Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Multimedia ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Hasil Penyelidikan ; Dialek ; Kamus Dewan Perdana ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Pantun
Pantun Sumber Tema
Lamalah sudah tidak ke ladang, Kutanam padi tumbuhnya lalang; Lamalah sudah tidak kupandang, Kasih hati bukan kepalang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Sudah lama tidak ke rimba, Pandan berbuah sudah kini; Sudah lama tidak berjumpa, Badan berubah sudah kini.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Sudah nasib pisang jeranang, Berjantung ada berbuah tidak; Sudah nasib apa dikenang, Orang dikenang teringat tidak.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Sudah lama tidak ke rimba, Balam beranakkan anak merbah, Hinggap di daun bersela-sela; Sudah lama tidak berjumpa, Dendam tidak akan berubah, Dianggap baru bagai semula.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Sudah lama tidak ke ladang, Lebih padi dari kangkung; Sudah lama tidak terpandang, Hati beramuk dengan jantung.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Orang membeli kain batik, Sudah habis tidak bertokok; Dari bertunas sudah dipetik, Lama-lama tidak bertokok.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Beli suasa beli tembaga, Sudah dibeli tidak dipakai; Malam ini malam celaka, Sudah dijanji tidak ditunai.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Burung putih terbang melayang, Rasa nak tangguk rasa tidak; Sudah boleh berkasih sayang, Rasa nak masuk rasanya tidak.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Sudah lama kami menebang, Tidak mendengar tumbang kayu; Sudah lama kami memandang, Tidak menengok abang lalu.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Baik beralas baik tidak, Kain pelikat di atas peti; Baik balas baik tidak, Sudah ikhlas dalam hati.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Tesaurus
 
tidak (kata tugas)
Bersinonim dengan bukan, tiada, tak, enggak, negatif;,
Kata Terbitan : tidak-tidak, setidak-tidaknya, menidakkan,

Puisi
 

Sudah nasib pisang jeranang,
     Berjantung ada berbuah tidak;
Sudah nasib apa dikenang,
     Orang dikenang teringat tidak.



Lihat selanjutnya...