Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Puisi ; Ensiklopedia ; Khidmat Nasihat ; Jurnal ; Kerajaan Malaysia ; ujian ; Hasil Penyelidikan ; Dialek ; Pantun ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Peribahasa Melayu

Peribahasa

Hilang rona kerana penyakit, hilang bangsa tidak berwang.

Takrif

Orang yang tidak berharta (berwang) kurang dihargai orang. (Peribahasa lain yang sama makna: Jikalau tiada rial di pinggang, saudara yang rapat menjadi renggang).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Benang bercerai-cerai bukannya kain, dek rapat tetal tenunan kain, jarum pun tidak menelusnya.

Takrif

Ketangguhan bersatu padu. tetal = padat; telus = celus.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Jikalau tiada rial di pinggang, saudara yang rapat menjadi renggang.

Takrif

Orang yang tidak berharta (berwang) kurang dihargai orang. (Peribahasa lain yang sama makna: Hilang rona kerana penyakit, hilang bangsa tidak berwang).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
1
Tesaurus
 
tidak (kata tugas)
Bersinonim dengan bukan, tiada, tak, enggak, negatif;,
Kata Terbitan : tidak-tidak, setidak-tidaknya, menidakkan,

Puisi
 

Sungguh rapat belimbing berbuah,
     Dipetik budak waktu pagi;
Sudah dapat gading bertuah,
     Tanduk tidak berguna lagi.



Lihat selanjutnya...