Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Artikel ; Puisi ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Jurnal ; Novel ; Dialek ; Kamus Dewan Perdana ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Pantun
Pantun Sumber Tema
Memikat balam di Gunung Banang, Anak kera tidur melata; Tidur malam tuan dikenang, Tidur berendam airnya mata.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Kalau ada padi gugur, Bolehlah kita tampi-tampi; Kasih terlupa antara tidur, Dalam tidur kita bermimpi.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Piring kaca tercampak hancur, Tidak hancur pastilah gemuk; Pening kepala tak nyenyak tidur, Hendak tidur laki merajuk.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Orang menumbuk di atas lambur, Kalaulah gelap pasang pelita; Mata mengantuk rasa nak tidur, Dalam tidur macam berjaga.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Anak ayam tujuh sekerat, Anak lang tertiti-titi; Tidur malam teringat-ingat, Tidur siang termimpi-mimpi.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Ayam-ayam tersipi-sipi, Sambar dek elang tercungap-cungap; Tidur malam termimpi-mimpi, Tidur siang teringat-ingat.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Hari panas tidak menjemur, Saya biasa menjemur batu; Hitam manis kenapa tak tidur, Saya biasa tidur berpangku.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Waktu tidur mata bengkak, Hendak berjalan kaki pegal; Mahu bercukur kepala botak, Hendak makan gigi tanggal.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Ubat tidur serasa sabun, Sekali cuba terasa anyir; Urat kendur mata pun rabun, Berbini muda kerja membazir.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Nyenyak tidur tidak terkira, Penat membuat rumah Laksamana; Banyak janda teruna dara, Jadi trauma akibat bencana.Pantun Melayu SarawakAgama
Puisi
 

Kalau ada padi gugur,
     Bolehlah kita tampi-tampi;
Kasih terlupa antara tidur,
     Dalam tidur kita bermimpi.



Lihat selanjutnya...
Peribahasa
314

Wake not a sleeping lion

Jangan sengaja mencari susah dengan mengganggu sesuatu atau seseorang yang boleh mencetuskan masalah.

Mengusik anjing tidur

Why should your bother them when they don't bother you? Wake not a sleeping lion . We don't want them to ruin our trade which is just booming.

Mengapa awak harus mengganggu mereka sedangkan mereka tidak pula mengganggu awak? Jangan mengusik anjing tidur. Kita tidak mahu mereka merosakkan perniagaan kita yang baru berkembang naik.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu



Lihat selanjutnya...