Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Multimedia ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Hasil Penyelidikan ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Peribahasa Melayu

Peribahasa

Sudah seasam segaramnya.

Takrif

Sudah tidak ada cacat-celanya lagi (pekerjaan atau perbuatan yang sempurna).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Sudah mati kutu.

Takrif

Sudah tidak bertenaga lagi; tak dapat berbuat apa-apa lagi.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Tampan sudah, langgam terbawa.

Takrif

Sudah tidak ada cacat celanya; segala-galanya baik.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Sudah patah yang bertaji.

Takrif

Orang yang disegani sudah tidak ada.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Sudah tidak tersudu oleh angsa, baru diberikan kepada itik.

Takrif

Barang yang tiada berguna kepada orang kaya (besar), barulah diberikan kepada orang miskin (hina dan sebagainya).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Terikat kaki tangan.

Takrif

Sudah tidak berkuasa lagi.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Habis hulubalang bersiak.

Takrif

Apabila sudah tidak ada orang yang akan diperintah, maka diri sendirilah yang harus mengerjakannya. siak = orang yang hidup miskin kerana Allah.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Seperti ikan kena tuba.

Takrif

Sudah tidak berdaya lagi.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Lepas kaki leher terjerat.

Takrif

Orang jahat yang sudah tidak dapat menyembunyikan kejahatannya lagi.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Hilang bahasa lenyap bangsa.

Takrif

Apabila sesuatu bahasa itu sudah tidak terpakai lagi maka lambat-laun hilanglah bangsa itu; hilang budi bahasa hilang derajat (darjat) diri.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tesaurus
 
tidak (kata tugas)
Bersinonim dengan bukan, tiada, tak, enggak, negatif;,
Kata Terbitan : tidak-tidak, setidak-tidaknya, menidakkan,

Puisi
 

Sudah nasib pisang jeranang,
     Berjantung ada berbuah tidak;
Sudah nasib apa dikenang,
     Orang dikenang teringat tidak.



Lihat selanjutnya...