datang.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Macam mana mata nak tidur, Daun pauh jatuh melayang; Macam mana mata nak tidur, Dari jauh nampak bebayang.
Puisi
 

Kalau ada padi gugur,
     Bolehlah kita tampi-tampi;
Kasih terlupa antara tidur,
     Dalam tidur kita bermimpi.



Lihat selanjutnya...