Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Jurnal ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Ujian
PERKATAAN PADANAN BIDANG HURAIAN
glycosaminoglycan (GAG)Polisakarida panjang tidak bercabang yang terdiri daripada sambungan berbilang unit disakarida. GAG merupakan komponen penting untuk menyambung tisu. GAG yang diikat secara kovalen pada protein akan membentuk proteoglikan. Contoh GAG ialah kondroitin sulfat, dermatan sulfat dan keratan sulfat.
scattering lengthJarak garis serenjang dari pusat atom atau nukleus sasaran ke garis alur zarah atau nukleus tuju terdekat yang dapat dicapai dalam penyerakan. Jarak ini digunakan untuk menganalisis serakan suatu zarah atau nukleus tuju oleh atom atau nukleus tertentu. Panjang penyerakan ini juga dapat ditentukan bersamaan dengan jejari sfera yang berpusat pada nuklues atom sasaran yang tidak dapat ditembusi oleh zarah atau nukleus tuju. Contoh zarah tuju ialah elektron dan neutron, manakala contoh sinaran tuju ialah sinar-X, sinar gama dan sinar cahaya laser.
lipidSebatian organik yang tidak larut dalam air, tetapi larut dalam pelarut organik yang tak berkutub. Sebatian ini terdiri daripada hidrokarbon alifatik rantai panjang dan sebatian terbitannya. Contoh sebatian ini ialah asid lemak, alkohol, amina, dan amino alkohol.
metastableKeadaan sistem yang kestabilannya mudah terganggu. Sebarang gangguan kecil akan menyebabkan sistem yang berada dalam keadaan metastabil membebaskan tenaga untuk mencapai keadaan yang mantap. Jangka hayat metastabil ialah 10(2) - 10(3) lebih panjang daripada sistem yang tidak stabil.
catenaneMolekul yang mengandungi dua atau lebih gelang yang saling mengunci. Molekul ini berukuran 0.5 nm panjang dan 1 nm lebar dan berfungsi sebagai suis nano. Gelang saling mengunci ini tidak dapat dipisahkan tanpa memecahkan ikatan kovalen makrokitar.
short range orderSusunan teratur atom dalam cecair atau pepejal tidak tertib yang memberikan kebarangkalian untuk satu atom mempunyai jiran jenis atom lain adalah lebih besar berbanding dengan atom yang berada dalam keadaan rawak penuh. Contohnya, tertib julat pendek terdapat dalam bahan semikonduktor amorfus dan karbon amorfus. Banding tertib julat panjang.
1
Tesaurus
 
tidak (kata tugas)
Bersinonim dengan bukan, tiada, tak, enggak, negatif;,
Kata Terbitan : tidak-tidak, setidak-tidaknya, menidakkan,

Puisi
 

Besar kayu dua pemeluk,
     Hendak ditebang berdiri duduk;
Kalau tidak panjang penjolok,
     Mana mendapat bunga yang elok.



Lihat selanjutnya...