Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Artikel ; Ensiklopedia ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Pantun

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Burung serindit di sawah padi, Habis pulut dimakan tempua; Tidak sakit atau mati, Lambat laun berjumpa jua.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Sakit saya kena cepu, Tidak sakit kumbang menyengat; Sakit saya kerana tipu, Dalam tipu tidak ingat.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Tidak tahan sakit kaki, Kena duri dalam petak; Tidak tahan sakit hati, Orang menyindir dalam gelak.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Rakit buluh dari seberang, Hanyut sampan tidak berarah; Sakit bercinta badan seorang, Bagai kutepuk tangan sebelah.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Awak di mana kalam? Kalam di rumah tukang surat; Mengeluh juga tengah malam, Sakit nan tidak dapat ubat.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Hanyut rakit dari hulu, Mati pelanduk ditanduk rusa; Alangkah sakit menanggung rindu, Orang tidak menimbang rasa.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Kalau tidak Sarawak sempit, Di situ juga jalan kuda; Maaf saya suaraku sakit, Ke situ juga melihat harta.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Sampai ke tepi terkena duri, Duri dibuang sakit pun hilang; Kalau ayah tidak memberi, Adik hendak mengikut abang.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Tuan boleh hilir ke kuala, Naik rakit tidak berperahu; Tuan kata bergurau senda, Hati sakit tuan tak tahu.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Rakit buluh dari seberang, Dulang terletak atas geta; Sakit sungguh kasih seorang, Orang tidak kasihkan kita.
1
Tesaurus
 
tidak (kata tugas)
Bersinonim dengan bukan, tiada, tak, enggak, negatif;,
Kata Terbitan : tidak-tidak, setidak-tidaknya, menidakkan,

Puisi
 

Sakit saya kena cepu,
     Tidak sakit kumbang menyengat;
Sakit saya kerana tipu,
     Dalam tipu tidak ingat.



Lihat selanjutnya...
Peribahasa
70

If the cap fits, wear it

Jika kita terasa apabila dikritik meskipun nama kita tidak disebut maka kritikan itu memang ditujukan tepat kepada kita.

Siapa yang luka menyiuk, siapa sakit siapa mengaduh

When a Malay film portrayed a character who could not speak proper English, a veteran actress suddenly flew into a temper, accusing that the producer was trying to make fun of her. " If the cap fits, wear it!" rebuked the film producer.

Apabila sebuah filem Melayu memaparkan satu watak yang lintang-pukang bahasa Inggerisnya, seorang pelakon veteran tiba-tiba melenting marah, dengan menuduh bahawa pengeluar filem itu cuba mempersendakannya." Siapa yang luka menyiuk, siapa sakit siapa mengaduh!" tempelak pengeluar filem itu.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu



Lihat selanjutnya...