Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Tersedar dari tidur atau tersedar daripada tidur? | Tersedar daripada tidur. | Tatabahasa | 19.09.2011 |
Salam, yang manakah betul antara 'tidur nyenyak' ataupun 'nyenyak tidur'. Ayatnya berbunyi begini, "Ketika itu, Encik Raj sekeluarga sedang nyenyak tidur." Sekian, terima kasih. | Perkataan "nyenyak tidur" betul dan bersesuaian dengan konteks ayat yang digunakan. | Tatabahasa | 18.12.2013 |
Saya mendapat tidur hanya jika mengambil ubat tidur. Betul ke ayat ini? | Ayat yang betul ialah Saya hanya tidur jika mengambil ubat tidur. | Tatabahasa | 07.11.2022 |
Assalamualaikum, saya ada soalan berkaitan penggunaan kata pemeri. 1. Maksud beradu adalah tidur. 2. Maksud beradu ialah tidur. 3. Beradu bermaksud tidur. Berdasarkan ketiga-tiga ayat ini, ayat yang manakah yang betul? Tidur merupakan kata kerja. Jadi, kata pemeri sepatutnya tidak boleh digunakan. | Kata pemeri ialah unsur yang menjadi pemerihal kepada predikat atau perangkai antara subjek dengan frasa-frasa utama dalam predikat. Kata pemeri ialah hadir di hadapan frasa nama, manakala kata pemeri adalah pula hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama. Kata pemeri tidak boleh hadir (digunakan) di hadapan frasa kerja atau kata kerja. Oleh itu, ayat yang betul ialah, “Beradu bermaksud tidur”. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2014) halaman 263 dan laman sesawang https://prpm.dbp.gov.my/ | Tatabahasa | 04.06.2024 |
bangun dari tidur & bangun daripada tidur yang manakah betul dan tepat? | Ayat yang betul ialah bangun daripada tidur. | Lain-lain | 16.10.2010 |
terjaga dari tidur atau terjaga daripada tidur? Terima kasih. | Frasa yang betul ialah …terjaga daripada tidur. Kata sendi nama dari digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan arah, tempat, waktu atau masa. Daripada pula di hadapan kata nama atau frasa nama; punca bagi manusia atau institusi; haiwan, benda, dan unsur mujarad; sumber atau asal kejadian sesuatu benda; perbezaan atau perbandingan; dan menyatakan sebahagian daripada semua, perbezaan, perubahan atau perbandingan. | Tatabahasa | 01.12.2014 |
Saya tidur dengan tingkap terbuka. Adakah ayat ini bermaksud saya tidur tanpa menutup tingkap? | Ayat “Saya tidur dengan tingkap terbuka.” membawa maksud yang sama dengan ayat “Saya tidur tanpa menutup tingkap." | Tatabahasa | 03.06.2024 |
adakah dia lewat tidur atau dia tidur lewat? | Kedua-duanya betul. | Tatabahasa | 02.08.2010 |
1. Saya bangun dari tidur. 2. Saya bangun daripada tidur. Mana satu betul?kenapa? | Saya bangun daripada tidur. | Tatabahasa | 15.08.2008 |
mana ayat aktif yang betul daripada ayat pasif berikut. Bilik tidur adik sudah saya kemas tadi. Saya sudah mengemaskan bilik tidur adik pagi tadi. ATAU Saya sudah mengemas bilik tidur adik pagi tadi. Apakah fungsi kan dalam ayat ini adakah menjejaskan makna. | Ayat yang sesuai ialah "Saya sudah mengemaskan bilik tidur adik pagi tadi". Fungsi "kan" dalam perkataan "mengemaskan" bermaksud "menjadikan tersusun", manakala "mengemas" bermaksud "menyusun". | Tatabahasa | 19.03.2013 |
|
Tesaurus |
---|
| tidur (kata kerja) | Bersinonim dengan beradu, membuta, mereluh, menereluh, beroloh, mengadar, bobok, berdengkur, belayar ke pulau kapuk;, | | Kata Terbitan : meniduri, menidurkan, tertidur, setiduran, kesetiduran, berseketiduran, penidur, |
|
Puisi |
---|
|
Kalau ada padi gugur, Bolehlah kita tampi-tampi; Kasih terlupa antara tidur, Dalam tidur kita bermimpi.
Lihat selanjutnya... |
|