Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Artikel ; Puisi ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Jurnal ; Novel ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Peribahasa MelayuPeribahasa Inggeris Melayu

Peribahasa

Mata belalang belum pecah, sudah hendak membuta.

Takrif

Terlalu lekas masuk ke tempat tidur. membuta = tidur.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Tidur tak lelap, makan tak kenyang.

Takrif

Orang yang bersusah hati (gelisah), kerana sangat banyak yang difikirkannya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Air diminum sembiluan, b. Air diminum terasa duri, nasi dimakan terasa sekam).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Tidur diperkalang, berjalan dipertongkat.

Takrif

Ilmu yang tidak lupa diamalkan siang dan malam.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Tidur di kasur.

Takrif

Mendapat kesenangan; beristeri orang kaya.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Bagai tidur di atas miang.

Takrif

Sangat gelisah. (Peribahasa lain yang sama makna: Terpijak bara hangat).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Mata tidur, bantal berjaga.

Takrif

Perempuan yang membuat kejahatan ketika suaminya lengah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Kepala rebah mata melayang, bantal bangkit main wayang, b. Mata kejam, bantal membuat ragam).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Ayam tidur senang di dalam reban, musang yang susah beredar sekeliling.

Takrif

Tidak senang melihat kebahagiaan orang.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Bagai kucing tidur di bantai.

Takrif

Hidup senang dan mewah. (Peribahasa lain yang sama makna: Ayam bertelur di atas padi). bantai = daging binatang yang disembelih.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Keluh (kesah) tidur di kasur, berkeruh di lapik penjemuran.

Takrif

Kemewahan ataupun kekayaan tidak selamanya membawa kebahagiaan; sebaliknya, hidup miskin ada kalanya memberi kesenangan. Berkeruh = mendengkur.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Mengusik anjing tidur.

Takrif

Sengaja mencari kesusahan atau bahaya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Anak badak dihambat-hambat, b. Menjolok sarang tabuan).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Puisi
 

Kalau ada padi gugur,
     Bolehlah kita tampi-tampi;
Kasih terlupa antara tidur,
     Dalam tidur kita bermimpi.



Lihat selanjutnya...
Peribahasa
314

Wake not a sleeping lion

Jangan sengaja mencari susah dengan mengganggu sesuatu atau seseorang yang boleh mencetuskan masalah.

Mengusik anjing tidur

Why should your bother them when they don't bother you? Wake not a sleeping lion . We don't want them to ruin our trade which is just booming.

Mengapa awak harus mengganggu mereka sedangkan mereka tidak pula mengganggu awak? Jangan mengusik anjing tidur. Kita tidak mahu mereka merosakkan perniagaan kita yang baru berkembang naik.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu



Lihat selanjutnya...